Tuesday, November 20, 2012

Perkongsian perjalanan ; Tips membawa kanak-kanak bercuti.




Kedua-dua anak saya diajar mengembara/berjalan-jalan sejak dari usia bayi.Jadual kami yang sentiasa  bergerak ,turut mendedahkan kepada anak-anak kehidupan yang sedikit lasak.Di bawah di beri sedikit perkongsian atau tips-tips membawa kanak-kanak berjalan-jalan.


Penang:Percutian pecut dek kerana ayahanda yang sibuk

Istanbul: April 2012

Tasik Banding








# Sentiasa membawa snek seperti biskut di dalam beg yang di bawa oleh anak-anak.Mereka mudah lapar.
#Sentiasa membawa ubatan asas seperti ubat demam etc,terutama kalau berjalan jauh.
#Ibubapa perlu memastikan ada pakaian gantian yang  mudah di capai,kebiasaannya saya menyediakan beg yang dibawa sendiri oleh mereka.
#Jangan biasakan anak-anak dengan rutin nasi sebagai makanan utama,mereka sukar berjalan jika diajar dengan makanan khusus.Dedahkan dengan pelbagai jenis makanan.
#JIka berjalan dengan kereta,sediakan bantal kecil .
#Bagi penerbangan jauh,kanak-kanak boleh meneroka flight entertainment,atau membuat aktiviti membaca atau mewarna.Kebiasaannya mereka akan mendapat "hadiah"dari syarikat penerbangan.
# Sentiasa mengambil sarapan pagi sebelum memulakan lawatan.
#Sediakan beg  plastik untuk persediaan membuang sampah atau muntah.
# Ajar mereka untuk berjalan disisi ibubapa.
# Letakkan no /nama yang boleh dihubungi didalam beg galas.Ia berguna jika mereka hilang.
# Elakkan berjalan di tempat yang sesak bersama kanak-kanak.

Wednesday, November 7, 2012

Tawakal itu indah,berjuang itu lebih indah

     Catatan 7 November

      Semua di dunia adalah pinjaman.Lewat semalam,saya menerima berita duka kehilangan permata hati dua sahabat yang jauh dimata dekat dihati kami.Kehilangan bayi yang masih kecil pastinya meruntun jiwa.Pada petang sebelumnya,suami menziarahi seorang rakan yang terlantar akibat serangan stroke.Usianya baru memasuki ambang 30-an.Kami bersama beliau dan isteri sama-sama menunaikan haji pada tahun lepas.Berkerjaya,mempunyai masa depan yang cerah,masih muda,semua boleh ditarik sekelip mata.
       En suami pula,baru sahaja pulang dari perjalanan jauh pada petang 4 November.Kesokkan harinya ,kami diziarahi rakan dari Kuala Lumpur.Saya hanya sempat berjumpa beliau beberapa jam kerana masing-masing sibuk dengan jadual yang sedia penuh.Jika diizin Allah,suami akan berangkat semula ke MAdinah pada 17 November ini.Visa ziarah sudah siap diproses sebaik sahaja pulang dari Mekah dan  Istanbul pada 4 Nov.JAdual semakin menghambat.
        Dengan keadaan sedikit penat, Pada pagi 7 November,pembantu memaklumkan ada pegawai dari Kementerian menunggu saya di talian.Saya berharap tiada tambahan kerja disaat kepenatan memang sukar digambar dengan kata-kata.Rupanya-rupanya 2 wakil Kementerian akan membuat lawatan rasmi kurang dari dua jam.Lawatan kerja dengan notis singkat sebegini bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh.
      Pilihan bukan satu alternatif.ALhamdulilah,dengan sahabat-sahabat dan rakan sekerja yang banyak membantu,2 jam  lawatan kerja pihak kementerian berjaya kami tempuhi.Walaupun natijah tidak seindah harapan,saya sangat positif dengan makna tawakal.
     Sedikit nasihat dari suami,sekiranya saya merasakan tekanan,ada baiknya melepaskan bebera perkara.Mungkin masanya belum bersesuaian.Pendirian saya,jika ia melibatkan kepentingan awam,cuba sahaja,jika berjaya,ia satu kemenangan,kalau kalah ia juga satu kemenangan.Moga saya tidak mengalah separuh jalan.

