Friday, April 20, 2012

Istanbul


    Sejak usia belasan tahun,dan sejak dari saya menetap di Matrik Lembah Pantai,saya paling tidak suka membawa beg untuk ke mana-mana.Malam ini saya dan keluarga akan bermusafir lagi.Beg masih belum dikemas.Kalau diturut  hati,rasanya ingin membawa diri sahaja.Pada bulan November lepas saya ke Mekah dengan bekalan tiga helai baju.Dan hampir tidak membeli apa-apa barangan dek kerana saya memang tidak suka membawa barang.Rasanya untuk malam ini,mungkin 3-4 helai sahaja.Silap-silap mungkin en Suami yang tolong kemaskan beg...:))

1 comment:

  1. Salam Salina,
    Selamat jalan, semoga diberkati.
    Jambatan kat atas tu akak tak tempuh sekali pun tahun ni sbb dah tau buat short-cut ke Eminonu!

    ReplyDelete