Wednesday, May 23, 2012

Islambul

        Baklava merupakan kuih yang boleh didapati di Turki,Arab Saudi ,Syria dan banyak negara yang berunsurkan Arab.Uthmaniyyah pula milik bangsa Turki yang menghubungkan Asia dan Eropah.Pendukung Uthmaniyyah tidak berbangga kerana Bangsa,tapi tunduk kerana agama.

      Di zaman Sultan Al Fateh,Bahasa Arab dan bangsa Turki umpama isi dan kuku.Bahasa mendekatkan budaya.Makanan berasal dari Turki seperti Kadayif dan Baklava ,turut menjadi makanan sebahagian besar tanah Arab.Pismaniyye atau gula gula juga dinikmati sehingga ke Asia Tenggara.Pendek kata Uthmaniyyah membawa sekali budaya dan cara kehidupan.Seperti tulisan jawi,mereka  juga ada sistem penulisan yang cukup hampir dengan jati diri Islam.Namun di era ini,bangsa Turki yang boleh menguasai tulisan Uthmaniyyah semakin berkurang.

   Dizaman kegemilangan Uthmaniyyah ,satu projek mega pengangkutan menggunakan keretapi di rancang dari Istanbul terus ke Mekah Mukarammah.Landasan itu tanda keutuhan para Sultan memartabatkan agama.Menyusuri Syria, Jordan,sisa landasan ini masih boleh di temui. Namun semua sejarah ini banyak tertutup atau sengaja di tutup.

   Era moden,masyarakat dunia menyanjung Mimar Sinar,si genius yang mereka bangunan -bangunan indah sekitar Turki.Dunia terpegun dengan Aya Sofea.Kata Napoleon di ulang berkali kali...Istanbul kota dunia.

   Berbeza dengan pelancong yang  hanya melihat masa  kini,suami saya menjejak Istanbul untuk melihat masa lalu dan masa depan.Banyak kuburan di bumi Istanbul.Setiap bangunan yang tersergam menyimpan memori yang  menjadi teka silang kata.

Sejarah di Istanbul itu belum berakhir....


2 comments:

  1. Salam Yong Salina,

    Bila nak ke Islambul lagi? Tapi musim bunga dan musim panas Stambul terlalu ramai pelancong!

    ReplyDelete
  2. Dua tiga hari lagi,,,inshallah sampai ke islambol semula.

    ReplyDelete