Dua hari yang lepas saya kembali ke Kuala Lumpur untuk aktiviti ziarah.Saya hanya mempunyai 48 jam sebelum en suami berangkat ke Tehran.Kembali ke Kota bharu,terus disambung dengan pertemuan.Berjumpa bermacam ragam.Kami tidak sempat pulang ke Johor.Jarak yang jauh memerlukan 36 jam minimun,dan saya di pinjamkan hanya 48 jam yang penuh.
Melihat sampul diatas meja ,membuat hati saya berbunga,Menerima kiriman dari kak Halime Abla,kacang hazel tanda ingatan,stokin menutup urat -urat kesejukan dan sehelai tuala mengusap muka yang kepanasan.Benarlah kata orang,benarlah kata agama,silaturahim itu mahal harganya.
Di Kuala Lumpur kami menginap di Marriot hotel.Em suami memerlukan sedikit tenang.Dan saya juga memerlukan sedikit ruang.Kami akan kembali ke Kota Bharu dengan hambatan kerja.Dari Tehran,seperti biasa suami kesayangan saya akan ke Istanbul.Lagi dan lagi....
Hidup dalam permusafiran,tidak sama hidup seperti insan biasa.Orang yang berkelana ,hanya mempunyai tuhan...
setiap hari merupakan satu kelas yang panjang,kita akan sentiasa belajar,waima dalam sedar atau tidak
Thursday, May 31, 2012
Wednesday, May 30, 2012
Jom kenal Surria
Pergolakkan negara-negara Arab seperti Tunisia,Mesir,Libya banyak membuka mata para Muslim di serata dunia.Walaupun namanya negara Arab,geopolitik disetiap kawasan ini mempunyai ciri-ciri yang agak sukar difahami oleh pemerhati politik tanpa mengkaji asal-usul atau salur galur tercetusnya pergolakkan.
Kebanyakkan negara Arab seperti Arab Saudi,UAE mempunyai kaitan langsung dengan polisi langsung Amerika Syarikat.Pendek kata isu-isu seperti Palestin tidak akan di ganggu gugat atau di bantu oleh negara yang menjadi naungan Amerika.
Negara seperti Mesir dan Syria pula,adalah negara yang mempunyai sempadan darat dengan Israel,sekutu Amerika yang paling intim.Amerika itu Israel,dan Israel itu Amerika.Perubahan geopoilitik di Mesar membawa kesan langsung keatas wilayah wilayah di tebing Gaza.Begitu itu juga beberapa kedudukan pertahanan di Syria.
Bagi yang tidak pernah menjejak kaki ke Syria,agak sukar membayangkan bagaimana sebenarnya kondisi yang berlaku di Homs atau di wilayah -wilayah lain.Syria adalah wilayah rebutan Israel sejak dari berzaman.Merampas Syria memberikan kelebihan kepada tentera di Israel mengawal Asia Barat secara lebih berkesan.Isunya,mengapa keadaan Syria itu menjadi seperti yang kita lihat pada hari ini.
Pengkaji Hadith dan Ulum Quran,akan banyak berjumpa mengenai keistemewaan Syria dalam sejarah dan kehidupan umat Islam seterusnya.Syria di limpahi dengan ribuan ulama,penghafal Al Quran,para mujaddid dan tokoh ilmuan yang tidak terkira ramainya.Syria bukan setakat kota pertahanan politik,namun juga pertahanan tradisi keilmuan umat Islam.Dimasq atau Damshiq ialah kota yang di pelihara.Kota yang dijamin kedudukannya.
Bagaimana orang Malaysia boleh memahami krisis Syria ini? Saya boleh membantu dengan pertama,cuba dalami pelan atau perancangan Israel bagi menguasai Asia Barat,terutama Mekah dan Madinah.Kedua,cuba mempelajari konflik pertembungan agama yang di jangka akan berlaku.pada akhir zaman.(.Syria dikatakan tempat akan berlakunya peristiwa Imam Mahdi ).Ketiga,cuba mempelajari mengapa Sultan Abd Hamid di jatuhkan.Keempat,adakah Syria akan aman sekiranya dinasti yang sedia ada di jatuhkan.Seterusnya,cuba kembalikan ingatan kita semua pada Afghanistan dan contoh klasikal seperti Iraq.Adakah bila regim yang tumbang itu tumbang,rakyat akan menikmati apa yang mereka minta? Itu adalah panduan bagi anda semua untuk memhami bumi Sham atau Surria atau Syria.'
*Tulisan ini merupakan pendapat peribadi penulis.

