Kucing merupakan makhluk Allah yang sangat dekat di hati saya dan suami.Semalam,suami baru sahaja"berkabung" meratapi pemergian salah seekor kucing kesayangan kami.Kami mempunyai bukan dua atau tiga,malahan berpuluh-puluh ekor.Setiap kucing di beri nama.Ada yang tinggal di sangkar,ada yang dilepaskan.
Kucing-kucing tidak di kurniakan akal seperti manusia,namun sepanjang 10 tahun bersama kucing,banyak yang saya pelajari.Kucing haiwan setia.Sekiranya ada yang ingin pergi,mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada tuan mereka.Mereka juga sensitif bau.
Kucing-kucing merupakan penjaga rumah yang baik.Mereka sangat peka dengan kehadiran makhluk berjasad atau tanpa jasad.Deria bau yang kuat membuatkan mereka sentiasa berhati-hati.Kebanyakkan kucing saya memahami pertuturan saya dan suami.Kadangkala banyak cerita yang mereka ceritakan.Sudah pasti mereka tidak bercakap seperti manusia,mereka ada kod bahasa yang tersendiri.Hanya pencinta kucing yang boleh menguasai kod kod kucing.:)
Kepada penggemar kucing,amanah memelihara haiwan sangat berat.Bukan sahaja makan dan minum perlu diambil berat,malah emosi kucing perlu di ambil kira.
No comments:
Post a Comment