Friday, December 9, 2011

Ubat penyakit Bosan

Jika kita terasa bosan,apa yang boleh kita lakukan....

1.Mendoakan ibubapa yang mengasihani kita semasa kita kecil
2.Mendoakan almarhum-almarhumah ahli keluarga dan seterusnya Muslimin dan Muslimat yang telah pergi.
3.Menulis senarai wasiat,hutang-hutang,sekiranya esok kita mungkin di panggil kembali.
4.Memohon maaf dan keampunan kepada orang-orang yang kita palit dosa pada mereka
5.Membaca Al quran memohon ketenangan jiwa.

Bosan ialah penyakit.Dalam kehidupan seorang Muslim yang ada hanya"damai" kerana Islam itu agama yang syumul.

Kalender

Selepas seminggu kembali dari Mekah , saya dan suami ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sebuah seminar.Kembali kami ke Kelantan,suami menerima tetamu dari Majlis Agama Melaka.Pertemuan yang singkat tetapi membuahkan banyak hasil.Sepatutnya kami terbang ke Jakarta pada hujung minggu lepas,namun,kerana saya yang tidak berapa bersungguh,kami menukar laluan ke Pulau Pinang.Tidak tergamak untuk meninggalkan anak yang masih kecil.Ramai sahabat -sahabat kami temui di Penang.Berkesempatan ke Kedah ,memanjangkan silaturahim.
Tiga hari yang berkejar-kejaran.Kami terpaksa pulang ke Kelantan,kerana bapa saudara ingin suami menguruskan"calling visa"ke Riyadh untuk mereka.Dua hari di Kota Bharu,terbang pula ke Kuala Lumpur dan seterusnya Singapura untuk menghadiri satu lagi seminar.Saya pula telah mempunyai jadual temujanji yang padat sehingga hujung Disember.

Pada pertengahan Disember pula,suami akan terbang jauh sekali lagi . Visa ziarah ke Mekah juga sudah diperolehi.Maksudnya,banyak cerita pengembaraan sepanjang 2012 yang bakal menjelma.

Semoga di beri kesihatan yang baik untuk meneruskan sisa kehidupan.Sesungguhnya maut itu sentiasa menjengah kita.

Tuesday, December 6, 2011

Topeng mukabuku

Laman muka buku atau "facebook"telah menjadi sebahagian dari kehidupan.Hampir semua pengguna komputer mempunyai laman muka buku mereka yang tersendiri.Laman muka buku merupakan satu fenomena yang tidak diketahui sehingga bila.Satu masa dahulu pernah muncul Yahoo Mesengger,MIRc dan beberapa aplikasi yang sekarang mungkin tidak dikenali generasi baru milinieum.

Menyelusuri kisah manusia lewat muka buku atau "facebook" amat mengujakan . Ramai yang ingin berkongsi kisah.Ada yang mencari perhatian dengan berbagai rencam kiriman di dinding laman.Ayat -ayat seperti
"serabut","bosan" dan pelbagai kiriman cerminan jiwa kacau sedikit sebanyak membuka "wajah" kita kepada orang lain.Sekiranya kita seorang wanita,kita menunjukkan wajah kelemahan jiwa.Kekosongan hati dan mungkin satu dari seribu satu ciri kegagalan untuk menjadi calon isteri solehah.Jika kita semudah ABC bercerita masalah di laman muka buku,beerti kita seorang yang kurang "nilai' untuk di letak kepercayaan.Bukan semua masalah boleh di kongsi diruang seluas "facebook".

Facebook boleh memberi manfaat ,dan juga boleh memberi mudarat.Tidak perlu memuat turun beribu keping gambar sendiri.Wajah kita bukan gambar kalender yang boleh ditatap oleh setiap manusia.Terutama wanita.Tidak ada keperluan untuk "memuncung" ke kiri atau kekanan semata-mata ingin menunjuk betapa cantik kita di mata kamera.Simpanlah gambar-gambar hanya untuk tatapan peribadi,bukan dilacurkan sesuka hati di mata orang lain.

Wanita solehah untuk lelaki yang soleh.Sekiranya kita hanya menjadi
'ustazah" lewat laman facebook,tetapi tindakan dan pemikiran kita jauh dari apa yang kita katakan,tiada siapa yang akan menghormati diri kita.Selesaikan masalah peribadi,diruangan peribadi.Komen hanya yang perlu.Tidak perlu komen "ketawa sopan" atau "ketawa jahat".Ini hanya menunjukkan sikap kebudak-budakkan yang terserlah.Tidak perlu membiasakan diri beramah -mesra hatta lewat laman muka buku.