Tuesday, May 29, 2012
Wednesday, May 23, 2012
Islambul
Baklava merupakan kuih yang boleh didapati di Turki,Arab Saudi ,Syria dan banyak negara yang berunsurkan Arab.Uthmaniyyah pula milik bangsa Turki yang menghubungkan Asia dan Eropah.Pendukung Uthmaniyyah tidak berbangga kerana Bangsa,tapi tunduk kerana agama.
Di zaman Sultan Al Fateh,Bahasa Arab dan bangsa Turki umpama isi dan kuku.Bahasa mendekatkan budaya.Makanan berasal dari Turki seperti Kadayif dan Baklava ,turut menjadi makanan sebahagian besar tanah Arab.Pismaniyye atau gula gula juga dinikmati sehingga ke Asia Tenggara.Pendek kata Uthmaniyyah membawa sekali budaya dan cara kehidupan.Seperti tulisan jawi,mereka juga ada sistem penulisan yang cukup hampir dengan jati diri Islam.Namun di era ini,bangsa Turki yang boleh menguasai tulisan Uthmaniyyah semakin berkurang.
Dizaman kegemilangan Uthmaniyyah ,satu projek mega pengangkutan menggunakan keretapi di rancang dari Istanbul terus ke Mekah Mukarammah.Landasan itu tanda keutuhan para Sultan memartabatkan agama.Menyusuri Syria, Jordan,sisa landasan ini masih boleh di temui. Namun semua sejarah ini banyak tertutup atau sengaja di tutup.
Era moden,masyarakat dunia menyanjung Mimar Sinar,si genius yang mereka bangunan -bangunan indah sekitar Turki.Dunia terpegun dengan Aya Sofea.Kata Napoleon di ulang berkali kali...Istanbul kota dunia.
Berbeza dengan pelancong yang hanya melihat masa kini,suami saya menjejak Istanbul untuk melihat masa lalu dan masa depan.Banyak kuburan di bumi Istanbul.Setiap bangunan yang tersergam menyimpan memori yang menjadi teka silang kata.
Sejarah di Istanbul itu belum berakhir....

Saturday, May 19, 2012
klik klik
Kucing gebu,terlebih makan.istanbul.
Buku Besar di Bursa.
Pokok besar dan tak berhantu:)))
Di Fetih.kat sini ramai Turkish fasih berbahasa Arab.Senang,,,
Haji
Ini semasa hari wukuf.Banyak lori yang membawa pelbagai jenis makanan.semua makanan ini untuk disedekahkan kepada jemaah haji.Kalau tak salah di sebut "sabil".Ada air,buah-buahan,nasi arab.Pendek kata rezeki jemaah cukup murah.Di kawasan saya berada di monopoli jemaah dari asia barat,tak dapat rakyat Malaysia atau penduduk Asia Tenggara.
Solat di mana-mana.keadaan di Arafah amat sesak.Cuaca pada kemuncak juga agak panas.Namun saat ini merupakan masa yang di tunggu oleh jemaah haji.Haji itu adalah wukuf di Arafah.
Muka dah letih...
Miniaturk-Istanbul
A very nice place where you can see all sightseeings all around Turkey in one place .Saiz bangunan disini dikatakan 1/25 dari saiz sebenar.Dikatakan ada 105 model bangunan dari zaman Uthmaniyyah dan bangunan sejarah yang lain.
Ini model Attarturk Airport.Cantik sangat binaannya.Spesifikasi seperti airport sebenar.Miniaturk ini terletak di "Golden Horn".Kami kesini dengan menaiki bas awam dari Eminonu dan kemudia ke Eyup,dan selepas itu ke Miniaturk menaiki teksi.Tiket untuk masuk kesini sebanyak 10 Lira.Kedua-dua anak kami percuma.
Di sini terdapat model,Hagha Sophia,Galata Tower,Masjid Suleymaniyya dan berbagai model bangunan yang wujud di Turki.
Kalau malas nak berjalan ,boleh menaiki keretapi.Maklumlah keluasan kawasan ini hampir 56 hektar.
boleh bandingkan saiz berbanding orang dewasa.dah macam bandar orang kerdil.
Kalau datang Ke Istanbul,boleh melawat Miniaturk.cuma kawasan ini juga kurang popular dikalangan pengunjung dari Malaysia.

