Wednesday, August 29, 2012

Istanbul :Perkongsian Maklumat Perjalanan


    Turki merupakan destinasi persinggahan suami yang paling kerap.Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini,jumlah lawatan mencecah 14 kali atau mungkin lebih.Untuk maklumat,kami tidak mempunyai sebarang aset atau perniagaan di Istanbul.Di sana hanya tempat berehat.

   Sedikit maklumat yang boleh di kongsikan:-

  •  MAS mempunyai penerbangan terus dari KL-Istanbul yang memakan masa perjalanan hampir 10 jam atau lebih.
  • Penerbangan pilihan suami saya kebiasaanya ialah pesawat EMIRATES kerana perjalanan lebih selesa dan kondusif.Bagi harga yang lebih kompetetif,pesawat 5 bintang Qatar Airways boleh menjadi pilihan.Pilihan lain ialah EGYPT AIR.
  • Tiket promo MAS tanpa tax adalah lebih kurang 900 tt,dan mencecah 2800 atau lebih untuk penerbangan pergi balik.Harga tiket semasa mencecah hampir 3000 dan keatas ekoran dari tax dan kenaikan bahan api.
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Attarturk merupakan antara landasan tersibuk di dunia.Kemudahan awam sangat efektif di sini.Dari Lapangan terbang hanya perlu mengambil tram/metro yang hanya berharga beberapa lira.Sekiranya mempunyai bagasi yang banyak,teksi boleh menjadi pihan.
  • Kawasan penempatan pelancong yang popular adalah bertempat di SultanAHmet Square.Di sini banyak butik-butik hotel yang menggunakan Euro dan US Dollar.Bagi kawasan yang berhampiran Blue Mosque,Topkapi Saraye,Aya Sophia,kadar hotel lebih mahal sekitar 70 Euro dan semakin mahal apabila musim panas.Suami saya hanya menginap di Dongyang Hotel sepanjang berada di Istanbul.
  • Semua tempat pelancongan popular kecuali Blue Mosque,adalah berbayar.1 TL atau Turkish Lira bernilai setara atau kurang/lebih RM 1.70.Kadar ini bergantung kepada nilai pertukaran semasa.Secara amnya Istanbul adalah selamat bagi pelancong,cuma jika ingin mengelak kecurian,gunakan kredit kad.
  • Bagi pelancong pertengahan,Istanbul ialah bandar pelancongan yang agak mahal.Membayar sekitar RM 100 untuk satu hidangan di sekitar SultanAhmet adalah perkara rutin.
  • Sarapan pagi yang di sediakan di hotel terdiri dari roti ,buah-buahan,bijiran.Tiada nasi lemak,mee hoon  etc di sini.Setakat yang kami tahu, tiada lagi  Hotel berkonsep Malaysia di Istanbul.
  • Bahasa Inggeris di gunakan secara meluas dikalangan pekerja hotel.Tetapi untuk orang awam,komunikasi sering menjadi masalah.
  • Bagi peminat Uthmaniyyah,sejarah dan artifak berada di sekeliling Istanbul.Kota-Kota lama masih jelas kelihatan.Bagi yang ingin melihat Islam dan Turki,kawasan Fetih dan Eyup boleh menjadi pilihan.
  • Ramai rakyat Malaysia yang menetap di Istanbul,cuma jarang yang menetap di sekitar SultanAHmet.
  • Di Pasaraya Jevahir terdapat restoran Malaysia.Sekiranya anda teramat rindukan nasi putih,boleh kesana.

Tuesday, August 28, 2012

Visa Umrah Visa Ziarah 2012

  

     Bagi makluman rakan-rakan,visa umrah bagi tahun 2012/1433 H sudah ditutup beberapa hari sebelum Ramadhan yang lepas. Tanah suci Mekah sedang bersedia bagi menerima tetamu bagi musim haji yang menjelang tiba.Ada di kalangan rakan-rakan yang bertanya mengenai cara kemasukkan ke tanah suci sekiranya ingin menggunakan visa selain visa umrah.Di bawah merupakan sedikit panduan,yang mungkin perlu di buat di buat semakan semula.

