Saturday, July 28, 2012

Sejadah..seccade...wangi..harum....dari Turki dengan cinta

  Assalamualaikum

  Di sebabkan suami saya suka sangat ke Istanbul,maka saya pun mengambil peluang dan kesempatan mengirim pembelian sejadah wangi.Untuk stok yang sedia ada,corak dan fabrik adalah seperti di bawah. Kepada pemborong dan peruncit sila maklumkan tempahan seberapa segera.First come first serve sahaja..saya tidak menyimpan stok.Harga bergantung kepada kualiti dan kuantiti pembelian.


                                                   Sejadah Abstrak,,,,mahal sikit



                                                    
                                                Sejadah biru yang cun,,,stok sedikit sahaja


                                                            Ungu yang eksklusif juga....


                                                   Sejadah merah hati...hati ku yang merah,,,,


                                                          sejadah pink....yang  jambu



sejadah bunga bunga cinta


Sejadah fabrik kain..ada  berwarna merah...oren etc



                                                 Merah lagi...................


 Dan banyak lagi,cuma tak berapa  banyak masa  nak di upload.kebanyakkan sejadah ini akan diambil pemborong.Sila buat pilihan segera sebelum kehabisan stok.0199831053

Thursday, July 26, 2012

Pendidikan dan Aqidah

      Pada tahun 2013,saya akan mengunapakai silibus baru untuk kurikulum sekolah rendah.Kurikulum ini  masih di peringkat kajian dan penambahbaikan.Saya menghabiskan hampir satu tahun untuk mencari konsep dan 6 bulan untuk merangka pelan tindakan.Konsep yang akan diperkenalkan ,masih belum wujud di Malaysia,dan akan menjadi perintis bagi kurikulum peringkat sekolah rendah. Islam.

     Saya menyahut cabaran suami,untuk berfikir 10 langkah kehadapkan.Kadangkala juga perlu bergerak 2 langkah kebelakang.Kurikulum baru bermaksud,15 % tenaga kerja perlu di persiap untuk pedagogi baru.Tahun satu 2013 akan menjadi perintis untuk projek ini.

     Pada 5 tahun lepas,kami suami isteri merangka silibus untuk peringkat menengah.Alhamdulilah projek perintis ini menjadi ikutan.Pelbagai aspek postif dan negatif di bincang dan di tambah baik dari semasa ke semasa.Banyak program kami di salin dan di gunakan di serata sekolah tahfiz di Malaysia .

      Buat masa ini,saya menyediakan 100% untuk meneliti kesan dan impak dan cuba menilai pendapat-pendapat luar bagi menjadikan apa yang di rancang ,boleh berjalan dengan lancar.Bekerja dengan modal yang amat minimum sememangnya sukar.Bekerja dengan kekurangan maklumat atau bantuan juga sukar.Tidak ramai dikalangan rakan atau sahabat yang sanggup kerja tanpa di bayar apa-apa.

      Hakikat bekerja di dalam sistem Waqf,kita bukan sahaja mewakaf harta,tetapi masa,tenaga ,pemikiran semuanya perlu diwaqfkan.

     Kepada rakan-rakan ,halatuju sistem pendidikan di Malaysia,amat kacau bilau.Sebilangan besar bangsa  Cina,sudah lama hilang keyakinan kepada  sistem ini.Hanya bangsa Melayu yang masih tinggal di SK dan  SMK.Ini menunjukkan ketempangan sistem yang jelas.Sekolah Cina pula kebanyakkannya mula mendapat sokongan bangsa-bangsa lain.

        Namun  begitu di zaman,kecelaruan aqidah sedang berlaku,sistem selain dari sekolah agama memberi kesan yang cukup menakutkan.Budaya membentuk  cara hidup.Agama itu cara hidup.Sebab itu,saya cukup terkilan jika ada dikalangan masyarakat beragama Islam tidak menitik beratkan peranan sekolah dalam pemantapan aqidah.

    Rakan-rakan,saya amat memerlukan bantuan dalam bentuk perkongsian teori,praktikal mahupun kewangan bagi menjana projek-projek pendidikan dan kemasyarakatan.Sekiranya anda terpanggil untuk membantu,saya dahulukan dengan ribuan terima kasih.


Tuesday, July 24, 2012

Jom Puasa di Mekah..

      Buah hati pengarang jantung saya sedang berada di Mekah.Visa beliau hanya lulus pada pagi sebelum keberangkatan ke Turki.Pada asalnya suami saya ingin merehatkan minda bersendirian di Haram,namun dek ramai yang teringin mengikut,akhirnya beberapa rakan turut serta.

  

               Ini suasana Iftar di Masjid Nabawi,bersama seorang sahabat.Terbang dengan kapal terbang berlainan ke Istanbul kerana terlibat dengan urusan kerja,Visa beliau ke Saudi  juga siap dalam masa sehari.En Suami dah berjanji untuk kami beramadhan di Mekah pada tahun depan.semoga di perkenan,,,dan saya dapat pembantu yang cekap untuk mengambilalih tugas.


   Ini nasi Hasyi..nasi anak Unta...Sangat popular di Madinah,Sangat lazat dan menyelerakan.Cuma tubuh akan menjadi sedikit panas selepas memakan daging unta.Dikatakan daging anak unta yang paling sedap.Harganya,saya tak ingat,cuma sedikit mahal.



Ini merupakan cara kebiasaan makan di Tanah Arab.Makanan di letakkan diatas saprah danselepas makan,safrah tersebut dibuang.


 Sebelum ke Mekah,suami singgah ke  Istanbul kerana ada diantara rakan yang teringin melihat keindahan negara Turki.Rasanya kunjungan Ke enam bagi tahun 2012.Saya rasa,kami patut membeli rumah sahaja di bandar Istanbul.Terlalu kerap kesana.


 Istanbul sekarang sedang mengalami musim panas.Banyak buah-buahan yang sedap di jadikan jus,




Gambar kredit dari rakan facebook.Ini lawatan ke Iran.Pertama kali ke luar negara menaiki Air Asia.

Ini pula gambar di Masjid Haram

Monday, July 23, 2012

Sejadah wangi yang mewangi.

 Entri ini untuk pembaca yang ingin mengetahu stok terkini sejadah wangi yang berada di dalam stok semasa.



   
                                




Saturday, July 21, 2012

The Saint and The Son

             Saya ada banyak koleksi buku-buku kewangan yang sering menjadi tatapan.Secara peribadi,ilmu ekonomi sangat  saya minati  terutama idea-idea dalam ekonomi Islam.Pada awalnya saya amat memandang tinggi konseptual yang dibentangkan seperti Dr Zaharuddin dan banyak lagi tokoh tokoh ekonomi semasa.Tetapi bila saya di bawa kepada dimensi pemikiran baru,saya dapati ada banyak ruang-ruang yang membuatkan konsep-konsep hanya kekal sebagai utopia.
               Suami saya berhenti pembelajaran master  perbankan Islam semasa proses menulis tesis.Setelah menghabiskan beberapa tahun mengkaji dan belajar pengurusan perbankan Islam,beliau tidak mampu untuk melontarkan idea yang tidak selari dengan apa yang dipegangnya.Sebagai daun hijau yang tidak mahir,hampir 10 tahun saya tertanya-tanya,kenapa dan mengapa suami saya enggan meneruskan penulisan master.sedangkan ,pada waktu itu,jika beliau meneruskan penulisan,mungkin beliau akan menjadi "anchor"dalam  pemikiran Islam terkini di Malaysia.Tawaran kerja yang lumayan,status sosial yang tinggi tidak mampu menarik minat suami.
                 Kepada rakan dan ahli keluarga yang menyoal,beliau hanya memberi alasan ketiadaan masa.Tetapi ,satu sebab utama kenapa tesis itu tidak di teruskan ,lebih kepada soal integriti,hukum dan kesan kepada masyarakat.Setelah pening ,saya menemui jawapan yang sangat saya cari.
               Beliau lari dari arus semasa,dan cuba memasyarakatkan pemikiran.setelah saya membaca The Saint and the Son yang kami beli dari UK saya memahami hakikat,suami saya hanya ingin menjadi guru untuk masyarakat.Bukan guru dalam skop seorang melayu.Tiada kopiah di kepala,tiada jubah atau serban.Tidak kedepan untuk menjadi imam,kadangkala,sengaja menjadi orang biasa.berfikir seperti mana hikmah -hikmah Syah Waliyullah.Kedepan dalam reformasi mendepani realiti hidup orang kebiasaan.Di sebalik ceramah yang berdegaar-degar di masjid,ribuan lagi yang hilang punca.Masyarakat yang banyak keliru.Pening dan sakit tanpa mengenal punca penyakit.
             Bergerak melawan arus tidak semudah mengikut arus.Tetapi kebaikan mengambil risiko,kita akan mempunyai lebih peluang.Walaupun kami tidak mempunyai wang jutaan ringgit,rezeki melebihi orang lain.Masa semakin singkat.Kerja semakin banyak.semoga semuanya bergerak mengikut landasan tuhan.

