Selepas beberapa bulan tidak menziarahi ayahbonda di Johor,saya diberi sedikit kelapangan bersama suami dan anak-anak bertemu mereka.Singgah ke Kuala Lumpur sebentar menziarahi "orang sakit".Sakit kerana diserang "stroke".Cerita tentang kesihatan mungkin sedikit lumrah.Adat nikmat sihat,di uji dengan sakit.Namun bukan itu yang ingin saya kongsikan.Saya hanya ingin bercerita tentang seorang anak.
Anak yang banyak menyimpan cerita-cerita.Dia tidak saya kenal akrab,tapi setiap kali saya memandang matanya.Saya nampak kekuatan yang luarbiasa.
Si anak hampir sebaya saya,diawal 30 an.Selepas kematian kakak tercinta,dia berkahwin dengan abang ipar demi dua anak saudara yang masih kecil.Di kurnia seorang zuriat.Tidak berapa lama,berpisah dengan suami,Kisah perkahwinan itu,terlalu banyak kelam.Dengan gaji seorang kerani,di tengah metropolitan,dia menanggung 3 anak dan seorang ibu yang diserang "stroke".
Saya melihat dia seorang insan diberi hati sekeras besi.Menjaga 3 anak yang masih belajar,membayar kereta,membeli makan minum,urusan persekolahn dengan gaji di bawah RM1000 bukan satu perkara mudah.Katanya,untuk membawa ibunya ke hospital,paling kurang RM 300 bagi satu sesi rawatan.Tidak termasuk ubat-ubatan.Saya tidak pasti dari mana dia memperoleh kekuatan,namun saya pasti dia jauh lebih kuat dari saya.
Bagi pembaca yang ingin meringankan sedikit beban"dia" mungkin boleh menghulur sedikit dari nikmat dunia...wardatul_hamra@yahoo
No comments:
Post a Comment