Saya suka melihat iklan iklan mengenai Malaysia yang menghijau,kaya dengan hasil bumi,sumber semulajadi,kejayan Petronas di luar negara dalam bidang minyak dan gas ,dan pelbagai kisah -kisah kekayaan Malaysia yang amat menakjubkan.
Apabila saya menjejak Singapura yang kontang,tanpa gunung ganang ,tanpa emas,tanpa minyak dan gas,tanpa apa-apa hatta air bersih pun terpaksa di import dari Tanah Johor, membuatkan saya terlebih pelik.Duduk sebagai Pulau,tetiba Dollarnya lebih mahal dari ringgit Malaysia yang kaya raya dengan hasil bumi.
Singapura hanya mempunyai aset laut sebagai pelabuhan.Daripada pusat perdagangan entrepot,ekonomi dijana dari sumber yang terhad,tidak termasuk sumber manusia yang tidak mencapai 70 juta seperti wawasan 2020.
Saya sering terbayang-bayang susuk Lee Kuan Yew semasa dia membawa keluar Singapura dari Malaya.Walaupun dikatakan di taja oleh Zionis ,Amerika,kemampuan beliau membawa Singapura dari ekonomi setempat ke arena global amat menakjubkan.
Memproses air yang di jual oleh Johor,kemudian menjadikan air sebagai komoditi.Menggunakan Nusajaya sebagai wilayah tambahan.tidak termasuk Iskandar Malaysia.Menutup "penjajahan "minda dengan dasar pecah perintah.Dasar perumahan dan kerajaan tempatan.Polisi yang digunakan hampir di seluruh dunia,termasuk di Malaysia.
Melayu di Singapura perlu ada yang berdarah Indonesia,ada juga yang berdarah Malaysia.Akhirnya dengan penerapan dalam sistem pendidikan Nasional,mereka menjadi anak Melayu Singapura.Bahasa Inggeris amat di pandang tinggi.Melayu termasuk Masjid Kampung Glam juga hampir tenggelam.
Sosio-politik dan geografi Singapura hanya satu prototaip,dengan wajah Malaysia dalam kurang 50 tahun lagi.Singapura sedang melalui fasa perubahan yang biasa di dekad dunia digital ke era post modernism.
Sesuatu yang saya belajar dari Lee Kuan Yew,kekuarangan yang kita miliki mungkin membantu kita mencari sesuatu yang lebih.Dan yang lebih penting tiada yang mustahil-dengan Izin Nya...
No comments:
Post a Comment