Setiap manusia akan diuji dengan ujian yang pelbagai.Ada ujian yang mudah,dan ada juga yang sukar.Sebagai manusia biasa,emosi seperti sedih,gembira,duka,pilu,teruja sudah menjadi rempah ratus perjalanan hidup .Tiada yang dapat lari dengan takdir yang menjadi ketentuan.
Ramai memilih berkongsi bebanan emosi bersama keluarga terdekat.Kehadiran suami,ibubapa dan adik beradik boleh menambah sokongan moral untuk kita menghadapi sebarang bentuk ujian.Ada pelbagai cara yang boleh kita praktikkan untuk mengurangkan bebanan rasa.
Kebelakangan ini saya melalui fasa-fasa melihat ujian yang Allah hadiahkan untuk keluarga terdekat.Ada yang kekal positif,ada yang hampir rebah.Ada yang masih dalam duka,Dalam bahasa mudah,kegembiraan dan kesedihan hanya dipisahkan oleh sedetik masa.
Sesuatu yang menarik,hikmah ujian merapatkan hubungan yang jauh.JIka kita kehilangan sesuatu dalam tempoh diuji,Allah mengurniakan kasih sayang yang melimpah ruah.Kita digantikan dengan sesuatu yang lebih besar.Nikmat Redha pada ketentuan.
Walaupun saya bukan dalam kategori yang berkongsi rasa dan cerita,fasa ujian banyak membantu mendewasakan.Saya merupakan bekas pesakit stroke.Pernah terlantar ketika usia baru mencecah 23tahun.Tidak mampu menguruskan diri.Semuanya menjadi gelap dan cukup pedih.
Saya juga pernah diuji berjauhan dengan keluarga tercinta.Ujian perspsi manusia,ujian yang sebenarnya membentuk dan menambah nilai sebagai seorang manusia.UJian demi ujian adalah "sekolah" kehidupan.
Cuma bila kita menghadapi ujian yang sama,pada setiap kali,ada perkara lain yang perlu difikirkan.
Kadangkala ujian yang sama itu bermaksud ia sesuatu ibrah yang perlu di pelajariAda ujian yang nampak seperti mudah,tetapi ada susuatu yang perlu di ubah.Kepada yang diuji,mungkin ada jalan lain yang perlu di ikuti.Semuanya menuju keredhaan Allah.
No comments:
Post a Comment