Sunday, January 29, 2012

Mungkin ada yang mendoakan kita..hattta seekor kucing

        Saya   dan suami mempunyai banyak "harta"yang tidak ternilai harganya.Yang paling kami sayang,adalah kucing-kucing kami.Bukan dua,atau tiga ekor ,malah melebihi 20 ekor pada satu-satu masa.
       Sebahagian kucing-kucing ini kami letakkan didalam sangkar.Sebahagian lagi bebas lepas di halaman.Saban hari saya atau suami akan menjamu lima bungkus nasi berlauk ikan bersama frieskies,di campur makanan-makanan lain.Ini rutin kami sejak dari 2006,tanpa berhenti sehari dari nafas yang kami hembuskan.
        Saya leburkan segala"kesombongan" seorang aku,dengan menjadi seorang "khadam"pada kucing-kucing.Membersihkan sangkar,menjamu makanan,menghidu kebusukkan najis,kerengsaan kulit,segala rasa yang tidak terfikir ,saya mampu.

kucing-kucing sayang
  
Kucing-kucing ini mampu menghilangkan resah.Kucing ini mampu buat saya tersenyum.Kadangkala,di sebalik hiruk kehidupan,makhluk Allah yang kecil mungkin lebih "menghargai" kita.


Kucing Parsi kesayangan.Bedah And Pok tih...hilang dicuri orang...mengambil sekali kasih sayang kami berdua...

       Kehidupan di dunia,begitu banyak kebahgiaan.Membahagiakan makhluk Allah,hatta seekor kucing mungkin mempunyai keberkatan yang tidak pernah disangka oleh kita.

Thursday, January 26, 2012

Syria..bumi penuh keberkatan

Jika kita rasa derita...cuba baca kisah mereka

      Selepas beberapa bulan tidak menziarahi ayahbonda di Johor,saya diberi sedikit kelapangan bersama suami dan anak-anak bertemu mereka.Singgah ke Kuala Lumpur sebentar menziarahi "orang sakit".Sakit kerana diserang "stroke".Cerita tentang kesihatan mungkin sedikit lumrah.Adat nikmat sihat,di uji dengan sakit.Namun bukan itu yang ingin saya kongsikan.Saya hanya ingin bercerita tentang seorang anak.
        Anak yang banyak menyimpan cerita-cerita.Dia tidak saya kenal akrab,tapi setiap kali saya memandang matanya.Saya nampak kekuatan yang luarbiasa.
      Si anak hampir sebaya saya,diawal 30 an.Selepas kematian kakak tercinta,dia berkahwin dengan abang ipar demi dua  anak saudara yang masih kecil.Di kurnia seorang zuriat.Tidak berapa lama,berpisah dengan suami,Kisah perkahwinan itu,terlalu banyak kelam.Dengan gaji seorang kerani,di tengah metropolitan,dia menanggung 3 anak dan seorang ibu yang diserang "stroke".
     Saya melihat dia seorang insan diberi hati sekeras besi.Menjaga 3 anak yang masih belajar,membayar kereta,membeli makan minum,urusan persekolahn dengan gaji di bawah RM1000 bukan satu perkara mudah.Katanya,untuk membawa ibunya ke hospital,paling kurang RM 300 bagi satu sesi rawatan.Tidak termasuk ubat-ubatan.Saya tidak pasti dari mana dia memperoleh kekuatan,namun saya pasti dia jauh lebih kuat dari saya.
   Bagi pembaca yang ingin meringankan sedikit beban"dia" mungkin boleh menghulur sedikit dari nikmat dunia...wardatul_hamra@yahoo

Monday, January 16, 2012

Syukur

       Hari ini saya melalui perasaan yang berbaur-baur.Biasanya,perasaan sebegini jarang datang.Rasa yang mungkin diberi tuhan untuk saya mempelajari tentang sesuatu.
               Saya memulakan tepat 7.40  pagi kelas Bahasa Inggeris Tahun Enam seperti biasa.Disebabkan matapelajaran ini agak sukar bagi sesetengah  murid,saya mencuba sedaya upaya membantu mereka memahami subjek yang diajar.Tiba giliran seorang anak didik,saya melihat dia menulis dengan cukup kepayahan.Lima minit untuk menulis tarikh,2 minit untuk mengaris,10 minit untuk membuka helaian akhbar Didik.Semuanya cukup perlahan,dan kelihatan mengelirukan.Saya khusyuk memerhati tanpa disedari oleh murid "bertuah " ini.Rasa  sayu teramat.

              Kemudian saya memberi arahan menyemak kamus.Hampir 15 minit insan bertuah ini masih tidak menjumpainya.Kemudian saya pulang ke pejabat bagi menyemak latarbelakang.Mengikut rekod,insan bertuah ini diuji dengan demam panas semasa kecil.Setelah itu sedikit demi sedikit pergerakan,tindakbalasnya semakin perlahan.Saya cuba"belajar" merasai perasaan ibubapa dikurniaankan dengan anak istimewa.Tentu ada kesedihan melihat anak tidak seperti orang lain.Namun saya kagum kerana ,ibubapa insan ini tidak pernah melupakan Pencipta.Kata mereka,yang paling penting mereka mengenal Allah.Paling kurang mereka belajar walau dalam kekurangan.Melihat insan sebegini menyebabkan saya lebih bersemangat untuk menjadi pendidik.Pendidik yang mendidik hati sendiri dan orang lain.Mohon doakan anak murid istimewa saya ini berjaya dalam hidup dunia dan akhiratNya.Ameen ya Rabb,

Friday, January 13, 2012

Masa sangat pantas...


