Thursday, May 23, 2013

Aurora

     Minggu lepas saya menemani anak-anak yang kepingin ke pasaraya.Disebabkan pergi dengan separuh hati,saya hanya membeli aiskrim,Susu dan sardin dambaan encik suami entah ke mana.Dalam pertuturan mesra kelantan,ia dipanggil "koya", penyakit yang boleh menimpa sesiapa tanpa mengira jantina..:).
       Sebenarnya ,sewaktu saya melilau-lilau menemani anak-anak bergumbira,saya teringat tentang "Muhammad" anak saudara yang di kasihi Allah dan telah kembali kepada pencipta Nya.Beberapa minggu sebelum pemergiannya,saya ada mencari -cari hadiah.Hampir 4 bulan saya mencari,namun hajat untuk membeli sentiasa berakhir dengan tidak membeli.
       Saya juga teringat dengan doa umi Muhammad untuk di kurniakan anak kembar.Dan berbagai ingatan yang menerjah ketika saya di penuhi dengan orang yang ramai di pasaraya tersebut.Banyak sangat flash -flash ingatan yang mengganggu saya ketika itu.Terlalu banyak yang ingin saya ceritakan,tapi kepada siapa...ini kisah-kisah orang lain....kisah yang sangat menyakitkan emosi .
      Akhirnya  saya berhenti mengingati,biar semuanya di tentukan oleh takdir...ia lebih mudah sebegitu.

* Menagih kasih sayang kepada yang kita sayangi sangat sukar,menjadi orang luar kepada  orang yang sepatutnya memiliki jiwa,juga sukar.
*Orang luar hanya melihat kehilangan yang nyata,sedangkan banyak yang telah hilang sebelumnya.
 * NYawa yang baru untuk menggantikan yang lama,kadang-kadang "kekosongan " memang" tidak bernyawa.Di tinggalkan dalam emosi dan nyata.      
    Kalaulah saya boleh membantu................owh Muhammad.Pergimu  membawa berkeping-keping hati yang telah lama retak..

Hidup bukan hanya untuk mati

   Bila terasa memikul banyak beban,saya suka "mencelah" kehidupan orang lain.Kita merasakan susah,orang lain melalui kesusahan yang lebih nyta.Kita terasa tidak berduit,hanya sekadar rasa,mungkin ada insan lain  yang memang hidup tanpa duit.Apa yang kita rasa dan apa yang orang alami kadang-kadang sangat berbeza.Jom kita lihat kisah-kisah kehidupan.Semoga dapat memberi semangat untuk kita membantu orang lain...


                                        

#### Pakcik tua diatas berusia 70-an.Sangat tua dan uzur.Anak lelaki beliau merupakan anak murid saya berusia 17 tahun.Pelajar tahfiz yang sangat cemerlang dalam hafazan dan akademik.
        Pada 5 tahun lepas saya membuat permohonan untuk menempatkan anak pakcik ini ke Maahad Tahfiz Wal Qiraat An Nur.Dengan pendapatan purata RM 10 sehari,boleh dikatakan keluarga ini dalam golongan asnaf miskin dan tidak mampu untuk membayar yuran pengajian dan sebagainya.Sebagai asnaf miskin,pelajar ini menerima bantuan penuh pengajian dari  pelbagai pihak yang prihatin.
     Alhamdulilah,permohonan saya diluluskan.Hafazan 30 juzuk di tamatkan dengan cemerlang.Beberapa minggu lepas ,pakcik ini datang berjumpa en suami.Membawa hasrat yang sangat tulus.Beliau meminta kami menjaga dan menguruskan masa depan anakanda beliau.Menurutnya,dia sudah uzur dan tidak berduit untuk menghantar anaknya menyambung pengajian.Selepas kami bersetuju,terpapar riak kelegaan yang tidak tergambar.Jangan risau pakcik,amanah ini kami akan jaga ,sepertimana kami menjaganya sepanjang 5 tahun ini.Bertambah lagi senarai "anak angkat" kami berdua.
       Rakan-rakan semua,kadangkala ada perkara yang kita hanya mendengar  lewat novel atau cereka di kaca tv.Kisah masyarakat diluar terlalu banyak,terepulang untuk mendengar atau hanya sekadar melihat.
    

Sunday, May 12, 2013

ABC Perkahwinan




          Perkahwinan tidak seindah kisah dongeng.Ia sebuah perjalanan ,kadang-kadang jalan yang dilalui sukar,kadangkala di permudah.Tahun pertama dan kedua ialah tahap taaruf,tahap mengenal hatibudi.Ramai juga yang keletihan tidak boleh "membaca" di sebalik ekspresi pasangan.

       Di bawah sedikit perkongsian bagi memahami sedikit nilai perkahwinan dari orang yang serba kekurangan..
     1.Belajar untuk tidak banyak meminta-minta baik dari segi kewangan,masa atau kasih sayang,banyakkan memberi.
     2.Jika anda seorang isteri,kurangkan masa bersama keluarga anda,lebihkan kelurga mertua.Mereka syurga suami anda.
    3.Kurangkan bicara-bicara yang menghiris hati dan perasaan,banyak berdoa untuk pasangan.
    4.Jika anda seorang isteri yang bekerja,luangkan lebih banyak masa untuk suami.Adaptasi jadual mengikut waktu suami anda,bukan sebaliknya,
    5.Hormati hobi dan kesukaan pasangan,walaupun kita kurang menyukainya.
    6.Fahami hasrat hati suami /isteri yang tidak diluahkan.Jadi pemerhati dan pendengar yang baik.
    7. Galakkan suami untuk bersahabat,dan bersosial dengan rakan-rakan,kerana ia sesuatu yang fitrah.Suami yang"stress" tidak akan berkongsi banyak rahsia bersama pasangan.
    8.Jangan berpura-pura,ikhlaskan diri,dan belajar untuk terus ikhlas.
     9.Sayangi,hormati adik-beradik,ipar-duai,anak saudara pasangan ,seperti anda menyayangi keluarga anda sendiri.,Suami/isteri lebih menghormati pasangan yang menghormati keluarga mereka.
    10.Tidak memanjangkan perselisihan faham.
    11,Jadikan suami atau isteri anda sebagai sahabat yang paling akrab.