Visa Ziarah
  1. Ada beberapa kategori visa ziarah.Ada visa ziarah pelancongan,ada visa ziarah perniagaan dan visa ziarah yang diperolehi sekiranya ada keluarga yang menjadi pemastautin di Arab Saudi.
  2. Visa ziarah jarang di jual oleh syarikat travel kerana ia sukar di perolehi dan terhad.
  3. Visa ziarah pelancongan yang diperolehi oleh syarikat travel esperti Andalusia telah di batalkan.Peraturan ziarah dan umrah sering bertukar ganti  mengikut prasyarat kerajaan Arab Saudi.
  4.  Visa ziarah membolehkan pemegang visa memasuki Arab Saudi dari mana-mana kawasan di  negara tersebut seperti Riyadh,Dammam etc.
  5. Visa ziarah mempunyai pelbagai versi,single entry dan multiple entry
  6. Visa ziarah membolehkan pemegang visa mengunakan domestik airport di Arab SAudi.Pemegang visa umrah perlu menggunakan  Airport Haji yang banyak kerenah.
  7. Sekiranya  ada keluarga terdekat seperti anak ,adik etc yang menetap di Arab Saudi secara sah,mereka boleh membantu untuk mendapatkan "calling visa" atau visa ziarah.
  8. Semua visa ziarah perlu di proses oleh wakil yang mahir dalam proses ini.
Visa umrah bagi tahun 1434 H akan di buka 15 D isember atau 1 Safar 1434 H.Namun begitu pembelian tiket tidak digalakkan di buat awal kerana tida kepastian visa umrah akan di luluskan.Walaupun permohonan di buka,kelulusan tertakluk kepada kuasa penuh wakil kerajaan Arab Saudi di Malaysia.

Monday, August 27, 2012

Ada apa di Singapura

    Saya suka melihat iklan iklan mengenai Malaysia yang menghijau,kaya dengan hasil bumi,sumber semulajadi,kejayan Petronas di luar negara dalam bidang minyak dan gas ,dan pelbagai kisah -kisah kekayaan Malaysia yang amat menakjubkan.
     Apabila saya menjejak Singapura yang kontang,tanpa gunung ganang ,tanpa emas,tanpa minyak dan gas,tanpa apa-apa hatta air bersih pun terpaksa di import dari Tanah Johor, membuatkan saya terlebih pelik.Duduk sebagai Pulau,tetiba  Dollarnya lebih mahal dari ringgit Malaysia yang kaya raya dengan hasil bumi.

       Singapura hanya mempunyai aset laut sebagai pelabuhan.Daripada pusat perdagangan entrepot,ekonomi dijana dari sumber yang terhad,tidak termasuk sumber manusia yang tidak mencapai 70 juta seperti wawasan 2020.

      Saya sering terbayang-bayang susuk Lee Kuan Yew semasa dia membawa keluar Singapura dari Malaya.Walaupun dikatakan di taja oleh Zionis ,Amerika,kemampuan beliau  membawa Singapura dari ekonomi setempat ke arena global amat menakjubkan.

    Memproses air yang di jual oleh Johor,kemudian menjadikan air sebagai komoditi.Menggunakan Nusajaya sebagai wilayah tambahan.tidak termasuk Iskandar Malaysia.Menutup "penjajahan "minda dengan dasar pecah perintah.Dasar perumahan dan kerajaan tempatan.Polisi yang digunakan hampir di seluruh dunia,termasuk di Malaysia.

      Melayu di Singapura perlu ada yang berdarah Indonesia,ada juga yang berdarah Malaysia.Akhirnya dengan penerapan dalam sistem pendidikan Nasional,mereka menjadi anak  Melayu Singapura.Bahasa Inggeris amat di pandang tinggi.Melayu termasuk Masjid Kampung Glam juga hampir tenggelam.

      Sosio-politik dan geografi Singapura hanya satu prototaip,dengan wajah Malaysia dalam kurang 50 tahun lagi.Singapura sedang melalui fasa perubahan yang biasa di dekad dunia digital ke era post modernism.
     Sesuatu yang saya belajar dari Lee Kuan Yew,kekuarangan yang kita miliki mungkin membantu kita mencari sesuatu yang lebih.Dan yang lebih penting tiada yang mustahil-dengan Izin Nya...

Tuesday, August 14, 2012

Terima Kasih...

25 Ramadhan


             Di pejabat saya dipenuhi dengan beras,minyak,barang-barang hamper,kuih-muih,senarai penerima bantuan zakat,sedekah,fidyah dan sebagainya.Sumbangan yang disalurkan untuk pihak luar sudah saya tunaikan sebelum 17 Ramadhan lagi.Golongan gelandangan,armalah,faqir miskin semuanya di bereskan awal-awal kerana saya  akan membahagikan khusus bahagiann warga kerja Kompleks Tarbiyyah An Nur selepas 25 Ramadhan.
           Terima kasih diatas kepercayaan sahabat-sahabat yang bermurah hati membantu saya menyalurkan bantuan-bantuan kepada golongan yang memerlukan.Sumbangan yang diterima,tanpa mengira nilai,amat berharga kerana ia lambang amanah dan kepercayaan.
            Hampir 2/3 puasa ini masa saya banyak dihabiskan menyiapkan amanah-amanh di samping tugas rasmi di Kompleks,perniagaan dan menyiapkan persediaan kajian.Saya hampir-hampir kehilangan tenaga,dek mengenang ramai yang masih memerlukan...amanah perlu di lunas.
            Terima kasih kepada sahabat-sahabat.terima kasih kepada semua ahli keluarga.Saya hanya dapat pulang ke Johor Sehari sempena Ramdhan,dan hampir-hampir tidak menolong ibu mertua di rumah.Masa yang terkejar-kejar banyak memakan tenaga dan memerah minda.
                 Semoga Ramdhan menjadi bengkel..dan ia berterusan...
              

Sunday, August 12, 2012

Gelandangan...aku tanpa rumah dan tanpa mereka

  Cerita semasa puasa...
                 
                Pada suatu hari di bulan puasa yang dimuliakan,saya di maklumkan dengan satu usaha bagi membantu orang-orang yang tidak berumah atau" homeless",dalam bahasa mudahnya golongan gelandangan.
               Tanpa berfikir-fikir saya mewar-warkan aktiviti ini kepada kawan-kawan dan sahabat yang pasti akan membantu.Di bawah merupakan laporan aktiviti pada Jumaat lepas...


  Gambar boleh bercerita,dan saya tidak sanggup melihat gambar-gambar yang dipaparkan.Bayangkan,jika satu hari nanti kita hanya berbantal di bawah bintang,tidur beralas kotak,makan sisa lebihan,dihina ,dicemuh oleh manusia.....

    Mereka ini bukan berada di negara perang,bukan juga ditempat konflik.Mungkin ada yang menuduh,mungkin ada yang berprasangka.Cuma saya pasti tidak ada insan yang minta dijadikan sebegini.



    Semoga golongan ini terus didekati.Kepada rakan-rakan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung,semoga anda semoga diberi kekuatan dan keberkatan.Ameen.Kepada yang melihat tanpa rasa apa-apa...semoga anda dikurniakan sedikit "rasa".

Wednesday, August 8, 2012

bUDAYA-MAKAN-MAKAN

Entri ini merupakan kepelbagaian makanan berlatar budaya berbeza.



                                        Lauk-lauk Turki,boleh dimakan bersama Pilav atau roti...

                                                                Chicken Kabsa-Arab

                                                            Steak-Western Civilazation


                           Anak ayam panggang bersama sos bawang putih-makanan Timur Tengah

                                                            Kerabu sarang-Kelantan

                   Nasi Salik-susu untuk org tiada gigi dan kanak-kanak-bersama jalatah dan sambal

                                                 Ayam cincang-tomato-garam-gula-etc

                                                                    Chicken Mandy

                                                                  Makanan arab

Siffin ...dan Uhud

                           Peperangan dan senjata merupakan salah satu taktik politik kuno yang masih digunakan sehingga zaman moden ini.Mencetuskan konflik antarabangsa,penghapusan kaum sentiasa dan terus berlaku,seolah-olah sejarah sentiasa berulang.
                            Saya dalam rangka kerja menggubal silibus matapelajaran Sirah yang sering diajar di kebanyakkan sekolah agama di Malaysia dan teringat beberapa fakta mengenai motif dan tujuan peperangan.
                       Kebanyakkan anak murid diajar mengenai Perang Badar,Ahzab ,Khandaq ,Siffin dan bermacam-macam peperangan.Biasanya topik yang diulas hanya melewati,tarikh,jumlah atau impak peperangan dan pendekatan sejarah yang konvesional.
                    Sewaktu saya melawat Turki,saya sempat melihat senjata-senjata yang di pamerkan di Topkapi.Banyak juga senjata yang dihadiahkan dari kerajaan seperti China,Jepun dan banyak lagi negara.Di catatkan juga,antara kunci kejayaan menawan Constantinople ialah sejenis meriam yang mampu merobohkan tempoh kota yang gah itu.


