Saya memutuskan ke Istanbul dikala kerja sememangnya menimbun dan bertambun.Antara tujuan saya berehat dikala itu,hanya untuk membuat beberapa keputusan yang cukup besar.Masa bertenang cukup bermakna bagi saya.Beberapa minit sebelum berlepas ke Qatar,suami menelefon Celcom untuk membatalkan pakej Blackberry kerana saya menukar kepada Android.Saya juga mendaftar untuk "roaming' kerana tahu,pasti telefon saya sukar untuk di rehatkan walau berada berkilometer jauhnya dari tanahair.
Sykur,kedua cahayamata saya cukup ceria,walau pertama kali berjalan jauh menaiki kapal terbang.Leka dan ralit dengan game dan flight entertainment.Aktif walau berbelas jam dalam penerbangan.
Istanbul cukup menenangkan.Pilihan yang betul di kala saya amat memerlukan sedikit ruang.Saya menolak Hong Kong,Indonesia dan Singapura.Disana mungkin ada keseronokan,tapi tidak mengembirakan hati saya yang rawan.Saya lebih tenang selepas menziarahi maqam -maqam.Dan lebih tenang bila sampai di Eyyup.Dek kerana membawa anak kecil,taman tema turut menjadi tentatif kami.Jurassic Park di Forum Istanbul cukup menceriakan anakanda berdua.
Sepanjang di Istanbul,sukar sekali melelapkan mata.telefon berdering seawal pukul 2 pagi waktu Istanbul.Mujur ada email, facebook dan sebagainya.Dimana pun kita berada,amanah masih dinamakan amanah.Waktu-waktu senggang dan sunyi saya habiskan menghadap menara aya sofea,kerana kami sengaja memilih berada di Sultan Ahmet.Walau terpaksa membayar sedikit lebih,namun laungan azan di Masjid Biru amat mendamaikan.
Saya dan suami sering mengembara.Istanbul destinasi pertama bagi anakanda kami berdua mengenal dunia.Saya ingin membawa kepada mereka berdua kehidupan lain di sebalik kehidupan mereka.Saya ingin mengajar mereka menjadi pengembara sebagaimana ayahandanya.
Semoga mereka di beri kekuatan seorang pengembara.
No comments:
Post a Comment