Gul bermaksud ros dalam Bahasa Turki.Lale pula bunga tulip.Bunga Tulip juga di gelar lale dalam Bahasa Parsi.Dalam dua tiga minggu ini saya sering terbaca mengenai promosi sejadah wangi dari Turki,ataupun secara spesifik dari Isparta.Bagi yang tak mengenali lagi,jom kita tengok gambar.
Sejadah ini kebanyakkannya bermotif ros dan berbau wangi.Coraknya juga bermacam -macam jenis.Mari kita lihat pula spesifikasi sejadah yang berbeza dari Isparta ini.
Ini merupakan motif yang agak sukar di buat,jadi harganya pasti berbeza.ketebalannya juga berbeza dan tebal dari gambar diatas.
Sejadah diatas pula bermotifkan lale atau tulip.lebih mahal dan pastinya lebih cantik.
Ini pula sejadah ekslusif.Memang ultra cantik menawan dan pasti tertawan.
Sebenarnya banyak motif -motif yang cantik lagi.Adakah semua diatas dijual,,,,? Oh tidak,saya hanya memuat turun bagi berkongsi sejadah dari Turki.Seccade bermaksud Sejadah,Ia juga dari akar perkataan arab "sajada" atau sujud.Selain Turki,Iran juga pengeluar sejadah yang bermotif bunga-bungaan.
Bagi yang masih kurang informasi,kebanyakkan sejadah yang di gunakan di Malaysia dan seluruh dunia di keluarkan dari dua buah negara ini.Cuma lewat dekad ini,China muncul sebagai prengeluar sejadah dek kos pembuatan yang murah.
Saya mula mengenal sejadah ekslusif ini semasa kunjungan ke Mekah .Ia banyak di jual di butik-butik di Hilton dan tempat-tempat yang menawarkan barangan ibadat.Cuma sebagai rakyat marhean yang tidak mampu membeli,hanya mata yang di jamu.di Mekah sendiri,harga sejadah ini mencecah ratusan Saudi Riyal.
Apa yang ingin saya kongsi,kepada Muslimin dan Muslimat yang ingin menjalankan perniagaan,ilmu ,informasi dan maklumat amatlah penting.Negara-negara pengeluar seperti Turki menawrkan bermacam-macam produk yang bisa merambangkan mata.Jalinkan usahasama,jangan bercakaran merebut pasaran yang kecil.Saya sukacita membantu,sebab hobi saya ialah melihat lale,gul dan bermacam motif abstrak yang lain.
Jom kita merapatkan ukhwah.