Saya sangat menyukai kuih ini.Tapi tidak pasti namanya.Cuma di makan semasa bulan puasa,oleh masyarakat arab.Di Kuala Lumpur pula hanya di jual semasa buffet Ramadhan di Tajine Restoran.Di Mekah pula tidak berpeluang mencari....




      Dua minggu selepasa pulang dari Mekah,seminggu sebelum saya ke Kuala Lumpur.Mencari sedikit masa luang sebelum suami berangkat ke Singapura dan Turki.Pada mulanya saya mencari tiket KLM ke Jakarta,namun tidak tergamak pula ingin meninggalkan dua permata hati.Kebetulan ,saya masih tidak sempat memproses passport antarabangsa untuk Misha'al wa Maryam.Akhirnya,saya memilih Pulau Pinang.Pada satu ketika,saya  gemar ke sini,namunPenang agak lama tidak saya jejaki.
    Tidak seperti saya,suami saya tidak menyukai laut dan pantai.kebetulan kami menghadiri resepsi sepupu di salah sebuah resort.Dapat la anakanda berdua mengenal laut.Gambar diambil beberapa hari setelah pulang dari  perjalanan yang memenatkan.


2011sudah berlalu..alhamdulilah hari-hari yang dihadiahkan sememangnya bermakna...

Thursday, January 12, 2012

Post modern

         Pada usia lewat usia 29 tahun,saya menerima satu permintaan yang cukup berat dipikul.Membuka sebuah maahad Pengajian Al Quran,berkonsep integrasi,Konsep sekolah ini merupakan sekolah swasta pertama yang di buka di Malaysia.Muncul pelbagai perasaan,sebab saya tidak mempunyai model yang jelas atau bantuan kewangan yang mencukupi.
         Masa yang diberi juga tidak panjang,kira-kira 35 hari  untuk merangka kurikulum,merencana perjalanan sekolah,membentuk sistem dan berbagai perkara yang berkaitan.Pada masa yang sama,saya baru sahaja mengambil alih pengurusan sekolah yang hampir muflis.sekolah yang kena di perbaiki dari A-z.Tekanan semasa itu,hanya Allah tempat saya mengadu.
         Jika saya menolak,sekolah pertama  akan diambil alih oleh kerajaan negeri.Sekolah Tahfiz pula akan terkubur.Hampir 20 orang guru akan kehilangan pekerjaan.Saya perlu bergerak cepat,dengan duit  yang terlalu terhad.Pada masa ini,hanya tawakal yang tinggal.
        Setelah lima tahun,saya kembali mengingati cerita di saat  saya bermula di Kelantan.Saya teringat saat saya mengeluarkan semua simpanan Haji,bagi memastikan sekolah dapat membayar pelbagai bayaran pengurusan.Saya teringat,berjumpa ibubapa setahun 4-5 hari sahaja,kerana,saya tidak boleh bercuti panjang.Saya teringat ketika saya merayu pihak Kementerian untuk memberi masa menambahbaik sistem yang hampir tiada.
        Dalam masa  4 tahun,Allah mengantikan simpanan Haji saya dengan haji yang tidak terfikir oleh orang lain.Semua urusan saya dipermudahkan.Saya menitiskan air mata bila  seorang demi seorang anak murid bergelar hafiz.Saya menitiskan airmata apabila,ada antara mereka di jemput  Tuhan.Saya menitiskan air mata bila mengenangkan semua ujian adalah untuk diri saya.Peluang untuk saya mengenal Tuhan.Ya Allah ..aku mohon kekuatan menyebar kalam Tuhan.

Thursday, January 5, 2012

AL-QURAN

           Bila di sebut pengajian Al-Quran ramai antara kita membayangkan kanak-kanak di usia muda,atau kanak-kanak yang masih bersekolah.Secara budayanya,ramai diantara kita belajar mengaji di peringkat awal usia.A-Quran dikaitkan dengan persekolahan.Secara mudahnya Al Quran itu budaya hidup.
           Kelantan banyak mendedahkan saya dengan pelbagai sudut pengajian Al Quran.Berada rapat  dengan masyarakat Kelantan memperkenalkan saya ,bahawa AL-Quran itu cara hidup.Al-Quran dibaca setiap hari,tanpa mengira  waktu.Surah Yassin,Al Mulk hampir semuanya di hazam.
          Kebanyakkan surau-surau penuh tanpa mengira hari.Kelas-kelas pengajian juga diadakan tanpa sebarang bayaran.Sekolah-sekolah agama berada di seluruh ceruk negeri.Pendidikan AL-Quran tersebar luas.Semoga Al -Quran terus di hati.