Saya tidak pernah menjejakkan kaki ke Mesir.Cerita mengenai bumi bertuah ini sering mengamit jiwa untuk terbang kesana .Ingin saya menjejak Gunung Sinai, Dumyat dan tempat tempat yang sering saya dengar lewat cerita suami.
Saya masih tertanya-tanya ,apa sebenarnya piramid.Adakah ia sekadar tempat Firaun? Adakah ia satu monumen masa silam? Atau ia teknologi masa hadapan?Saya tidak sempat lagi menjelajah ketamadunan ini.
Nama Morsi juga kurang menarik minat..Saya amat meminati Asia Barat.Saya sangat suka Syria,Israel,Iraq dan Iraq,tetapi saya jarang terpanggil untuk mendekati pemikiran Morsi.Saya agak kelam dalam menyelusuri sejarah Mesir.
Cuma apa yang boleh saya jangka,ekonomi Mesir dalam keadaaan gawat dan kritikal.Walaupun pinjaman dari Qatar dan Turki berjaya diperolehi,bantuan dari Tabung IMF dan negara seperti Amerika masih menjadi sumber utama untuk kerajaan pimpinan Mesir.Namun,untuk bersetuju dengan IMF,bermakna dasar-dasar ekonomi yang akan diperkenalkan pasti mendapat tentangan rakyat miskin,yang rata-rata berada di bawah paras kemiskinan.
Dengan 50 % eksport tertumpu kepada Amerika dan EU,ia menambah beban kerajaannya untuk terlibat secara aktif di sempadan lsrael- Mesir.Dasar Negara Obama,meletakkan Mesir sebagai ancaman kepada hubungan Isreal-Amerika.Sekiranya Mesir membuka sempadan,aktiviti ketenteraan dan ekonomi Palestin menemui cahaya baru.Perkembangan ini,sangat memeningkan Obama.Aktiviti penyeludupan akan membantu Palestin dari sekatan yang pelbagai dari Isreal.Amerika menggunakan "ekonomi" sebagai satu ugutan.
Walaupun ,saya masih kurang berminat dengan Morsi,saya masih menyintai MESIR.
No comments:
Post a Comment