Saya sangat menyukai kuih ini.Tapi tidak pasti namanya.Cuma di makan semasa bulan puasa,oleh masyarakat arab.Di Kuala Lumpur pula hanya di jual semasa buffet Ramadhan di Tajine Restoran.Di Mekah pula tidak berpeluang mencari....
Dua minggu selepasa pulang dari Mekah,seminggu sebelum saya ke Kuala Lumpur.Mencari sedikit masa luang sebelum suami berangkat ke Singapura dan Turki.Pada mulanya saya mencari tiket KLM ke Jakarta,namun tidak tergamak pula ingin meninggalkan dua permata hati.Kebetulan ,saya masih tidak sempat memproses passport antarabangsa untuk Misha'al wa Maryam.Akhirnya,saya memilih Pulau Pinang.Pada satu ketika,saya gemar ke sini,namunPenang agak lama tidak saya jejaki.
Tidak seperti saya,suami saya tidak menyukai laut dan pantai.kebetulan kami menghadiri resepsi sepupu di salah sebuah resort.Dapat la anakanda berdua mengenal laut.Gambar diambil beberapa hari setelah pulang dari perjalanan yang memenatkan.
2011sudah berlalu..alhamdulilah hari-hari yang dihadiahkan sememangnya bermakna...
No comments:
Post a Comment