Friday, April 20, 2012

Istanbul


    Sejak usia belasan tahun,dan sejak dari saya menetap di Matrik Lembah Pantai,saya paling tidak suka membawa beg untuk ke mana-mana.Malam ini saya dan keluarga akan bermusafir lagi.Beg masih belum dikemas.Kalau diturut  hati,rasanya ingin membawa diri sahaja.Pada bulan November lepas saya ke Mekah dengan bekalan tiga helai baju.Dan hampir tidak membeli apa-apa barangan dek kerana saya memang tidak suka membawa barang.Rasanya untuk malam ini,mungkin 3-4 helai sahaja.Silap-silap mungkin en Suami yang tolong kemaskan beg...:))

Wednesday, April 18, 2012

Ka Lan Tan

              Catatan hari ini akan bertarikh 18 April .Saya sudah ditinggalkan  hampir tiga purnama di tahun 2012.Masa telah di curi dan tidak akan berganti.Adinda Marhamah sudah melahirkan putera kesayangan di usia kandungan enam bulan.Semoga Wan Muhammad dapat terus berjuang untuk hidup.Rezeki itu ketentuan.
              Dalam diam masa berlalu,hampir lima tahun saya berada di bumi indah ini.Udara yang saya sedut memberi banyak inspirasi.Negeri ini mengajar saya mengenal sikap sabar,menuntun sifat redha.Negeri ini lebih indah dari rupa-rupa yang dikhabarkan.
            Walau tiada pencakar langit,walau tanpa kesibukan tanpa penghujung,disini lebih bernyawa.Sukar dibayangkan sekiranya saya melangkah pergi ketempat lain.Mungkin kesunyiaan akan melanda.Badai juga akan menghempas.

Tuesday, April 17, 2012

Kenapa Sekolah Rendah Islam itu penting...

     Hampir 10 tahun yang lepas,rumah kediaman kami di Ukay Perdana sering menjadi tumpuan bagi golongan dewasa menghadiri usrah dan pengajian Al-Quran.Kebanyakkan mereka berumur dalam lingkungan 40 tahun dan keatas.Berjawatan besar,dan berlatarbelakang dari Universiti luar negara.Kelas-kelas ini diadakan percuma dan mengikut jadual suami saya ,kerana pada masa itu suami terikat dengan AL-Jazeera dan urusan-urusan melibatkan perniagaandan sebagainya.
    Dari pemerhatian secara rambang,ramai golongan dewasa di Kuala Lumpur mula mendekati agama setelah berusia 40 tahun.Berbeza dengan suami,dia dilatih dalam persekitaran agama sejak dari usia dua atau tiga tahun.Di kala usia meremang senja,golongan-golongan urban ini baru ingin mengenal dan memperbaiki Al Quran.Saya sering terfikir,jika berumur 40 tahun baru mempembetul bacaan,bagaimanana status solat yang telah dilakukan bertahun-tahun sebelum itu? Adakah kejahilan bleh menjadi faktor pemboleh ubah.
    Setelah beberapa tahun,saya bersetuju untuk meneraju sebuah organisasi pendidikan dan tarbiyah.Dari hasil pemerhatian semasa berusia 20-an,saya  percaya masyarakat perlu kembali kepada sistem pendidikan dari sumber autentik.Mengubah keadaan yang rosak adalah lebih sukar.Cara yang lebih baik,anak-anak perlu dihantar ke sekolah integrasi penuh pendidikan Islam.Konsep Sekolah Sri cukup praktikal.

Akan bersambung

Monday, April 16, 2012

Kongsi Ilmu

Tajuk Buku:: Tundukkkan Hati,Rahsia Keikhlasan Hidup di dunia Fana
                     Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz


 Buku ini sering saya ulang disaat kelapangan.Antara mutiara kata di dalam buku ini,
 Memasang niat baik ketika mencari harta:
   #Dengan tujuan supaya tidak meminta-minta dari orang lain
   #Dengan tujuan menyara keluarga
   #Dengan tujuan membantu mereka yang memerlukan

" Sekiranya bagi anak Adam itu memiliki satu wadi emas,pasti dia akan mahu satu wadi emas lagi,sedangkan semua tidak memenuhi mulutnya melainkan tanah."

                                       SAHIH MUSLIM:1738
"Apabila manusia-manusia mati,terputus segala amalanya melainkan tiga perkara 1.sedekah jariah  2.ilmu yang bermanfaat,3anak soleh yang mendoakanya"
                                                                            Sunan at-Tirmidzi
Mafhum hadis di atas kita akan menyedari hakikat harta yang kita miliki adalah:
1. Apa yang dimakan akan habis
2.Apa yang dipakai akan lusuh
3.Apa yang disedekahkan sahaja yang akan tersimpan untuk bekalan akhirat

Rasulullah SAW menggalakkan umatnya supaya bersedekah berbanding menyimpan harta yang kita ada untuk kegunaan sendiri.Jika kita merasa sayang untuk bersedekah,ini bermakna kita lebih menyayangi harta orang lain berbanding harta milik sendiri.Harta sendiri yang dimaksudkan dalam hadis ialah harta yang kita sedekahkan kepada fakir miskin,anak yatim,serta orang-orang yang berjuang ke jalan Allah SWT.Dan sedekah itu seumpama"tabungan"kita untuk keperluan akhirat.semakin banyak sedekah kita keluarkan,semakin banyak harta yang kita tabungkan.

