Secara amnya,jualan ini merupakan satu bentuk jualan bermusim.Di sebabkan bau dan namaya yang unik,jualan ini mudah menembusi pasaran.Namun begitu,seperti barangan lain,jika berlaku lambakan pasaran,harganya akan jatuh atau menurun mengikut hukum penawaran dan permintaan.Saya tidak lagi fokus pada harga ,untuk kekal sebagai pembekal,kualiti lebih diutamakan.Dengan itu saya lebih banyak menjual sejadah kualiti sederhana dari corak abstrak dan kualiti fabrik yang tebal.
Saya juga tidak fokus dengan jualan runcit.Pengiklanan dan promosi akan memakan masa dan kos.Jalan yang lebih selesa,menjadi pembekal dan jualan borong.Jimat masa,dan jimat tenaga.Pendekatan perkongsian pelaburan tidak saya gunakan kerana,ia menambah risiko hilang keyakinan,dan kedua pelabur yang pelbagai menambah pelbagai permasalahan.
Sejadah berwarna biru diatas merupakan antara corak terawal yang di bawa masuk ke Malaysia. Corak sebegini amat menarik perhatian para wanita,atau golongan pertengahan.Namun saya tidak mempromosi corak ini kerana,aada pendapat peribadi ,ia lebih sesuai di bingkaikam atau sebagai cenderamata eksklusif.
Sewaktu membuat "market research" saya terfikir,jika ada sejadah wangi,pasti ada juga tulip wangi,dan bunga-bungaan yang lain.Hasil dapatan,memang tulip banyak di jadikan motif dalam penghasilan sejadah mahupun permaidani.Corak diatas ialah sejadah tebal,tempahan khas.
Sejadah bercorak dan fabrik seperti songket ini,mendapat sambutan menggalakkan.Sejadah ini lebih nipis,namun warna dan fabrik membuatkan ia disukai ramai.
Sejadah Tulip
Beberapa fakta mengenai sejadah wangi:
1.Pengeluaran sejadah di buat di seluruh Turki,namun ekstrak ros hanya terdapat di Isparta.
2.Bau ros pada sejadah akan hilang,seperti bau minyak wangi yang kita gunakan.Namun ia boleh di kekalkan untuk beberapa tempoh masa dengan melipat sejadah di dalam plastik .
3.Fabrik sejadah wangi lebih nipis bagi membolehkan ia di proses dengan wangian ros.
4.Sejadah ini mempunyai harga dan kualti pelbagai.
5.Sejadah ini mendapat permintaan tinggi sebagai hadiah terutama untuk masjid dan surau.
Kepada rakan-rakan yang turut sama terlibat dalam jualan produk ini,didoakan anda berjaya .Dan kepada bakal pembeli,sejadah ini sememangnya istemewa.
wardatul_hamra@yahoo.com
0199831053
No comments:
Post a Comment