Monday, January 14, 2013

         Saya jarang dipengaruhi mimpi-mimpi mainan tidur.Mimpi-mimpi juga jarang menggangu kehidupan saya.Dengan masa tidur yang hanya beberapa jam,saya selalu bermimpi didalam jaga.Tetapi apabila bermimpi dua gigi patah,saya menjadi sedikit gusar.Dicampur letih yang bukan sedikit,menguruskan anak-anak orang lain,bekerja-dan bekerja,saya menjadi sedikit hilang fokus.Takbir mimpi itu sangat saya maklum.Walaupun ,ajal atau jodoh itu ketentuan Allah,saya amat yakin,ia satu petanda untuk persediaan emosi yang sering tercuit.
          Bapa mertua saya kelihatan uzur.Walaupun saya memang hampir-hampir tidak bercakap dengannya,saya boleh melihat "keletihan"yang berbeza bentuk.Walaupun, saya sering pulang ke rumah selepas satu pagi,saya bisa menelah,ada yang akan mengikut putaran dan hukum alam.Yang hidup akan mati.Kesakitan adik ipar juga bukan sedikit.Walaupun dimata manusia,dia kurang upaya,semangat melebihi jauh yang bergelar sempurna.Dan ,saya,sangat-sangat boleh merasai "kesakitan" yang ditanggung beliau.Cuma amat sukar untuk bercerita,kerana semua yang di beri adalah rahsia yang dipinjam  Tuhan.
             Misha'al  dan Damia,anak saudara kesayangan dan permata hati,mula bersekolah bersama saya.  Mereka berdua terpaksa berdikari.Saya sibuk dengan dunia  bersama hampir 200 lebih anak-anak lain,kekadang terlupa menghulur wang belanja.Bagi budak berusia 7 tahun,Misha'al banyak menguruskan dirinya sendiri.Alhamdulilah,banyak urusan di permudah.Hati yang risau sedikit lega,Misha'al di beri penjaga untuk urusan persekolahan.Kejadian kehilangan anak pada Ramadhan lepas,masih membuat saya trauma.Semoga orang yang diamanahkan menjaga anakanda saya  di beri kekuatan  menjaga amanah dan melunaskan tanggungjawab dengan ikhlas.
          Selepas satu persatu urusan saya selesaikan,saya menjadi sedikit tenang.Namun,ia  tidak kekal lama.Abah yang cukup saya kasihi dimasukkan ke hospital.Hati saya kembali berkecamuk.Kota Bharu masih belum boleh saya tinggalkan.Suami saya masih berurusan di luar,saya tidak tegar meninggalkan anak-anak jagaan ,sekolah dan sebagainya.Hati yang rawan ,saya rawat dengan doa dan harapan,semoga semuanya di permudah.Semoga urusan saya segera boleh digantikan dengan orang lain.Semoga  saya tenang semula.Mujur ada rakan-rakan yang menceriakan saya di lewat pertemuan atau muka buku.Saya tidak mampu untuk bercerita atau berkongsi.Saya gusar,saya rebah.Selepas kematian ninda tercinta,saya tidak pasti,atau saya masih kurang kekuatan menerima sebarang berita kematian.

        Ini semua perjalanan,,,saya memulakan 2013 dengan langkah-langkah yang berat.Allah sentiasa di sisi.Semoga dosa saya kerana "mengabaikan " ibubapa di kejauhan,,,di ampunkan TUHan.
'

No comments:

Post a Comment