Jadilah wanita solehah yang mukminah.Jangan jadikan facebook sebagai dosa yang berterusan sehingga ke dalam kubur.Masih belum terlewat bagi memadam gambar-gambar yang tidak ada keperluan.Masih juga belum terlewat membetulkan niat bersosial di laman muka buku.Jadilah orang yang matang di dalam dan di luar laman muka buku.

Tuesday, November 29, 2011

Jika kaya itu satu pilihan

Antara perkara yang saya separuh suka apabila berjalan dengan en suami ialah;temujanji.Tidak kira samada di Malaysia atau luar negara,jadual beliau pasti penuh dengan pertemuan demi pertemuan.Semasa saya berada di Haram,hampir saban siang dan malam saya berjumpa berbagai lapisan manusia kenalan en suami.Bertemu rakan dari Gemilang Travel,Ash Har travel,Zahafiz,Smiley dari Singapura,jemaah Tabung Haji,Yaskin Travel,bertemu doktor dan jururawat di Shisha,bertemu mualad mualad Mekkad di Ajyad,Sulamaniyeh.Itu tidak termasuk pelajar universiti Madinah,dan muslimin muslimat yang dikenali di sepanjang perjalanan.Dua minggu di Mekah,saya lelah dan hampir-hampir ingin rebah.Berjalan kaki hampir kesemua tempat.
Itu tidak termasuk lagi menunggu suami bagi urusan imigresen di Airport haji.Belum lagi mencari pasport yang hilang di maktab 73.tidak juga cerita "disoalsiasat" di airport komersial sewaktu pulang.
Pokoknya,banyak peluang untuk mengembangkan kerjaya di Mekah.Namun saya cukup yakin,walau di tawar ribuan ringgit,kehidupan yang tenang masih menjadi pilihan.Rezeki terbentang di hadapan mata.tawaran demi tawaran di Mekah pasti bukan kerana wang.Menetap di Malaysia masih satu keutamaan.

Monday, November 28, 2011

JIwa hamba

Alhamdulilah,masih bernafas di bumi tuhan,masih ada sisa-sisa keletihan jiwa sekembali dari Tanah Haram.Pemergian kali ini pelik sekali,terasa diri diawang-awang.masih tidak menjejak bumi sepenuh hati.Hati masih sebal dengan beribu rasa dan perisa.Saya ke Mekah awal sehari dari jadual,asalnya via Singapore,kemudian di tukar dengan Etihad.Kembali ke Malaysia pula,asalnya,Etihad,ditukar pula dengan Singapore.Jiwa sesak melihat semiskin di setiap tempat yang saya jejaki.Disaat warga Malaysia selesa dibawah hotel 3.4 atau lima bintang,beratus ribu warga haji seluruh dunia hanya tidur di bawah bintang.Mereka masih beribadat seperti kami.Mereka lebih utuh melebihi kami.

Sewaktu di Mina,saya melalui tempat si kulit hitam yang berkelana.Bermabit seada.Makan seadanya.Semua jauh dari apa yang saya ada.Masih ada si kaya dan si miskin di mana-mana.Hatta semasa ibadat untuk menyatukan semua. Watak manusia sehingga kiamat pasti begitu,dan kekal begitu.

Terasa rugi melihat ramai jemaah Malaysia.masih ralit di buai mimpi.Menginginkan keselesaan sehingga tidak dapat melihat keperitan orang lain.Masih leka,seolah-olah dalam percutian yang panjang.

Di Arafah,di Mina dan dimana-mana ,manusia khusyuk mengadap tuhan-Sehingga sanggup melupakan kesusahan orang lain.Kita ingin haji yang mabrur-bukan kehidupan yang berhasil untuk dunia dan akhirat.Kita ingin ke Syurga hanya dengan diri sendiri,tanpa melihat di kiri dan kanan masih ramai yang memerlu sedikit simpati.

Sesungguhnya saya orang yang kerugian-Ampuni lah ya ALlah.

Thursday, November 17, 2011

Chicken Mandy

Insyaallah akan cuba dimasak...:)))Kalau tidak rugi mendaki tangga bukit Ajyad yang mengalahkan Batu Caves.Resepi "authentic"ini diharap dapat dijamu kepada yang tersayang.:))