Catatan hari ke 12 Ramadhan
......Sehari dua ini saya amat berharap semua urusan perniagaan saya berjalan lancar.Suami juga agak sibuk menguruskan pelbagai urusan yang pasti tidak selesai dalam sehari.Pada tahun ini kami suami amat berharap dapat memberikan bonus sebulan gaji atau paling kurang setengah bulan gaji untuk semua staff.Jumlah minimum yang kami perlukan hampir RM 15000.Walaupun ia hanya harapan di hati kecil,namun saya tahu,suami amat bersungguh-sunguh mencuba bagi meringankan beban kakitangan yang rata-ratanya amat memerlukan wang untuk sambutan Aidilfitri.
RM 15000 bagi sesetengah orang mungkin tidak bernilai.Tapi untuk kami yang menatap wajah-wajah yang membantu membangunkan Kompleks ini,tidak tergamak melihat mereka berhari raya dengan berbekalkan wang gaji RM 500-600 yang sememangnya jauh dari cukup.
Semoga rezeki kami ditambah agar dapat di kongsi dengan insan-insan yang memerlukan.
No comments:
Post a Comment