Friday, July 20, 2012

Sejadah Wangian Ros:Gul Kokolu Seccade

           Di Malaysia tidak ramai yang mengimport sejadah ini secara besar-besaran.Kehadiran sejadah wangi juga agak baru di Malaysia.Usaha  menjual sejadah ini menampakkan satu peluang pasaran yang agak baik.Sebagai pembekal,saya melihat sejadah wangi seperti saya melihat jualan telekung ,pakaian atau produk-produk yang lain.Tidak ada sebarang kepastian,semuanya di mulai dengan risiko dan ketentuan.

        Secara amnya,jualan ini merupakan satu bentuk jualan bermusim.Di sebabkan bau dan namaya yang unik,jualan ini mudah menembusi pasaran.Namun begitu,seperti barangan lain,jika berlaku lambakan pasaran,harganya akan jatuh atau menurun mengikut hukum penawaran dan permintaan.Saya tidak lagi fokus pada harga ,untuk kekal sebagai pembekal,kualiti lebih diutamakan.Dengan itu saya lebih banyak menjual sejadah kualiti sederhana dari corak abstrak dan kualiti fabrik yang tebal.



   Saya juga tidak fokus dengan jualan runcit.Pengiklanan dan promosi akan memakan masa dan kos.Jalan yang lebih selesa,menjadi pembekal dan jualan borong.Jimat masa,dan jimat tenaga.Pendekatan perkongsian pelaburan tidak saya gunakan kerana,ia menambah risiko hilang keyakinan,dan kedua pelabur yang pelbagai menambah pelbagai permasalahan.



   Sejadah berwarna biru diatas merupakan antara corak terawal yang di bawa masuk ke Malaysia. Corak sebegini amat menarik perhatian para wanita,atau golongan pertengahan.Namun saya tidak mempromosi corak ini kerana,aada pendapat peribadi ,ia lebih sesuai di bingkaikam atau sebagai cenderamata eksklusif.
    Sewaktu membuat "market research" saya terfikir,jika ada sejadah wangi,pasti ada juga tulip wangi,dan bunga-bungaan yang lain.Hasil dapatan,memang tulip banyak di jadikan motif dalam penghasilan sejadah mahupun permaidani.Corak diatas ialah sejadah tebal,tempahan khas.



                      Sejadah diatas juga,custom made untuk pelanggan yang minat dengan corak yang agak abstrak.Ia  tidaak dijual tanpa tempahan awal.Namun agak sesuai untuk digunakan dalam solat kerana warna yang lembut dan corak yang tidak terlalu dominan,


  Sejadah bercorak dan fabrik seperti songket ini,mendapat sambutan menggalakkan.Sejadah ini lebih nipis,namun warna dan fabrik membuatkan ia disukai ramai.





