Saturday, October 22, 2011

Tips-Prosedur urusan Haji bagi Jemaah haji Malaysia

Secara amnya ada 4 cara bagi memudahkan urusan Haji bagi Jemaah Haji Malaysia.

Kuota Haji bagi jemaah Malaysia yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi tahun 2011 ialah seramai 28,000 jemaah.Dibawah diberikan prosedur haji yang boleh dipilih jemaah bagi urusan haji.

1) Muasassah-Merupakan cara yang paling popular.Bakal Hujjaj diminta mendaftar haji dengan Tabung haji dengan simpanan minima sebanyak RM 1,300.Apabila mendaftar dengan wang berkenaan,para hujjaj akan diberikan tahun bagi mengerjakan haji.Sebagai contoh ,pendaftaran bagi tahun 2011,akan diberi tahun 2040,sebagai tahun menunaikan haji.Tahun ini adalah anggaran sahaja.Ia boleh dipercepatkan sekiranya ada kuota tambahan ,atau ada bakal hujjaj lain yang menolak.etc.

2) Pakej Haji-Ini merupakan cara yang semakin popular bagi jemaah yang berkemampuan .Bagi tahun 2011 , pakej terendah bagi mengerjakan haji ialah sebanyak RM 18,000. Syarikat pengendali perlu membayar sebanyak RM9000 tt bagi wang haji kepada Tabung Haji,dan selebihnya untuk syarikat pengendali.Setengah-setengah syarikat seperti Andalusia,Yaskin Travel memerlukan pendaftaran awal seperti 2-3 tahun.Tabung haji juga menyediakan pakej haji melalui anak syarikat.Pakej-pakej ini boleh mencecah sehinga ratusan ribu ringgit,bergantung kepada jenis hotel,kemudahan,jenis penerbangan dan sebagainya.Semua pakej diatas berdaftar dengan Tabung Haji.

3) Pakej haji swasta - Trend beberapa tahun ini,turut mewujudkan Pakej Haji Swasta.Kebiasaan bagi jemaah pakej-pakej ini akan berangkat 2 minggu sebelum hari wukuf.Visa bagi pakej ini kebiasaannya melalui visa vip atau vvip yang diberikan untuk Menteri,Pejabat Mufti dan sebagainya.Penerbangan Haji biasanya menggunakan pesawat komersil dan mendarat terus ke Mekah.Pakej ini biasanya bermula dari Rm 18,000 dan keatas.Diantara pengendali syarikat bagi pakej haji Swasta ialah MSD Travel,Jom holiday dan beberapa syarikat lain.

4) Kuota Khas - Cara ini ialah dengan mendapat jemputan khas dari Kerajaan Arab Saudi.Ada juga jemaah Malaysia yang menggunakan kouta dari Singapura seperti Smiley Travels etc.Kebanyakkan Jemaah haji Singapura akan menginap di Zam-zam Towers yang menjadi antara salah satu tempat penginapan termahal di Mekah.

Kesimpulannya,banyak alternatif bagi menunaikan Haji yang boleh dipilih oleh warga Malaysia.Anda hanya perlu memilih mengikut kemampuan dan keselesaan anda.Tidak ada lagi alasan untuk tidak menunaikan Haji.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Yong Salina,

    Terima kasih for this write-up. Alhamdulillah akak dah dpt passport bervisa.

    ReplyDelete
  2. Assalanu'alaikum. Mohon izinkan saya share post ini di wall FB saya. :)

    ReplyDelete