 Dalam kehidupan,bukan semua di bawah kawalan manusia.Hidup dalam keadan teka-teki yang tidak berkesudahan,mungkin lebih menarik.Semoga warna-warna pelangi akan muncul selepas hujan.Kalau saya kalah,biarlah kalah selepas berusaha.
    

Monday, October 29, 2012

MUsafir

       Sambutan Aidil Adha pada tahun 1433 H membawa saya pulang ke  Johor bersama-sama anak-anak.Suami pula telah bertolak ke Mekah beberapa sebelum tarikh itu.Pertama kali saya bermusafir tanpa suami.Secara dasarnya,walaupun suami saya amat moden dalam sesetengah perkara,bab-bab melibatkan keselamatan dan ketetapan hukum tidak pernah diambil enteng.
     Saya sendiri,walau biasa bermusafir ,tidak tegar kemana-mana tanpa keperluan yang betul-betul penting.Namun disebabkan ada keperluan dharuri,saya terpaksa pulang dengan syarat.Saya hanya di benarkan  pulang dengan penerbangan dan ibubapa saya mestilah mengambil saya dilapangan terbang.
      Bagi pasangan moden,perkara ini mungkin di lihat kolot.Tapi bagi saya ini adalah satu kewajipan.Wanita mudah terdedah dengan pelbagai risiko.Cara yang paling baik ialah dengan meminimakan sebarang bentuk kemungkinan.
         Kadar perlakuan jenayah di Malaysia sebenarnya amat menakutkan.Walau secerdik mana seorang wanita,naluri dan fitrah kita memerlukan penjagaan dari Mahram.Kepada rakan-rakan di luar sana,kita mungkin selamat pada hari ini.Tapi untuk esok...?Setiap hukum atau panduan di dalam Al Quran adalah satu perintah.Mungkin terasa payah...namun ia adalah satu perintah.

Tuesday, October 23, 2012

Zulhijjah bulan Haji.

                Terminal Madinatul Hujjah ,Jeddah atau lebih dikenali sebagai terminal Haji dikatakan akan ditutup pada 23  Oktober 2013.Lapangan terbang ini juga tidak lagi menerima penerbangan bagi kebenaran mendarat.Bermula pada 20 Oktober hanya penerbangan Saudi AIrlines yang boleh memasuki terminal ini tanpa menghadapi risiko  di batalkan hak  mendarat.
             Urusan Haji penuh ujian dan mehnah.Pada hari Khamis 18 Oktober,Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan 4000 visa Haji tambahan bagi rakyat Malaysia.Masalah yang paling besar,4000 tiket Saudi Airlines pada saat akhir bukan sesuatu yang mudah.Ditambah pula,semua penerbangan perlu berada di Mekah sebelum terminal di tutup.Itu belum lagi masalah e-visa,hotel dan pengangkutan di Mekah.Selain dari Malaysia,hampir semua negara dikurniakan kouta tambahan pada saat akhir.Justeru itu,harga hotel terus naik mendadak berkali ganda.Katil-katil hotel yang dijual pada kadar 3000 sehari terus menjadi 6000-7000 sehari.
             Bagi en suami setelah hampir 14 hari tanpa rehat dan tidur yang cukup,berkali-kali permohonan visa  tanpa jawapan.Belum lagi masalah kecairan modal.Berpuluh-puluh tiket penerbangan Kl-KB dan bermacam ujian menjawab pertanyaan dan soalan,mendapat 40  visa haji cukup melegakan.Alhamdulilah juga beberapa visa pekerja bagi musim Haji banyak membantu.Menguruskan jemaah bagi menunaikan Haji merupakan tanggungjawab yang besar.Saya kagum kerana semua ini semata-mata bagi membantu sahabat-sahabat yang menghadapi "jalan mati" bagi memastikan jemaah Haji dapat ke Mekah.Walaupun separuh semangat saya "hilang" tanpa suami,saya cukup"terkesan" dengan makna dan maksud pengorbanan.Haji itu seluruh kehidupan....