Jurassic Park
Ini ala-ala Jurassic Park di Forum Istanbul.Forum ni macam Mid Valley di Malaysia.Saya menaiki tram,,,or metro,saya pun tak ingat.Pelancong memang tidak ramai,disebabkan ia bukan kawasan pelancongan yang popular.Saya ke Forum untuk mencari kemeja suami.Kualiti fabrik di Turki menepati fabrik Eropah,harga lebih kurang Pavillion Kuala Lumpur.Ada sesetengah butik pakaian menjual design butik yang hampir sama dengan Aigner dan beberapa butik lain.Dek kerana anak saya ternampak beberapa ekor T-rex,segala rancangan membeli terbatal.Terus mengambil tiket lebih kurang 90 lira dan enjoy 4D film yang amat menakutkan si Maryam.
Masa ni masih ok,selepas 10 minit,memeluk saya dalam ketakutan sebab kualiti 4D di sini saya realistic.Kemudian di bawa ke segmen -segmen mengenal dinasour.Mishaal memang gembira boleh jumpa dinasour,dan kami suami isteri sering terpinga-pinga sebab 100% tour dalam Jurassic Park ini in Turkish.Memang kami ni "yabanci"yang lain semua lokal.
Ini dihadapan Jurassic Park,ada replika telur.sempat juga "dipaksa"rela oleh anakanda berdua membeli replika dinasour.
nota...Tram dari Sultanahmet di tukar kalau tak silap di zeyturburne untuk ke Forum..kalau silap tolong maafkan saya.Kanak kanak sebesar anak saya,free sahaja,tidak perlu membayar kos pengangkutan.
Tulip
Istanbul merupakan negara yang penuh dengan bukit,selat dan lautan.Panorama alamnya sangat cantik.Dipetang hari yang redup saya "memaksa" suami membeli tiket untuk Bosphorus Cruise.Saja melayan hati kekonon dalam telemovie.Cuma saya terlupa membawa jaket dan pakaian anak anak saya sangatlah tidak sesuai.Akhirnya pelayaran selama sejam,cukup menyejukkan.Rasa macam nak suruh kapten berhenti sebab cuaca teramat sejuk apabila kapal mula membelah lautan.Pengangkutan laut di Istanbul sangat efektif.Kebiasaan nya saya hanya mengambil kapal penumpang untuk ke Istanbul bahagian Asia.Kapal penumpang tidak mahal ,kalau tak salah tak sampai dua lira.namun kerana nak jadi pelancong,suami ikutkan saja membeli tiket cruise,30 lira.esoknya ,semasa ke Eminonu,suami sengaja menyakat,"tak teringin naik kapalkah?"...saya hanya tersenyum...serik dah....
Mendekati Kubur mendekatkan mati
Maqam ini ditengah bandar Istanbul.Saya tidak pasti nama Sultan yang ditanam di sini.Cuma diluar Maqam ini ramai pembesar yang di turut di semadikan.Mishaal yang berumur 6 tahun,saya ajarkan untuk menghadiahkan Al Fatihah.Ajaran dari suami umtuk isteri dan kemudian untuk anakanda berdua.Untuk rekod maqam berada di area Eminonunu,berhampiran Yeni Cami.
Ini pula di Eyup.Saya amat suka di sini bagi menziarahi Maqam Abu Ayyub Al Ansari.Sahabat nabi yang di semadikan di kawasan yang di panggil Eyub.Saya sempat berkenalan dengan seorang sahabat dari Saudi dengan menggunakan Bahasa Arab yang agak terhad.Sentiasa berkobar membaiki Bahasa ARab...tapi en suami kurang membantu..:))Dia tolong pasang cd arab je atas keta..Sebenarnya di Turki ini banyak perkataan Arab yang mudah ditangkap oleh halwa telinga,seperti kahvati kata asal kahva,atau kopi,dukkan,kedai dan banyak lagi.Penguasaan Bahasa Turki saya pula baru meningkat 3 %.Kena datang banyak kali ke sini,untuk menambah penguasaan Bahasa Turki.
Kawasan seperti Eyup,Fateh sangat subur dengan ajaran dan mungkin juga "ritual" yang menjadikan Islam dekat dihati masyarakat Turki.
Wednesday, May 16, 2012
Rawatan Kucing Demam
1.Lepaskan kucing di kawasan halaman rumah untuk kucing mencari ubat secara semulajadi.Ada beberapa jenis rumput dan tumbuhan merupakan penawar untuk sakit pada kucing.
2.Berikan kucing sedikit minyak zaiton bagi menghilangkan demam atau cirit-birit.
tips--kucing tidak boleh makan makanan berkuah dan bergaram.Ia menyebabkan bulu kucing gugur.
Tips diambil dari senarai rawtan-Tuan Haji Ameenul Rahman Nordin

