Sunday, June 17, 2012

Sedekah menambah keberkatan.

    Kompleks Tarbiyyah An Nur merupakan tempat  istimewa di hati saya.Saya banyak belajar mengenal nilai wang di sini.Kalau bagi saya,RM 10 mungkin kurang nilai,namun bagi sesetengah insan di sini,nilai itu cukup besar.Hampir 3/4 para pekerja saya merupakan golongan yang bergaji kurang dari RM 800.Sebahagian besar mendapat purata pendapatan RM 500.

    Di awal pagi,saya di datangi tukang kebun,kesempitan duit.Jumlahnya tidak banyak,hanya RM 30 sahaja.Bagi saya,nilainya cukup kecil.Tetapi bagi dia,jumlah itu cukup diperlukan untuk membawa anak ke hospital.Atas sebab ini,suami saya bertegas untuk saya berada di sini.Saya perlu belajar menyelami kesusahan orang lain.kehidupan yang " mudah" tidak banyak membantu saya mengenal manusia. Percayalah,bukan mudah untuk saya di sini,lebih-lebih lagi dengan kesombongan setinggi gunung.

    Selepas bertahun-tahun memerhati kesusahan orang lain,suami sekali lagi  mengalakkan saya menjadi usahawan.Bukan untuk kami,tapi untuk orang-orang di samping kami.Lebih-lebih lagi masyarakat yang  yang penuh dengan pelbagai cerita.

     Kesusahan,keperitan wujud di mana-mana.Bila saya membuka sedikit pandangan,mendekati orang fakir dan miskin boleh merobek-robek hati yang tenang.Saya sudah mendengar pelbagai cerita.
    Bagi kawan-kawan yang membantu saya,saya  amat berterima kasih.semoga kita  boleh membantu mereka yang memerlukan kita.Kadangkala kita boleh menghulur wang,kadangkala kita menghulur kasih sayang.

No comments:

Post a Comment