Bila di sebut pengajian Al-Quran ramai antara kita membayangkan kanak-kanak di usia muda,atau kanak-kanak yang masih bersekolah.Secara budayanya,ramai diantara kita belajar mengaji di peringkat awal usia.A-Quran dikaitkan dengan persekolahan.Secara mudahnya Al Quran itu budaya hidup.
Kelantan banyak mendedahkan saya dengan pelbagai sudut pengajian Al Quran.Berada rapat dengan masyarakat Kelantan memperkenalkan saya ,bahawa AL-Quran itu cara hidup.Al-Quran dibaca setiap hari,tanpa mengira waktu.Surah Yassin,Al Mulk hampir semuanya di hazam.
Kebanyakkan surau-surau penuh tanpa mengira hari.Kelas-kelas pengajian juga diadakan tanpa sebarang bayaran.Sekolah-sekolah agama berada di seluruh ceruk negeri.Pendidikan AL-Quran tersebar luas.Semoga Al -Quran terus di hati.
Salam Yong Salina,
ReplyDeleteAlhamdulillah, sonok dengar aktiviti ni rancak dijalankan di Kelantan. Akak ada 2-3 kali datang Kelantan tp datang kejap-kejap jer. Sempat hadiri ceramah hari Jumaat di dataran.