                                                                  Sejadah Tulip

Beberapa fakta mengenai sejadah wangi:

1.Pengeluaran sejadah di buat di seluruh Turki,namun ekstrak ros hanya terdapat di Isparta.
2.Bau ros pada sejadah akan hilang,seperti bau minyak wangi yang kita gunakan.Namun ia boleh di kekalkan untuk beberapa tempoh masa dengan melipat sejadah di dalam plastik .
3.Fabrik sejadah wangi  lebih nipis bagi membolehkan ia di proses dengan wangian ros.
4.Sejadah ini mempunyai harga dan kualti pelbagai.
5.Sejadah ini mendapat permintaan tinggi sebagai hadiah terutama untuk masjid dan surau.



     Kepada rakan-rakan yang turut sama terlibat dalam jualan produk ini,didoakan anda berjaya .Dan kepada bakal pembeli,sejadah ini sememangnya istemewa.

wardatul_hamra@yahoo.com
0199831053

Tuesday, July 17, 2012

Karnival Hari Keluarga An Nur dan Jamuan Amal

                    Seputar gambar



Terima Kasih kepada Dato Bentara Setia Nik Aziz  Nik Mat Menteri Besar Kelantan  yang sudi hadir memeriahkan majlis.


               Tulisan tangan Tok Guru: Derma peribadi berjumlah RM 5000.00 untuk pembinaan masjid.

     Terima kasih kepada Bomba Negeri Kelantan kerana sudi membawa trak pameran yang cukup menarik.


                                   Usahawan Muda:Hari Kantin untuk kanak-kanak riang di An Nur



                                         Pasangan ustaz Wa Ustazah yang terlebih berani.




         En suami dan Tok Guru.....Persahabatan keluarga dari zaman mufti Hj Wan Musa

Friday, July 6, 2012

Kain Sampin Tenun/Songket

Kain Sampin Tenun/Songket


       Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli antara benang loseng ( yang menunggu ) dengan benang pakan ( yang mendatang ) untuk dijadikan sehelai kain.


                                  Pada  4  tahun lepas,saya di minta oleh seorang pelanggan dari Johor untuk mencari kain benang di Kelantan.Saya yang memang kurang cakna dengan pakaian tradisional,menjadi keliru untuk memenuhi permintaan pelanggan tersebut.
                                 Rupa-rupanya ,kain benang yang di panggil di Johor,adalah kain sampin tenun.Ia di kenali sebagai kain songket di bazar-bazar utama di Kota Bharu.Di bawah merupakan contok kain sampin tenun asli yang agak mahal.


                                      Kain sampin bercorak songket yang ditenun tangan merupakan komoditi yang mahal dan ekslusif.Selain dari Terengganu,tenunan dari Pahang juga boleh mencecah harga ribuan ringgit.Tenunan dikatakan berasal dari India,di bawa ke Nusantara semasa era perdagangan Selat Melaka.
        
            Di pasaran sekarang ,harga songket asli bermula dari RM 300 dan boleh mencecah ke angka RM 20,000 bergantung pada kualiti fabrik dan motif corak yang di tenun.Namun begitu lambakan sampin tenun import dari India,Pakistan dan Indonesia menjadikan persaingan pasaran songket lebih
hebat.


                    Kepada yang berminat membeli songket,kain sampin Asli Atau import boleh pm...wardatul_hamra @yahoo.com.Bagi kain sampin,kebanyakkan sudah berjahit dan berukuran dua meter.Harga bagi kain sampin Import bermula dari RM 75.

