Wednesday, July 4, 2012

Braun Buffel

       



      Saya sangat suka Julai yang indah.Di bulan kelahiran ini,saya tidak pasti samada suami berada di sisi untuk hari ulangtahun kelahiran.Jadual yang pasti,Mekah dan Istanbul.Saya sempat mengusik untuk mendapatkan beg tangan yang baru.Namun di sudut hati,saya tidak bersedia untuk menukar beg yang sedia ada.Saya hanya ada sepasang kasut,dan sebuah beg pada satu-satu masa.

              Tiada istilah bergilir atau bertukar,kerana saya tidak minat memilih beg atau kasut .Ke Surau,ke kedai,ke sekolah hanya dengan sepasang kasut yang sama.
     Beg tangan yang saya gunakan sekarang amat besar nilai" sentimental".Semasa kami mula-mula mendirikan rumah tangga,saya sangat suka  jenama beg comel ini.Saya sering menjeling-jeling setiap kali berada di KLCC.Kami tidak mempunyai banyak duit pada masa itu.Beg hanya menjadi tatapan mata dan minda.

         Mengenali saya  yang cerewet,saya tahu suami memang berniat untuk menghadiahkan saya beg yang menjadi idaman.Setelah bertahun-tahun,saya  hampir terlupa beg idaman saya.Selepas beberapa tahun,setelah kami lebih berkemampuan,suami menawarkan pelbagai jenama untuk saya pilih.Dari Prada,Coach ,Aigner,saya tolak semuanya.Akhirnya saya di beri beg yang menjadi idaman.

        Walaupun tidak semahal beg Birkin  pujaan isteri Perdana Menteri,beg ini mengingatkan saya tentang azam,mungkin juga tentang cinta.Kadangkala,bukan harga menjadi nilai.Tapi,kesusahan ,keinginan akan menjadi kenangan yang indah.Untuk menukar sebuah beg menjadi sesuatu yang sukar,apatah lagi menukar sebuah cinta.

1 comment:

  1. Salam Yong,
    akak kekadang bawak beg plastik berjalan...sebab tak endah miliki beg tangan!
    Mana ropa beg duffel tu?

    ReplyDelete