Saturday, October 6, 2012

Mengenali Industri Batik....

  

      Minat saya terhadap batik bermula sedari saya berusia awal 20-an.Peluang menetap di Kelantan banyak memberi peluang percambahan ilmu untuk mempelajari seni warisan yang sangat menakjubkan ini.

Batik Jacquard yang di tambah dengan manik,etc
    Di samping mencambah minat,saya turut mengambil peluang menjual secara kecil-kecilan terutama kain untuk di buat baju,kemeja dan pelbagai barangan batik yang mempunyai pasaran.Batik untuk kegunaan wanita atau lelaki biasanya dari jenis batik Jacquard,Crepe dan Rayon.Perbezaanjenis kain putih ini menentukan harga dan kualiti batik tersebut di pasaran .

     Kelantan dan Terengganu mendominasi pengeluaran batik di Malaysia.Namun begitu kilang-kilang batik juga wujud ni negeri-negeri lain di Semenajung.Walaupun industri batik merupakan industri berteraskan warisan,perkembangan dan pemasaran produk ini masih perlahan.Penghasilan batik lukis banyak di dominasi oleh pengusaha kecil dan sederhana sekitar Kota Bharu.Batik berunsur digital yang menggunakan mesin pula,banyak di hasilkan di  Terengganu.


Batik Crepe
            Prospek jualan batik amat menggalakkan.Dasar Kerajaan yang mewajibkan pemakaian batik pada kakitangan batik,banyak membantu industri ini.Secara amnya ,industri ini tidak mempunyai persaingan di peringkat antarabangsa.Batik yang di hasilkan merupakan produk yang unik .


 
     Harga batik dipasaran banyak bergantung kepada jenis kain,kualti,corak dan target pembeli.Batik untuk wanita boleh di beli di pasaran terbuka bermula dengan harga RM 100-150.Kebiasaaan,batik ini tidak mempunyai banyak corak dan bermutu rendah.Ia juga boleh menjangkau ke harga ratusan ringgit ,bergantung kepada jenis fabrik dan  motif yang di lukis. Harga juga bergantung kepada volume belian.

     Penghasilan batik adalah produk kesenian yang mempunyai nilai yang tinggi.Kreativiti pencanting banyak menentukan seni  dan nilai produk ini.Walaupun,industri ini banyak menunjukkan peningkatan,namun masih banyak usaha yang perlu di tambah bagi mengekalkan kesenian dan meningkat mutu industri batik.

No comments:

Post a Comment