Wednesday, June 13, 2012

Rezeki bukan pada wang.

    Saya cukup pening jika ada insan yang bertanya tentang pekerjaan suami.Saya sukar menjawab dalam satu perkataan.Ringkasnya,dia seorang pengembara.Tidak suka terikat dengan jadual kerja.Tidak juga berminat dengan  kemeja,slack atau kot.Beliau memang tidak bekerja sepertimana adik-adik nya.Hampir kesemua ipar duai saya terikat dengan perkhidmatan kerajaan.Suami saya hanya seorang pengembara.
    Sebelum kami berkahwin,semenanjung Tanah Arab,Israel sehingga Africa,menjadi tempat persinggahan suami.Apabila kami memulakan hidup suami isteri,kami hanya mengembara di Semenanjung Malaysia.Semua duit hanya dihabiskan hanya untuk menikmati kehidupan berkelana.
     Selepas lahirnya Maryam,secara tiba-tiba suami ke Mekah seorang diri.Pada ketika itu,saya tahu,jiwa  lamanya sudah kembali,Kemudian hampir setiap 6 bulan kemudian 4,bulan kemudian satu bulan,sehingga ke tarikh ini,setiap minggu,beg galas"backpacker" tidak sempat saya letakkan ke tempat asalnya.Beliau akan terus bergerak dan bergerak.
     Dia tidak minat meneruskan kerjaya  ayah mertua  sebagai pemaju,Dek kerana anak-anak mempunyai kerjaya  dan minat tersendiri,anak saudara yang meneruskan perniagaan.Ramai juga sanak saudara yang ingin memberi modal.Itu juga di tolak mentah-mentah.Di sebabkan suami saya ramai rakan dalam bidang pelancongan,ada  yang ingin melabur ratusan ribu kerana percaya prospek yang tinggi.
    Semasa Pelancong Arab mula menyerang Malaysia  pada awal 2000,suami dan beberapa rakan membuka nilai pelaburan yang mencecah ratusan ribu.Namun,kerana tidak berminat dengan perniagaan,semua urusniaga diserahkan pada orang lain.
      Bekerja dengan kerajaan memang tidak termasuk dalam kamus suami.Baik kerajaan negeri atau Pusat,semua tawaran di tolak mentah-mentah.Di sebabkan letih berkata-kata ,semua ahli keluarga sudah tidak kuasa untuk bertanya.
   Bukan sahaja dirinya,saya juga tidak dibenarkan bekerja.Hanya bila ayah mertua membuka mulut memohon bantuan,barulah saya di benarkan menguruskan harta waqaf.Selain daripada itu,beliau memang tidak akan setuju.Kepada yang sering bertanya-tanya...suami saya hanya seorang pengembara.

No comments:

Post a Comment