Wednesday, July 4, 2012

Braun Buffel

       



      Saya sangat suka Julai yang indah.Di bulan kelahiran ini,saya tidak pasti samada suami berada di sisi untuk hari ulangtahun kelahiran.Jadual yang pasti,Mekah dan Istanbul.Saya sempat mengusik untuk mendapatkan beg tangan yang baru.Namun di sudut hati,saya tidak bersedia untuk menukar beg yang sedia ada.Saya hanya ada sepasang kasut,dan sebuah beg pada satu-satu masa.

              Tiada istilah bergilir atau bertukar,kerana saya tidak minat memilih beg atau kasut .Ke Surau,ke kedai,ke sekolah hanya dengan sepasang kasut yang sama.
     Beg tangan yang saya gunakan sekarang amat besar nilai" sentimental".Semasa kami mula-mula mendirikan rumah tangga,saya sangat suka  jenama beg comel ini.Saya sering menjeling-jeling setiap kali berada di KLCC.Kami tidak mempunyai banyak duit pada masa itu.Beg hanya menjadi tatapan mata dan minda.

         Mengenali saya  yang cerewet,saya tahu suami memang berniat untuk menghadiahkan saya beg yang menjadi idaman.Setelah bertahun-tahun,saya  hampir terlupa beg idaman saya.Selepas beberapa tahun,setelah kami lebih berkemampuan,suami menawarkan pelbagai jenama untuk saya pilih.Dari Prada,Coach ,Aigner,saya tolak semuanya.Akhirnya saya di beri beg yang menjadi idaman.

        Walaupun tidak semahal beg Birkin  pujaan isteri Perdana Menteri,beg ini mengingatkan saya tentang azam,mungkin juga tentang cinta.Kadangkala,bukan harga menjadi nilai.Tapi,kesusahan ,keinginan akan menjadi kenangan yang indah.Untuk menukar sebuah beg menjadi sesuatu yang sukar,apatah lagi menukar sebuah cinta.

Senyum.

          Saya  hampir tidak pasti sama ada saya dilanda kesibukkan atau mungkin sedang bermimpi.Kurang dari 10 hari lagi saya akan mengadakan "event " tahunan yang melibatkan  hampir 700-1000 pengunjung.Dijangka,sebagaimana lazim Menteri Besar,TMB,exco-exco Kerajaan Negeri,Kenamaan-kenamaan akan hadir ke Kompleks Tarbiyyah An Nur.Kos Belanjawan hampir RM 12,000.00 hanya membuatkan saya  terkelip-kelip.Pengurusan acara hampir menjadi rutin,namun kali ini seperti terlampau tenang.
         Dateline,dan kerja pengurusan  dan kelas-kelas berjalan seperti biasa.sepatutnya saya ada kerungsingan,mungkin kali ini Allah memberikan lebih tenang.Perniagaan juga makin melimpah ruah.Saya memang menanamkan niat  untuk meggunakan pendapatan perniagaan untuk kerja-kerja kebajikan dan rezeki saya ditambah untuk golongan yang memerlukan.Telekung project,baju raya fakir miskin,beras,minyak,anak yatim dan masjid menjadi fokus saya pada tahun ini.Alhamdulilah,suami dan sahabat-sahabat banyak menyokong,Lebih mengharukan,anak-anak murid turut menyumbang.Semuanya lebih mudah.
        Pada minggu lepas saya menerima tempahan tempahan telekung hampir 200 helai,tidak termasuk blous,songket ,sejadah ,batik sutera yang berjumlah hampir RM 10,000.Paling ajaib,semua tempahan itu ditempah setelah saya menghantar 10 helai telekung untuk anak -anak yatim .Bila saya maklumkan pada suami,beliau hanya tersenyum.Saya perlu lebih berusaha untuk membantu orang lain.Rezeki yang Allah kurniakan ,kadang-kadang hanya sebagai amanah..
   Semoga di ambang Ramadhan,hati kita semakin tenang.

Sunday, July 1, 2012

Meh kita lawat Iran

                                                    
                                                 Mesin tenun Tradisi..



                                              Budaya setempat,,,,,