Tips menyegarkan Badan...
Tips ini diambil dari senarai rawatan bagi menghilangkan tekanan dan membuang cas negatif yang berlebihan.
Bahan-bahan
Setengah baldi air batu kiub di campur air paip
7 biji perahan limau nips
Bacaan selawat dan ummul kitab-Al Fatihah
Digalakkan diamabil 2 hari dalam seminggu,campuran air diatas di gunakan untuk mandi.
-tips-d iambil dari senarai rawatan Tuan Haji Ameenul Rahman Nordin.

Monday, May 14, 2012
..The persona of man,
Kehidupan saya selama hampir tiga puluh tahun banyak mencorakkan warna pelangi yang cukup indah.Kadangkala dengan membaca lewat penulisan,kita merasakan betapa syadu dan kesedihan yang di kongsi.Namun kehidupan saya cukup menceriakan.Bekerja seperti orang lain,cuma masa saya lebih fleksibel.Saya juga boleh membuat 3-4 pekerjaan berlainan mengikut minat dan pilihan.Masalah pula,hanya perkara kecil.Saya namakan masalah sebagai peluang.Di setiap masalah yang di berikan, saya di berikan peluang mencambah pemikiran,mencari jalan penyelesaian,mendekati subjek baru.
Mengenai duit dan kewangan,saya boleh hidup untuk orang lain dan untuk diri sendiri.Kesedihan yang saya kongsi di sini adalah mengenai orang lain.Saya berjumpa dengan berbagai lapisan insan.Allah memberikan saya kelapangan dalam membentuk halatuju kehidupan.
Pembaca yang sudi singgah,saya mendoakan anda semua di beri kelapangan rezeki dunia dan akhirat.Semoga penulisan di sebalik blog ini menambah semangat membuat amal dan kebajikan.

