Monday, January 16, 2012

Syukur

       Hari ini saya melalui perasaan yang berbaur-baur.Biasanya,perasaan sebegini jarang datang.Rasa yang mungkin diberi tuhan untuk saya mempelajari tentang sesuatu.
               Saya memulakan tepat 7.40  pagi kelas Bahasa Inggeris Tahun Enam seperti biasa.Disebabkan matapelajaran ini agak sukar bagi sesetengah  murid,saya mencuba sedaya upaya membantu mereka memahami subjek yang diajar.Tiba giliran seorang anak didik,saya melihat dia menulis dengan cukup kepayahan.Lima minit untuk menulis tarikh,2 minit untuk mengaris,10 minit untuk membuka helaian akhbar Didik.Semuanya cukup perlahan,dan kelihatan mengelirukan.Saya khusyuk memerhati tanpa disedari oleh murid "bertuah " ini.Rasa  sayu teramat.

              Kemudian saya memberi arahan menyemak kamus.Hampir 15 minit insan bertuah ini masih tidak menjumpainya.Kemudian saya pulang ke pejabat bagi menyemak latarbelakang.Mengikut rekod,insan bertuah ini diuji dengan demam panas semasa kecil.Setelah itu sedikit demi sedikit pergerakan,tindakbalasnya semakin perlahan.Saya cuba"belajar" merasai perasaan ibubapa dikurniaankan dengan anak istimewa.Tentu ada kesedihan melihat anak tidak seperti orang lain.Namun saya kagum kerana ,ibubapa insan ini tidak pernah melupakan Pencipta.Kata mereka,yang paling penting mereka mengenal Allah.Paling kurang mereka belajar walau dalam kekurangan.Melihat insan sebegini menyebabkan saya lebih bersemangat untuk menjadi pendidik.Pendidik yang mendidik hati sendiri dan orang lain.Mohon doakan anak murid istimewa saya ini berjaya dalam hidup dunia dan akhiratNya.Ameen ya Rabb,

1 comment:

  1. Salam Yong Salina,

    Kekadang kita melihat org lain dan keliling kita baru persepsi kita berubah atau dinilaisemula...yg selama ini kita take things for granted. Bersyukur apa yg kita ada.

    ReplyDelete