Wednesday, June 27, 2012

.gule -gule

       Pada minggu lepas saya  sempat "melarikan " diri sebentar ke Kuala Lumpur.Suami membelikan tiket penerbangan pada pukul 4.00 petang,dan saya bertolak pada 10.00 malam ke Kuala lumpur.Ketika itu en suami baru tiba dari Istanbul,dan masih belum berpeluang balik ke Kota Bharu.Saya perlu mengadaptasi dengan jadual yang agak kelam kabut.Anak kesayangan saya hampir-hampir menangis,dek khuatir saya ke luar negara.

      Sekembali ke Kelantan,suami saya sedang sibuk menguruskan visa haji untuk urusan haji 2012.Kuota terhad bagi urusan visa furada memang memeningkan.Ramai yang berebut-rebut untuk memastikan nama di senaraikan.Bukan mudah menanamkan di dalam hati bakal jamaah,bahawa haji ialah jemputan Allah.Perancangan manusia bukan prasyarat yang termaktub.

    Dua tiga minggu lagi pula,beliau akan terbang untuk urusan luar.Kali ini membawa harapan orang-orang yang sangat mengharap.Saya pula  sudah hampir kepeningan. Mencari-cari masa menjenguk keluarga di Johor.pada awal Julai ada seminar di Johor Bharu.Masih belum dapat di beri pengesahan.Janji untuk ziarah ke Singapura ,sudah tampak kabur.

     Pasti ada jalan...untuk semua kekaburan...Mohon di doakan...

No comments:

Post a Comment