Thursday, May 10, 2012
Mengenal " Visa bussiness"ke Tanah Haram.
Suami saya dalam proses memohon " bussiness visa" untuk ke Mekah tidak beberapa lama lagi.Untuk kali ini en suami akan memohon "multiple entry visa" yang membolehkan dia memasuki Mekah tanpa sekatan dan perlu memohon visa sehingga tamat tempoh.Visa ini jarang di gunakan oleh orang awam kerana sekatan peraturan yang ketat dari kerajaan Arab Saudi.Visa ini juga boleh digunakan pada musim haji,dan paspport tidak di simpan oleh pihak muasasah.Pemegang visa ini tidak tertakluk dengan peraturan visa umrah atau visa haji yang di gunakan oleh rakyat Malaysia.
Pada musim Haji Tanah Haram akan di tutup dalam jangka masa tertentu.Pemegang visa ziarah pada musim haji,tidak terangkum dalam peraturan ini.Berminat dengan visa ini? Pastikan anda boleh menjawab soal jawab di imigresen dan yang kedua boleh telefon ke kedutaan Saudi cara memohon visa ini.

Wednesday, May 9, 2012
Rehat: menjamu kucing dan minda
Lewat petang semalam,sewaktu menjamu kucing -kucing kesayangan dalam hujan lebat,saya sempat membaca sedikit rencana bagi menghilangkan lelah.Terbaca petikan rencana mengenai kewajipan menuntut ilmu.Ilmu yang paling berguna mengikut rencana tersebut,ialah ilmu membezakan halal dan haram.Ilmu -ilmu yang lain yang tidak dapat menjadikan manusia mengetahui batasan halal dan haram,akan menjadi sia-sia.
Manusia yang memberi hutang mendapat pahala 15 %.Manusia yang bersedekah hanya 10%.Keutamaan memberi hutang lebih di titik beratkan.Orang yang berhutang ialah orang yang dalam kesempitan.Sedangkan orang yang kita menerima sedekah,mungkin tidak memerlukan sedekah itu.000....begitu rupanya...

Cinta:Jika saya pewaris semangat Abu Ayyub al Ansari
Saya memutuskan ke Istanbul dikala kerja sememangnya menimbun dan bertambun.Antara tujuan saya berehat dikala itu,hanya untuk membuat beberapa keputusan yang cukup besar.Masa bertenang cukup bermakna bagi saya.Beberapa minit sebelum berlepas ke Qatar,suami menelefon Celcom untuk membatalkan pakej Blackberry kerana saya menukar kepada Android.Saya juga mendaftar untuk "roaming' kerana tahu,pasti telefon saya sukar untuk di rehatkan walau berada berkilometer jauhnya dari tanahair.
Sykur,kedua cahayamata saya cukup ceria,walau pertama kali berjalan jauh menaiki kapal terbang.Leka dan ralit dengan game dan flight entertainment.Aktif walau berbelas jam dalam penerbangan.
Istanbul cukup menenangkan.Pilihan yang betul di kala saya amat memerlukan sedikit ruang.Saya menolak Hong Kong,Indonesia dan Singapura.Disana mungkin ada keseronokan,tapi tidak mengembirakan hati saya yang rawan.Saya lebih tenang selepas menziarahi maqam -maqam.Dan lebih tenang bila sampai di Eyyup.Dek kerana membawa anak kecil,taman tema turut menjadi tentatif kami.Jurassic Park di Forum Istanbul cukup menceriakan anakanda berdua.
Sepanjang di Istanbul,sukar sekali melelapkan mata.telefon berdering seawal pukul 2 pagi waktu Istanbul.Mujur ada email, facebook dan sebagainya.Dimana pun kita berada,amanah masih dinamakan amanah.Waktu-waktu senggang dan sunyi saya habiskan menghadap menara aya sofea,kerana kami sengaja memilih berada di Sultan Ahmet.Walau terpaksa membayar sedikit lebih,namun laungan azan di Masjid Biru amat mendamaikan.
Saya dan suami sering mengembara.Istanbul destinasi pertama bagi anakanda kami berdua mengenal dunia.Saya ingin membawa kepada mereka berdua kehidupan lain di sebalik kehidupan mereka.Saya ingin mengajar mereka menjadi pengembara sebagaimana ayahandanya.
Semoga mereka di beri kekuatan seorang pengembara.

Subscribe to:
Posts (Atom)