Terminal Madinatul Hujjah ,Jeddah atau lebih dikenali sebagai terminal Haji dikatakan akan ditutup pada 23 Oktober 2013.Lapangan terbang ini juga tidak lagi menerima penerbangan bagi kebenaran mendarat.Bermula pada 20 Oktober hanya penerbangan Saudi AIrlines yang boleh memasuki terminal ini tanpa menghadapi risiko di batalkan hak mendarat.
Urusan Haji penuh ujian dan mehnah.Pada hari Khamis 18 Oktober,Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan 4000 visa Haji tambahan bagi rakyat Malaysia.Masalah yang paling besar,4000 tiket Saudi Airlines pada saat akhir bukan sesuatu yang mudah.Ditambah pula,semua penerbangan perlu berada di Mekah sebelum terminal di tutup.Itu belum lagi masalah e-visa,hotel dan pengangkutan di Mekah.Selain dari Malaysia,hampir semua negara dikurniakan kouta tambahan pada saat akhir.Justeru itu,harga hotel terus naik mendadak berkali ganda.Katil-katil hotel yang dijual pada kadar 3000 sehari terus menjadi 6000-7000 sehari.
Bagi en suami setelah hampir 14 hari tanpa rehat dan tidur yang cukup,berkali-kali permohonan visa tanpa jawapan.Belum lagi masalah kecairan modal.Berpuluh-puluh tiket penerbangan Kl-KB dan bermacam ujian menjawab pertanyaan dan soalan,mendapat 40 visa haji cukup melegakan.Alhamdulilah juga beberapa visa pekerja bagi musim Haji banyak membantu.Menguruskan jemaah bagi menunaikan Haji merupakan tanggungjawab yang besar.Saya kagum kerana semua ini semata-mata bagi membantu sahabat-sahabat yang menghadapi "jalan mati" bagi memastikan jemaah Haji dapat ke Mekah.Walaupun separuh semangat saya "hilang" tanpa suami,saya cukup"terkesan" dengan makna dan maksud pengorbanan.Haji itu seluruh kehidupan....
semoga saya boleh menjadi sekuat dan setabah en suami.....ameen
No comments:
Post a Comment