Wednesday, April 11, 2012

P.A

Puan Salina....

Encik suami suka makan apa ? ....ishhh tak ingat,sebab dia tak suka makan,hehe..nope,dia suka makanan arab dan makanan Thai,tapi sekarang kurang makan sebab jaga kesihatan.Still waiting for nasi Mandy,yang wife dia tak masak lagi...

Hobi?
Banyak sangat,sampai tak boleh dikategorikan hobi,cuma yang biasa,naik kapal turun kapal,guna galaxy note untuk main game,shopping and shopping,make up kereta,blabla..banyak sangat.

Kerja?
Nak kata Manager  tak macam manager,nak kata  berniaga  tak macam peniaga,nak kata Ceo  tak macam Ceo,so kerja terpulang apa  orang kata.Nak kata  tak kerja pun boleh,sebab semua kerja via online,Telefon ,etc,yang pasti every week terbang,dan setiap bulan oversea.

Suka  marah?
Ekceli,dia sangat"cool",so  his wife jadi  kaduk naik junjung.Very nice person indeed,except towards his students.Siapa  yang kena rotan tu,,,,inshallah ingat sampai  ke liang lahad.

Apa perancangan terbaru...

So many...yang paling best  nak upah driver..bu t i'm really sure,takde siapa yang dibenarkan  driving his car,especially Honda kesayangan.

Tempat yang dia  nak pergi sangat..
Spain

Bila  waktu yang paling sesuai untuk telefon?
After 11 am,not a minute before,better kalau call after 12pm..sebab dia memang tak tido.

Tuesday, April 10, 2012

Insan....na si ya

      Sekiranya kita belajar dan belajar,akhirnya gagal jua,adakah itu ketentuan?Sekiranya kita menyimpan dan terus mebuat simpanan,namun masih di balut kemiskinan,adakah itu ketentuan?Sekiranya kita menjaga kesihatan dengan penuh kesungguhan,namun masih sakit,masihkah boleh menerima ketentuan?

    Mengapa dia masih tidak bertudung,walaupun tahu itu dosa?Mengapa masih menggilai harta,walaupun tahu,manusia pasti akan mati?
   
  Itulah insan.Fitrah dari kejadian yang mudah lupa.Ini juga dinamakan makna di sebalik Qadha dan Qadhar.Nabi Nuh seorang penyeru umat,tetapi tidak kepada anak dan isteri.Begitu juga Asiah,seorang ahli syurga,tetapi gagal untuk membawa suaminya.

   Ini adalah hakikat dan ibrah yang perlu didukung oleh pembawa Jalan Allah dan Rasul.Bukan semua perkara kita mampu ubah.Bukan semua kuasa tertakluk pada kehendak manusia.Manusia adalah pembolehubah.Faktor ketentuan,faktor ujian merupakan sains yang perlu di pelajari oleh Daie.

   Ramai pendakwah hanya mendekati golongan yang memang sudah dekat.Mengajar agama kepada jemaah masjid.Tapi tidak kepada penjual ikan ,ayam di pasar.Ramai orang menghukum orang yang tidak bertudung.Namun tidak bertanya,samaada mereka itu tahu atau tidak cara bertudung yang sebenarnya.Kita ,manusia yang suka solusi.2 t 1 itu tiga.

                  Manusia yang tidak ke surau itu tidak boleh jadi pemimpin,di sebabkan hadis mengatakan itu dan ini.Hakikatnya tanyalah diri berapa jam seminggu kita hidup untuk mereka yang memerlukan.Kita membaca Al Quran saban hari,sedangkan di sebelah rumah,ada yang terkeluar dari hidayah Pencipta.Kita menghitung sunat sunat untuk ke Syurga,sedangkan ada tetangga yang sedang berantakkan.Kita menghukum tanpa prejudis,tanpa memahami,manusia itu tertakluk pada hidayah ALLah.


 Berdoalah semoga ibadah kita tidak menjadi debuan pasir.

Bagaimana menjimatkan perbelanjaan semasa melancong.

                   Suami saya kerap ke luar negara bersendirian.Beliau jarang memilih pakej atau pergi melalui syarikat pelancongan.Kebanyakkan perjalanan bersifat "ad-hoc"kerana sukar untuk membuat jadual dengan masa yang terhad.
                 Perbelanjaan ke Mekah melalaui pakej pada kadar semasa hampir mencecah RM 6000.Perbelanjaan yang di keluarkan oleh suami pula  sekitar RM 3400 atau kurang.Kadangkala perberlanjaan ini lebih murah.
                Bagi perbelanjaan ke Turki,beliau hanya menggunakan tram,bus awam atau berjalan kaki bagi jarak yang dekat.Corak perbelanjaan  juga sama sekiranya  Ke Syria,Jordan ,Singapura dan negara-negara lain.
         Tips bagi yang baru berminat melancong,sila cari maklumat yang tepat sebelum ke mana-mana,