Thursday, January 12, 2012

Post modern

         Pada usia lewat usia 29 tahun,saya menerima satu permintaan yang cukup berat dipikul.Membuka sebuah maahad Pengajian Al Quran,berkonsep integrasi,Konsep sekolah ini merupakan sekolah swasta pertama yang di buka di Malaysia.Muncul pelbagai perasaan,sebab saya tidak mempunyai model yang jelas atau bantuan kewangan yang mencukupi.
         Masa yang diberi juga tidak panjang,kira-kira 35 hari  untuk merangka kurikulum,merencana perjalanan sekolah,membentuk sistem dan berbagai perkara yang berkaitan.Pada masa yang sama,saya baru sahaja mengambil alih pengurusan sekolah yang hampir muflis.sekolah yang kena di perbaiki dari A-z.Tekanan semasa itu,hanya Allah tempat saya mengadu.
         Jika saya menolak,sekolah pertama  akan diambil alih oleh kerajaan negeri.Sekolah Tahfiz pula akan terkubur.Hampir 20 orang guru akan kehilangan pekerjaan.Saya perlu bergerak cepat,dengan duit  yang terlalu terhad.Pada masa ini,hanya tawakal yang tinggal.
        Setelah lima tahun,saya kembali mengingati cerita di saat  saya bermula di Kelantan.Saya teringat saat saya mengeluarkan semua simpanan Haji,bagi memastikan sekolah dapat membayar pelbagai bayaran pengurusan.Saya teringat,berjumpa ibubapa setahun 4-5 hari sahaja,kerana,saya tidak boleh bercuti panjang.Saya teringat ketika saya merayu pihak Kementerian untuk memberi masa menambahbaik sistem yang hampir tiada.
        Dalam masa  4 tahun,Allah mengantikan simpanan Haji saya dengan haji yang tidak terfikir oleh orang lain.Semua urusan saya dipermudahkan.Saya menitiskan air mata bila  seorang demi seorang anak murid bergelar hafiz.Saya menitiskan airmata apabila,ada antara mereka di jemput  Tuhan.Saya menitiskan air mata bila mengenangkan semua ujian adalah untuk diri saya.Peluang untuk saya mengenal Tuhan.Ya Allah ..aku mohon kekuatan menyebar kalam Tuhan.

1 comment:

  1. Salam Yong,

    Segala usaha keranaNya pasti dibalas berlipat ganda. Itu belum lagi ganjaran di akhirat.

    ReplyDelete