semoga saya boleh menjadi sekuat dan setabah en suami.....ameen

Thursday, October 11, 2012

Manusia itu lemah,,

      Menetap di Kota Bharu dan bekerja di Kuala Lumpur tidak menjadi sesuatu yang pelik bagi suami saya.Berulang -alik hampir setiap minggu dengan pengangkutan udara sudah menjadi kelaziman.Tetapi pada minggu ini,beberapa tiket pulang ke Kota Bharu banyak di batalkan.Dari satu hari,di tambah dua hingga berturutan pada hari ketiga.Sebagai isteri saya boleh "membaca" ada urusan yang cukup besar yang masih  belum selesai.
      Anakanda Maryam pula  dilanda demam panas.Hampir dua malam tanpa tidur menemani renggekan si anak.Tanpa di sangka-sangka dua ekor kucing  kesayangan juga tiba-tiba jatuh sakit dan mati.Semalam,setelah demam Maryam sedikit kebah,dan urusan pejabat dapat saya susun,saya terbang dengan penerbangan 6.40 pagi  dengan penerbangan MAS.Saya yakin"sokongan moral" cukup penting untuk suami.Bermula dengan urusan di imigresen,bertemu dengan sahabat ketika "ralit" bermain game sambil menunggu urusan selesai.Sesungguhnya saya amat memerlukan tidur,dan terasa proses berfikir menjadi terlalu perlahan.
         Satu hari yang pendek di penuhkan dengan pelbagai urusan.  Dari urusan protokol,Kedutaan,Imigresen,saya yakin hanya semangat  yang berbaki.kedua-dua kami memang kehabisan"bateri".Deringan telefon tanpa henti,urusan yang masih tersekat-sekat,semuanya adalah medan ujian.Walaupun semua kerja-kerja yang tidak berbayar,saya yakin ,hargaNYA cukup mahal di sisi tuhan.
    Menjelang 3 petang,tekanan semakin  memuncak.Kami mengejar masa yang cukup terhad.Suami pula mengejar  "keajaiban".Tiket pulang ke Kota Bharu masih belum di proses.Sukar untuk kembali dengan urusan masih tertangguh.Namun saya perlu pulang sebelum hari yang "panjang" ini tamat.Akhirnya tiket akhir MAS kami proses.Dan suami pula perlu kembali pada 6.40 pagi keesokanya.Terbang seolah-olah kami seekor burung.Berjumpa dengan anak ketika orang lain di selimuti dengan mimpi.
    Pagi ini,saya ke lapangan terbang menemani suami ,lantas ke pejabat dengan meja yang penuh.Cuti adalah perkara terakhir yang boleh saya fikirkan.Jika tidak ada aral melintang saya akan bekerja 7 hari tanpa cuti untuk bulan September dan Oktober ,November dan Disember.Kami kekurangan kakitangan,dan urusan pula dengan pelbagai pihak.Di bahu saya bukan hanya ada sekolah atau Kompleks,1001 satu macam urusan yang mungkin sukar untuk di kongsikan.....
   

