Saturday, May 19, 2012

Miniaturk-Istanbul

A very nice place where you can see all sightseeings all around Turkey in one place .Saiz bangunan disini dikatakan 1/25 dari saiz sebenar.Dikatakan ada 105 model bangunan dari zaman Uthmaniyyah dan bangunan sejarah yang lain.



Ini model Attarturk Airport.Cantik sangat binaannya.Spesifikasi seperti airport sebenar.Miniaturk ini terletak di "Golden Horn".Kami kesini dengan menaiki bas awam dari Eminonu dan kemudia ke Eyup,dan selepas itu ke Miniaturk menaiki teksi.Tiket untuk masuk kesini sebanyak 10 Lira.Kedua-dua anak kami percuma.

Di sini terdapat model,Hagha Sophia,Galata Tower,Masjid Suleymaniyya  dan berbagai model bangunan yang wujud di Turki.


Kalau  malas nak berjalan ,boleh menaiki keretapi.Maklumlah keluasan kawasan ini hampir 56 hektar.


boleh bandingkan saiz berbanding orang dewasa.dah macam bandar orang kerdil.


Kalau datang Ke Istanbul,boleh melawat Miniaturk.cuma kawasan ini juga kurang popular dikalangan pengunjung dari Malaysia.

2 comments:

  1. assalamualaikum. Satu lagi blog menarik...di mana lokasi miniaturk? Istanbul Eropah atau Istanbul Asia? Saya juga sukakan istanbul dan sejarah Turki. Suka bersolat di Ismailaga Cami di Carshamba, Fatih.

    ReplyDelete
  2. Lokasinya berdekatan golden horn,dekat saja...apepun ,terima kasih.

    ReplyDelete