                                                Pakaian perang yang di pamerkan di Topkapi

                Perang Khandaq pula,memperlihat strategi perang yang di cetus oleh Salman Al Farisi.Cetusan idea ini dikatakan hasil dari pengalaman tamadun Parsi yang lebih ke hadapan pada masa itu.Pada masa itu juga,di nukilkan hadis yang  menjadi visi dan misi Khalifah selepas Rasullah ,iaitu,visi kota Konstantinople akan jatuh pada Raja yang terbaik.
                Sewaktu saya menziarahi kawasan Eyup,saya tidak memahami mengapa maqam Abu Ayyup Al Ansari perlu berada di Konstantinople.Mengikut rekod yang di catat ,rumah Abu Ayyup menjadi pilihan Nabi Muhammad (saw) sewaktu mula sampai ke Madinah.Ini bermakna,Abu Ayyup merupakan insan terpilih.Insan terpilih ini memilih untuk berada di Islambul.Memilih untuk berjumpa raja yang terbaik,tentera yang terbaik.
                    Setelah beberapa fakta saya halusi,kedudukan Istanbul bukan sahaja penting dari sudut sejarah,namun ada sejarah baru yang akan tercipta.Ia semakin jelas bila berlaku krisis di Syria.Syria sebagai kota ilmu merupakan pertahanan "minda" bagi ummah.Istanbul pula dijatuhkan dengan peperangan idealogi dan emosi.Uthamaniyyah dijatuhkan dengan peranan sekularisme dan nasionalisma.
                 Penghapusan etnik di Bosnia,di Burma,di Kashmir,di Ulgur merupakan "grand design" yang telah lama di rancang.Pattani ,Moro merupakan hanya titik-titik geografi bagi mengurangkan perkembangan tamadun Islam.
          Selepas Khalifah-khalifah yang empat,Abbasiyyah,Umayyah,Uthamaniyyah,pihak yang merancang bersungguh mengurangkan titik fokus yang bernama Muslim.Prinsip nation memisahkan kesatuan-kesatuan ini.Muslim tidak perlu diperangi secara terbuka dan berdepan,hanya memisahkan mereka  dari leluhur dan Al Quran.Mereka cukup takut sekiranya Sallehudin Al Ayyubi akan muncul sekiranya perang dibuat secara terbuka.
            Melalui kajian orientalisme,pengkaji-pengkaji Timur dan Barat sedang mengenal pasti ,tempat-tempat dimana akan lahir kepimpinan yang berteraskan Al Quran dan AS Sunnah.Dikatakan,Afrika menjadi target utama di samping beberapa negara seperti di Timur.Bagi kawasan Asia Tenggara,Singapura dilahirkan bagi memecah dominasi Muslim terbesar.Di Afrika regim-regim menguasai di samping sosio politik dan ekonomi yang semakin gawat.
            Beberapa Universiti di Barat mempunyai kepakaran untuk mengesan"kebangkitan" Islam ini.Pengkaji-pengkaji ini amat terlatih untuk mencari titik fokus.Secara mudah,hasil kajian mereka yang "pakar "ini telah menjadikan polisi nasioanal melalui campurtangan kedutaan di negara masing -masing.Sebagai contoh,penghapusan sistem pengajian tradisional seperti "pondok " yang wujud di Malaysia.Ia juga berlaku di semua negara yang menggunapakai konsep serupa.Begitu juga silibus atau sukatan pengajaran agama di sekolah-sekolah.Bantuan perkapita dan sebagainya.
              Konklusinya,peperangan akan terus dan berterusan.Senjata fizikal bukan lagi menjadi target dan dominasi.Peperangan alaf baru ini merupakan peperangan minda.tidak perlu melihat jauh,facebook menjadi contoh yang jelas.berapa ramai pendakwah facebook yang lahir,berbanding pendakwah sebenar di luar? Belum lagi minda yang terjajah dengan ketakutan terhadap mati  dan perkara yang di panggil Wahn...
    Semoga saya dapat merangka silibus yang betul....



Wednesday, August 1, 2012

Hari Raya yang dekat tapi jauh...

   Catatan hari ke 12 Ramadhan

......Sehari dua ini saya amat berharap semua urusan perniagaan saya berjalan lancar.Suami juga agak sibuk menguruskan pelbagai urusan yang pasti tidak selesai dalam sehari.Pada tahun ini kami suami amat berharap dapat memberikan bonus sebulan gaji atau paling kurang setengah bulan gaji untuk semua staff.Jumlah minimum yang kami perlukan hampir RM 15000.Walaupun ia hanya harapan di hati kecil,namun saya tahu,suami amat bersungguh-sunguh mencuba bagi meringankan beban kakitangan yang rata-ratanya amat memerlukan wang untuk sambutan Aidilfitri.
           RM 15000 bagi sesetengah orang mungkin tidak bernilai.Tapi untuk kami yang menatap wajah-wajah yang membantu membangunkan Kompleks ini,tidak tergamak melihat mereka berhari raya dengan berbekalkan wang gaji RM 500-600  yang sememangnya jauh dari cukup.
        Semoga rezeki kami ditambah agar dapat di kongsi dengan insan-insan yang memerlukan.

Sejadah Turki-sejadah tebal dan tidak berbau wangi


 Produk Sejadah tebal dari Turki-tidak berbau wangi






Semua sejadah diatas merupakan pasaran untuk pembekal.Sila pm untuk harga dan stok sedia ada.Kualiti adalah terjamin .Belian minimun 25 dan keatas.Harga bermula dari RM 35.