Saya ada banyak koleksi buku-buku kewangan yang sering menjadi tatapan.Secara peribadi,ilmu ekonomi sangat saya minati terutama idea-idea dalam ekonomi Islam.Pada awalnya saya amat memandang tinggi konseptual yang dibentangkan seperti Dr Zaharuddin dan banyak lagi tokoh tokoh ekonomi semasa.Tetapi bila saya di bawa kepada dimensi pemikiran baru,saya dapati ada banyak ruang-ruang yang membuatkan konsep-konsep hanya kekal sebagai utopia.
Suami saya berhenti pembelajaran master perbankan Islam semasa proses menulis tesis.Setelah menghabiskan beberapa tahun mengkaji dan belajar pengurusan perbankan Islam,beliau tidak mampu untuk melontarkan idea yang tidak selari dengan apa yang dipegangnya.Sebagai daun hijau yang tidak mahir,hampir 10 tahun saya tertanya-tanya,kenapa dan mengapa suami saya enggan meneruskan penulisan master.sedangkan ,pada waktu itu,jika beliau meneruskan penulisan,mungkin beliau akan menjadi "anchor"dalam pemikiran Islam terkini di Malaysia.Tawaran kerja yang lumayan,status sosial yang tinggi tidak mampu menarik minat suami.
Kepada rakan dan ahli keluarga yang menyoal,beliau hanya memberi alasan ketiadaan masa.Tetapi ,satu sebab utama kenapa tesis itu tidak di teruskan ,lebih kepada soal integriti,hukum dan kesan kepada masyarakat.Setelah pening ,saya menemui jawapan yang sangat saya cari.
Beliau lari dari arus semasa,dan cuba memasyarakatkan pemikiran.setelah saya membaca The Saint and the Son yang kami beli dari UK saya memahami hakikat,suami saya hanya ingin menjadi guru untuk masyarakat.Bukan guru dalam skop seorang melayu.Tiada kopiah di kepala,tiada jubah atau serban.Tidak kedepan untuk menjadi imam,kadangkala,sengaja menjadi orang biasa.berfikir seperti mana hikmah -hikmah Syah Waliyullah.Kedepan dalam reformasi mendepani realiti hidup orang kebiasaan.Di sebalik ceramah yang berdegaar-degar di masjid,ribuan lagi yang hilang punca.Masyarakat yang banyak keliru.Pening dan sakit tanpa mengenal punca penyakit.
Bergerak melawan arus tidak semudah mengikut arus.Tetapi kebaikan mengambil risiko,kita akan mempunyai lebih peluang.Walaupun kami tidak mempunyai wang jutaan ringgit,rezeki melebihi orang lain.Masa semakin singkat.Kerja semakin banyak.semoga semuanya bergerak mengikut landasan tuhan.
No comments:
Post a Comment