Menetap di Kota Bharu dan bekerja di Kuala Lumpur tidak menjadi sesuatu yang pelik bagi suami saya.Berulang -alik hampir setiap minggu dengan pengangkutan udara sudah menjadi kelaziman.Tetapi pada minggu ini,beberapa tiket pulang ke Kota Bharu banyak di batalkan.Dari satu hari,di tambah dua hingga berturutan pada hari ketiga.Sebagai isteri saya boleh "membaca" ada urusan yang cukup besar yang masih belum selesai.
Anakanda Maryam pula dilanda demam panas.Hampir dua malam tanpa tidur menemani renggekan si anak.Tanpa di sangka-sangka dua ekor kucing kesayangan juga tiba-tiba jatuh sakit dan mati.Semalam,setelah demam Maryam sedikit kebah,dan urusan pejabat dapat saya susun,saya terbang dengan penerbangan 6.40 pagi dengan penerbangan MAS.Saya yakin"sokongan moral" cukup penting untuk suami.Bermula dengan urusan di imigresen,bertemu dengan sahabat ketika "ralit" bermain game sambil menunggu urusan selesai.Sesungguhnya saya amat memerlukan tidur,dan terasa proses berfikir menjadi terlalu perlahan.
Satu hari yang pendek di penuhkan dengan pelbagai urusan. Dari urusan protokol,Kedutaan,Imigresen,saya yakin hanya semangat yang berbaki.kedua-dua kami memang kehabisan"bateri".Deringan telefon tanpa henti,urusan yang masih tersekat-sekat,semuanya adalah medan ujian.Walaupun semua kerja-kerja yang tidak berbayar,saya yakin ,hargaNYA cukup mahal di sisi tuhan.
Menjelang 3 petang,tekanan semakin memuncak.Kami mengejar masa yang cukup terhad.Suami pula mengejar "keajaiban".Tiket pulang ke Kota Bharu masih belum di proses.Sukar untuk kembali dengan urusan masih tertangguh.Namun saya perlu pulang sebelum hari yang "panjang" ini tamat.Akhirnya tiket akhir MAS kami proses.Dan suami pula perlu kembali pada 6.40 pagi keesokanya.Terbang seolah-olah kami seekor burung.Berjumpa dengan anak ketika orang lain di selimuti dengan mimpi.
Pagi ini,saya ke lapangan terbang menemani suami ,lantas ke pejabat dengan meja yang penuh.Cuti adalah perkara terakhir yang boleh saya fikirkan.Jika tidak ada aral melintang saya akan bekerja 7 hari tanpa cuti untuk bulan September dan Oktober ,November dan Disember.Kami kekurangan kakitangan,dan urusan pula dengan pelbagai pihak.Di bahu saya bukan hanya ada sekolah atau Kompleks,1001 satu macam urusan yang mungkin sukar untuk di kongsikan.....
No comments:
Post a Comment