Thursday, June 14, 2012

Meraikan Melayu.

   Lewat semalam,saya hanya melelapkan diri pada pukul 3 pagi dan tersedar pada pukul 5 pagi.Saya sebenarnya menyiapkan beberapa dokumen sementara menunggu suami pulang pada jam 1 pagi.Biasanya pada waktu ini,kami lebih mudah berbincang.Dan saya pastinya sentiasa mendapat ilmu baru bila en suami membuka topik baru.
   Dalam semenjak dua menjak ini saya mencuba mendalami bahasa Hebrew.Di sebabkan suami saya agak mahir dengan sejarah bangsa Yahudi saya bertanya tips bagi mempelajari Bahasa yang sangat penting untuk memahami bangsa Zionis.
    Saya menemui beberapa pencerahan yang amat menarik.Menurut suami,kebanyakkan bangsa yang mempunyai tamadun lama seperti Arab,Parsi,Cina,Yahudi,hatta bangsa  yang maju seperti Jerman semuanya mempunyai pertuturan yang laju.Ini bermaksud mereka mempunyai kepantasan baik dalam verbal atau secara tak langsung pemikiran mereka turut bergerak seperti percakapan.Bangsa Melayu pula,terkenal dengan percakapan yang lembut gemalai,dan pemikiran yang terlampau berhati-hati.Menurut suami,(tidak semestinya fakta) akibat dari tindakan yang kurang responsif membuatkan orang Melayu terutamanya toleran dengan bangsa lain.Mereka Toleran dengan Cina,INdia dan yang terbaru Indonesia,Bangladesh ataupun bangsa Africa.
               Negara -negara seperti Turki,Iran,China  dan negara yang mempunyai peradaban lama,tidak sewenang berkropomi dengan bangsa lain ,terutama dalam aspek ekonomi dan pentadbiran.Sebaliknya bangsa-bangsa yang dominan seperti bangsa Arab,mudah memasuki pasaran ekonomi global dek kerana cara pemikiran yang agresif selari dengan cara pertuturan.
              Walaupun yang lahir hanya sekadar perbincangan,saya amat tertarik untuk mengkaji fakta-fakta yang diberikan suami.Lebih-lebih lagi memikirkan ada  banyak fakta menarik mengenai bangsa  saya sendiri.Jika betul,maka tidak pelik politik di Malaysia masih "aman" dalam ribut.

1 comment:

  1. Salam Yong,
    "Tolerant" ke atau ada rasa "Inferiority complex"?

    ReplyDelete