Pada tahun 2013,saya akan mengunapakai silibus baru untuk kurikulum sekolah rendah.Kurikulum ini masih di peringkat kajian dan penambahbaikan.Saya menghabiskan hampir satu tahun untuk mencari konsep dan 6 bulan untuk merangka pelan tindakan.Konsep yang akan diperkenalkan ,masih belum wujud di Malaysia,dan akan menjadi perintis bagi kurikulum peringkat sekolah rendah. Islam.
Saya menyahut cabaran suami,untuk berfikir 10 langkah kehadapkan.Kadangkala juga perlu bergerak 2 langkah kebelakang.Kurikulum baru bermaksud,15 % tenaga kerja perlu di persiap untuk pedagogi baru.Tahun satu 2013 akan menjadi perintis untuk projek ini.
Pada 5 tahun lepas,kami suami isteri merangka silibus untuk peringkat menengah.Alhamdulilah projek perintis ini menjadi ikutan.Pelbagai aspek postif dan negatif di bincang dan di tambah baik dari semasa ke semasa.Banyak program kami di salin dan di gunakan di serata sekolah tahfiz di Malaysia .
Buat masa ini,saya menyediakan 100% untuk meneliti kesan dan impak dan cuba menilai pendapat-pendapat luar bagi menjadikan apa yang di rancang ,boleh berjalan dengan lancar.Bekerja dengan modal yang amat minimum sememangnya sukar.Bekerja dengan kekurangan maklumat atau bantuan juga sukar.Tidak ramai dikalangan rakan atau sahabat yang sanggup kerja tanpa di bayar apa-apa.
Hakikat bekerja di dalam sistem Waqf,kita bukan sahaja mewakaf harta,tetapi masa,tenaga ,pemikiran semuanya perlu diwaqfkan.
Kepada rakan-rakan ,halatuju sistem pendidikan di Malaysia,amat kacau bilau.Sebilangan besar bangsa Cina,sudah lama hilang keyakinan kepada sistem ini.Hanya bangsa Melayu yang masih tinggal di SK dan SMK.Ini menunjukkan ketempangan sistem yang jelas.Sekolah Cina pula kebanyakkannya mula mendapat sokongan bangsa-bangsa lain.
Namun begitu di zaman,kecelaruan aqidah sedang berlaku,sistem selain dari sekolah agama memberi kesan yang cukup menakutkan.Budaya membentuk cara hidup.Agama itu cara hidup.Sebab itu,saya cukup terkilan jika ada dikalangan masyarakat beragama Islam tidak menitik beratkan peranan sekolah dalam pemantapan aqidah.
Rakan-rakan,saya amat memerlukan bantuan dalam bentuk perkongsian teori,praktikal mahupun kewangan bagi menjana projek-projek pendidikan dan kemasyarakatan.Sekiranya anda terpanggil untuk membantu,saya dahulukan dengan ribuan terima kasih.
No comments:
Post a Comment