Monday, January 28, 2013

Candi Borobudur merupakan artifak sejarah yang signifikan bagi penganut Buddha.Saya secara peribadi tidak berminat untuk "bercerita" mengenai candi,cuma saya amat berminat dengan imej kapal yang terukir cantik di  dinding Borobudur.


Imej kapal itu sangat gah,sangat mengusik hati.Laut yang bergelora,kapal yang besar,teknologi yang hebat,dan zaman yang lampau.Gambar ini bercerita mengenai satu kehidupan lampau.Betapa eratnya laut dan bangsa di Kepulauaun Melayu.Kerajaan Maritim,manusia yang berkelana,meredah lautan.Siapa mereka.Ia sejarah sebelum 1511.Ia sejarah sebelum Portugis.


    Bila saya membaca mengenai Bedar,Kapal Melayu tanpa paku,teknologi pelayaran ,saya banyak terfikir dan terus berfikir,kenapa Melaka memerlukan Portugis,Belanda ,Inggeris dan pelbagai kuasa asing untuk "merampas" tanah bumi bertuah.Pasti dengan kapal sebesar prasti Borobudur,Melaka juga mempunyai angkatan laut yang aama besar atau lebih besar.Sebagai kota sehebat Venice,pasti pertahanan Melaka lebih kukuh.Pusat perdagangan dunia,pasti mempunyai teknologi yang bisa mengerunkan pihak musuh.Bayangkan Amerika sebagai kuasa besar,pasti kos pertahanan negara melebihi dari kos-kos yang lain.Begitu juga Melaka.Seantero raya di kunjungi pedagang pelbagai bangsa,pasti banyak  banyak tidak dibuka sejarah.


   Andai roboh kota Melaka.......

No comments:

Post a Comment