Wednesday, August 29, 2012

Istanbul :Perkongsian Maklumat Perjalanan


    Turki merupakan destinasi persinggahan suami yang paling kerap.Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini,jumlah lawatan mencecah 14 kali atau mungkin lebih.Untuk maklumat,kami tidak mempunyai sebarang aset atau perniagaan di Istanbul.Di sana hanya tempat berehat.

   Sedikit maklumat yang boleh di kongsikan:-

  •  MAS mempunyai penerbangan terus dari KL-Istanbul yang memakan masa perjalanan hampir 10 jam atau lebih.
  • Penerbangan pilihan suami saya kebiasaanya ialah pesawat EMIRATES kerana perjalanan lebih selesa dan kondusif.Bagi harga yang lebih kompetetif,pesawat 5 bintang Qatar Airways boleh menjadi pilihan.Pilihan lain ialah EGYPT AIR.
  • Tiket promo MAS tanpa tax adalah lebih kurang 900 tt,dan mencecah 2800 atau lebih untuk penerbangan pergi balik.Harga tiket semasa mencecah hampir 3000 dan keatas ekoran dari tax dan kenaikan bahan api.
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Attarturk merupakan antara landasan tersibuk di dunia.Kemudahan awam sangat efektif di sini.Dari Lapangan terbang hanya perlu mengambil tram/metro yang hanya berharga beberapa lira.Sekiranya mempunyai bagasi yang banyak,teksi boleh menjadi pihan.
  • Kawasan penempatan pelancong yang popular adalah bertempat di SultanAHmet Square.Di sini banyak butik-butik hotel yang menggunakan Euro dan US Dollar.Bagi kawasan yang berhampiran Blue Mosque,Topkapi Saraye,Aya Sophia,kadar hotel lebih mahal sekitar 70 Euro dan semakin mahal apabila musim panas.Suami saya hanya menginap di Dongyang Hotel sepanjang berada di Istanbul.
  • Semua tempat pelancongan popular kecuali Blue Mosque,adalah berbayar.1 TL atau Turkish Lira bernilai setara atau kurang/lebih RM 1.70.Kadar ini bergantung kepada nilai pertukaran semasa.Secara amnya Istanbul adalah selamat bagi pelancong,cuma jika ingin mengelak kecurian,gunakan kredit kad.
  • Bagi pelancong pertengahan,Istanbul ialah bandar pelancongan yang agak mahal.Membayar sekitar RM 100 untuk satu hidangan di sekitar SultanAhmet adalah perkara rutin.
  • Sarapan pagi yang di sediakan di hotel terdiri dari roti ,buah-buahan,bijiran.Tiada nasi lemak,mee hoon  etc di sini.Setakat yang kami tahu, tiada lagi  Hotel berkonsep Malaysia di Istanbul.
  • Bahasa Inggeris di gunakan secara meluas dikalangan pekerja hotel.Tetapi untuk orang awam,komunikasi sering menjadi masalah.
  • Bagi peminat Uthmaniyyah,sejarah dan artifak berada di sekeliling Istanbul.Kota-Kota lama masih jelas kelihatan.Bagi yang ingin melihat Islam dan Turki,kawasan Fetih dan Eyup boleh menjadi pilihan.
  • Ramai rakyat Malaysia yang menetap di Istanbul,cuma jarang yang menetap di sekitar SultanAHmet.
  • Di Pasaraya Jevahir terdapat restoran Malaysia.Sekiranya anda teramat rindukan nasi putih,boleh kesana.

1 comment:

  1. Selamunaleykum,
    kalau gi Turki makanlah roti, sedap apa roti demo tuh.

    ReplyDelete