Saturday, October 6, 2012

Psikotik

      Pengalaman merupakan guru yang boleh membentuk kita.Ada juga pengalaman yang hanya singgah tanpa memberi bekas.Ramai manusia yang pernah jatuh dan terus bangun,berjaya mencapai cita-cita.Ada juga yang rebah tanpa mampu bangun.Ada yang tidak kenal"rebah" dan tidak pernah ingin berubah.
     Dalam psikologi moden sikap ini banyak dipengaruhi oleh ego.Dalam kehidupan seharian,insan-insan yang bersarang dengan pelbagai sifap negatif akan sentiasa mngulangi kebodohan yang sama.Ia dinamakan jahiliyyah atau kehidupan dalam kejahilan.
    Saya sering takut melihat kesalahan orang lain secara membuta tuli.Saya juga insan yang sering melakukan kesilapan dan kesalahan.Tetapi jika kita berdepan insan yang sentiasa suka membuat silap,ini dinamakan penyakit.Penyakit tidak amanah.Orang yang tidak amanah tidak boleh dipertanggungjawab dengan sebarang urusan.Jika mereka melakukannya,pasti sekadar melepas batuk ditangga.Alasan seolah makanan jiwa.Yang paling teruk tidak meminta maaf bila melakukan kesalahan.
    Apa yang saya perhatikan,jika sesorang pekerja tidak amanah dalam pekerjaan,ia jua tidak amanah dalam kehidupan sehari-harian.Menghabiskan waktu kerja dengan berfacebook,menyusahkan rakan sekerja,dan yang lebih teruk membawa masalah peribadi kepada umum.Ada juga yang  secara terangan tidak membaiki kualiti kerja.Tugasan yang dilakukan bertahun-tahun masih perlu diajar atau di suruh.
   
    Apabila kita berdepan dengan manusia sebegini,doa kadangkala tidak mencukupi.Kadangkala ada manusia yang suka memilih takdir merosakkan diri,

Mengenali Industri Batik....

  

      Minat saya terhadap batik bermula sedari saya berusia awal 20-an.Peluang menetap di Kelantan banyak memberi peluang percambahan ilmu untuk mempelajari seni warisan yang sangat menakjubkan ini.

Batik Jacquard yang di tambah dengan manik,etc
    Di samping mencambah minat,saya turut mengambil peluang menjual secara kecil-kecilan terutama kain untuk di buat baju,kemeja dan pelbagai barangan batik yang mempunyai pasaran.Batik untuk kegunaan wanita atau lelaki biasanya dari jenis batik Jacquard,Crepe dan Rayon.Perbezaanjenis kain putih ini menentukan harga dan kualiti batik tersebut di pasaran .

     Kelantan dan Terengganu mendominasi pengeluaran batik di Malaysia.Namun begitu kilang-kilang batik juga wujud ni negeri-negeri lain di Semenajung.Walaupun industri batik merupakan industri berteraskan warisan,perkembangan dan pemasaran produk ini masih perlahan.Penghasilan batik lukis banyak di dominasi oleh pengusaha kecil dan sederhana sekitar Kota Bharu.Batik berunsur digital yang menggunakan mesin pula,banyak di hasilkan di  Terengganu.


Batik Crepe
            Prospek jualan batik amat menggalakkan.Dasar Kerajaan yang mewajibkan pemakaian batik pada kakitangan batik,banyak membantu industri ini.Secara amnya ,industri ini tidak mempunyai persaingan di peringkat antarabangsa.Batik yang di hasilkan merupakan produk yang unik .


 
     Harga batik dipasaran banyak bergantung kepada jenis kain,kualti,corak dan target pembeli.Batik untuk wanita boleh di beli di pasaran terbuka bermula dengan harga RM 100-150.Kebiasaaan,batik ini tidak mempunyai banyak corak dan bermutu rendah.Ia juga boleh menjangkau ke harga ratusan ringgit ,bergantung kepada jenis fabrik dan  motif yang di lukis. Harga juga bergantung kepada volume belian.

     Penghasilan batik adalah produk kesenian yang mempunyai nilai yang tinggi.Kreativiti pencanting banyak menentukan seni  dan nilai produk ini.Walaupun,industri ini banyak menunjukkan peningkatan,namun masih banyak usaha yang perlu di tambah bagi mengekalkan kesenian dan meningkat mutu industri batik.