Pergolakkan negara-negara Arab seperti Tunisia,Mesir,Libya banyak membuka mata para Muslim di serata dunia.Walaupun namanya negara Arab,geopolitik disetiap kawasan ini mempunyai ciri-ciri yang agak sukar difahami oleh pemerhati politik tanpa mengkaji asal-usul atau salur galur tercetusnya pergolakkan.
Kebanyakkan negara Arab seperti Arab Saudi,UAE mempunyai kaitan langsung dengan polisi langsung Amerika Syarikat.Pendek kata isu-isu seperti Palestin tidak akan di ganggu gugat atau di bantu oleh negara yang menjadi naungan Amerika.
Negara seperti Mesir dan Syria pula,adalah negara yang mempunyai sempadan darat dengan Israel,sekutu Amerika yang paling intim.Amerika itu Israel,dan Israel itu Amerika.Perubahan geopoilitik di Mesar membawa kesan langsung keatas wilayah wilayah di tebing Gaza.Begitu itu juga beberapa kedudukan pertahanan di Syria.
Bagi yang tidak pernah menjejak kaki ke Syria,agak sukar membayangkan bagaimana sebenarnya kondisi yang berlaku di Homs atau di wilayah -wilayah lain.Syria adalah wilayah rebutan Israel sejak dari berzaman.Merampas Syria memberikan kelebihan kepada tentera di Israel mengawal Asia Barat secara lebih berkesan.Isunya,mengapa keadaan Syria itu menjadi seperti yang kita lihat pada hari ini.
Pengkaji Hadith dan Ulum Quran,akan banyak berjumpa mengenai keistemewaan Syria dalam sejarah dan kehidupan umat Islam seterusnya.Syria di limpahi dengan ribuan ulama,penghafal Al Quran,para mujaddid dan tokoh ilmuan yang tidak terkira ramainya.Syria bukan setakat kota pertahanan politik,namun juga pertahanan tradisi keilmuan umat Islam.Dimasq atau Damshiq ialah kota yang di pelihara.Kota yang dijamin kedudukannya.
Bagaimana orang Malaysia boleh memahami krisis Syria ini? Saya boleh membantu dengan pertama,cuba dalami pelan atau perancangan Israel bagi menguasai Asia Barat,terutama Mekah dan Madinah.Kedua,cuba mempelajari konflik pertembungan agama yang di jangka akan berlaku.pada akhir zaman.(.Syria dikatakan tempat akan berlakunya peristiwa Imam Mahdi ).Ketiga,cuba mempelajari mengapa Sultan Abd Hamid di jatuhkan.Keempat,adakah Syria akan aman sekiranya dinasti yang sedia ada di jatuhkan.Seterusnya,cuba kembalikan ingatan kita semua pada Afghanistan dan contoh klasikal seperti Iraq.Adakah bila regim yang tumbang itu tumbang,rakyat akan menikmati apa yang mereka minta? Itu adalah panduan bagi anda semua untuk memhami bumi Sham atau Surria atau Syria.'
*Tulisan ini merupakan pendapat peribadi penulis.
No comments:
Post a Comment