Wednesday, June 13, 2012

WAngian Ros Isparta- Isparta yang wangi.


 
Bandar Haruman Ros


 
   Bunga ros menjadi  simbol bagi salah sebuah bandar di Turki.Bandar yang harum ini di panggil Isparta.Isparta Rose (Rosa Damascena) merupakan spesies Hibrid Rosagallica dan Rosamoshata .     Pemprosesan ros menghasilan dua bahan utama,yang pertama ros attar atau minyak ros dan yang kedua ros concrete.

                                                                concrete

  Banyak lagi maklumat mengenai Isparta yang semenagnya menarik.Dan yang paling menarik bunga ros bagi industri di Isparta bukanlah berwarna Merah tetapi bewarna Merah Jambu.


                                                  Hibrid Isparta Rose

                                                 Kedai produk Ros


     Setiap tahun mengikut statistik sebanyak 1.5 ton ekstrak ros di keluarkan dari Daerah ini.Walaupun dikatakan Ros di bawa oleh imigran Bulgaria,Müftüzade İsmail Efendi merupakan tokoh yang bertanggungjawab menanam Ros secara meluas di Isparta lewat tahun 1888 di kawasan kejiranan Gulcu.Pada masa ini,penguasaha kilang pemproses ros berdaftar di bawah satu persatuan dinamakan Gulbirlik.Eksport Ros di bawah persatuan ini mencecah nilai 5 million USD.

   Potensi industri ros di Turki masih belum mendapat perhatian pengusaha produk kosmetik di Malaysia.Sehingga kini negara -negara seperi Iran,Jerman sentiasa menambah peluang bagi menambah nilai perdagangan industri ros di Turki.

    Selain daripada kosmetik ,Isparta juga popular dengan prduk hiliran seperti sejadah wangian ros (Gul Kokulu seccade),Pashmina Ros (Gul Kokulu Sal),Gul Tesbih dan bermacam produk yang mempunyai nilai import yang tinggi.

    Bandar Barla yang terletak di Isparta pula terkenal dengan tempat Said Nursi dibuang oleh Kemal Attarturk.Ros mengikut kajian perubatan purba  merupakan satu kaedah penyembuhan semulajadi.Para sufi menggunakan ros bagi menambah rasa "zuuk" dalam beribadat.

    Sewaktu saya mula membuat kajian mengenai  Isparta,saya dapat merasakan daerah ini merupakan daerah yang dijaga  oleh golongan  yang  menjaga perkembangan agamaIslam di Turki.Adalah tidak pelik,hampir 90% aset peniaga-peniaga Muslim yang komited di wakafkan untuk mengembangkan agama atau menampung gerak kerja dakwah seluruh dunia.Vakfi adalah istilah bangsa Turki untuk Waqaf.

                                                Lake Egirdir, Isparta

                   Nama Isparta..bermaksud bandar Tasik.Pada zaman klasik,Pissidia atau bandar Tasik merupakan nama lama bagi Isparta.


                                                           Minyak Ros

1 comment: