Beberapa malam lepas,kami sekeluarga solat hajat bersama-sama.Sempena cuti Maulidurasul,kesepuluh adik beradik suami ,beserta ibu dan ayah serta ipar-ipar yang disayangi,berkumpul untuk majlis ringkas di Kampung Laut.Saya yang sedikit gusar,terasa sangat berdebar-debar.Gerak hati kuat mengatakan ,ada yang akan pergi.Bukan Seorang...namun hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Selepas solat hajat dan bacaan selawat ,saya terus tidur tanpa sempat meraikan jamuan kecil keluarga kami.Debaran semakin kuat,rasa yang sama ketika saya kehilangan nenek.Saya menepis rasa yang bertamu tanpa di jemput.Kesokkanya saya meraikan tetamu dari jauh.Abang Rahman dan Isteri dari Penang.Mereka sahabat keluarga yang dikenali semasa menunaikan umrah 2010.
Pada pukul 4 pagi hari berikutnya,pintu bilik diketuk.Anak saudara kesayangan,Muhammad di masukkan ke hospital.Bayi istimewa,yang sangat saya kasihi.
Riang. |
Saya pada pagi itu,masih melayan tetamu.Lewat tengahari mereka memohon diri.Suami pula memaklumkan ke bank.Rupanya beliau ke hospital.Bertemu Muhammad kali terakhir.Kami berdua sememangnya tahu,dan sukar untuk memberitahu.Kerja Allah bukan urusan manusia,Walaupun kami mengetahui pmergian ini,siapalah manusia untuk mendahului Qada dan Qadar Allah.
-Muhammad yang kuat. |
Melihat kedua-dua adinda kehilangan permata hati,cukup meremukkan jiwa.Saya dan suami menyaksikan untuk kesekian kali.Semoga semuanya di permudah,walaupun ia cukup susah.Hari-hari seterusnya,lena saya ditarik nikmatnya.Saya kembali menjadi pesakit imsomnia.Melipat kain pada dua pagi,Menyapu rumah pada 3 pagi.Saya kembali kepada cerita cerita lepas.Tidur menjadi semakin sukar.Muhammad sering muncul ketika mata ingin dilelap.Jiwa saya di bawa-bawa ke alam sana.
Hari ini,saya kembali dari Kuala Lumpur.Hati yang gusar ,menjadi sedkit tenang.Ya Allah,jika ada yang ingin Kau Ambil...berikan hamba MU ketenangan untuk menerima NYa.
No comments:
Post a Comment