Thursday, May 9, 2013

Konsultasi

     Pada penghujung 2012,saya "sedikit" rungsing dengan permohonan kelulusan KDN untuk pelajar asing dan bertambah risau dengan notis gaji minimum yang di wajibkan oleh pihak berkuasa.
     Sebagai pusat Tarbiyyah berkonsepkan kebajikan,banyak kos pengurusan di tanggung oleh individu-individu yang bermurah hati,termasuk hampir 60 % pendapatan bulanan perniagaan saya dan suami.Kos yang sedia memerlukan kami melaburkan sejumlah wang yang sememangnya besar untuk perbelajaan harian dan bulanan.
      Saya agak  "malu" untuk memohon suami menambah  defisit perbelanjaan Kompleks.Jumlah yang saya perlukan bagi mematuhi peraturan gaji minimum menjangkaui kemampuan. Sebelum dari itu,saya sudah pun meminta suami menanggung beberapa pelajar miskin,menanggung kos pembaikian,kos pengurusan,dan kos pembinanan prasarana seperti masjid dan bangunan sekolah.
    Didalam kerungsingan ,saya mengikut suami ke Terengganu.Beliau mempunyai beberapa urusan .Dengan waktu yang terhad kami terpaksa pulang pada hari yang sama.Saya sendiri kurang jelas urusan suami di Terengganu.Dia hanya memaklumkan akan ke Terengganu pada 1 pagi dan bertolak pada 8 pagi.Pada pukul 2 pula kami pulang semula ke Kota Bharu.
          Rupa-rupanya dia membantu seorang rakan yang  ditimpa masalah.Simpati saya mendengar cerita.Semuanya di beri ujian mengikut  ketentuan.Saya sangkakan hanya satu pertemuan pada hari tersebut.Seusai perjumpaan pertama,kami terus berjumpa dengan pertemuan seterusnya.
      Saya menjadi pendengar yang setia.Satu lagi tawaran konsultasi.Jika tidak silap saya,ini bukan tawaran pertama.Kebiasaan suami saya akan terus menolak,kerana komitmen lain cukup banyak.Gaji atau elaun .jarang-jarang mendapat perhatian encik suami.Sebagai orang lama dalam bidang berkenaan,suami saya sememangnya payah di pujuk.Beberapa projek di Kota Bharu hanya di terima dengan dasar untuk membantu rakan-rakan.Begitu juga projek haji dan beliau terima tanpa menerima sebarang gaji atau elaun.Hanya untuk membantu  insan-insan yang ingin menunaikan rukun Islam.
         Bagi rakan-rakan,kami berdua jarang bekerja kerana wang atau  elaun.Kami lebih berminat bekerjasama dengan insan-insan yang ingin pula membantu orang lain.
     


   
     
 

Tuesday, May 7, 2013

BAngun

                 Bekerja dipejabat merupakan pilihan kerjaya terakhir yang pernah saya fikirkan.Saya sememangnya tidak mempunyai kesabaran yang tinggi untuk bekerja secara langsung dengan waktu yang tetap atau berhubung dengan manusia dan permasalahan kemanusiaan.
                Selepas enam tahun saya sedikit takjub,kerana saya boleh mencintai kerjaya yang saya tidak minati.Suami pula,melebarkan sayap ke Syria,Turki, Singapura,Jakarta,Jordan ,Mekah dan negara-negara lain.Dari Kelantan kami bergerak ke luar negara.Dari pejabat,saya meneroka pelbagai bidang lain.Pejabat hanya menjadi metafora,kehidupan semakin berwarna-warni.
                  Dunia menjadi tidak bersempadan.Hidup juga bukan semuanya indah.Banyak airmata,banyak kisah-kisah duka.Ia semua pengalaman yang menjadi penguat kepada hati-hati yang dilanda pelbagai laluan yang rata mahupun berduri.
              Sehingga kini saya masih bersama mertua.Satu hubungan yang hanya yang pernah merasai sahaja memahami.Kompleks dan memerlukan toleransi yang tinggi.Kuncinya hanya ketaatan.Kami mempunyai kehidupan yang tersendiri,kami mempunyai laluan yang berlainan,namun ketaatan kepada ibubapa itu hanya kepada anak-anak yang faham.
              Bagi sahabat-sahabat yang suka bertanya-tanya apakah sebenarnya laluan kehidupan saya..saya hanya manusia biasa.Kadangkala terluka,kadangkala dibuai kebahagian.Membisu itu lebih baik dari berkata-kata..
         

Sunday, May 5, 2013

ujian

  Alhamdulilah..alhamdulilah dan terus memanjat kesyukuran.

    Segala ujian di mukabumi tiada lain untuk melihat atau menatar tahap iman.Sifat berkeluh -kesah adalah sifat manusia yang tidak memahami hikmah dan tujuan segala pahit-maung kehidupan.Saya sendiri selalu sahaja menyoal-yoal didalam hati ,kenapa begitu ? kenapa begini..?
     Manusia yang ingin sepi tanpa masalah kadangkala lupa hakikat kejadian.Saya sendiri sering alpa.Namun hari ini saya memanjat syukur.Saya sedikit faham untuk menerima sebarang ketentuan.Bagaimana kita ingin bertindakbalas merupakan perkara kedua.Apa yang penting terima apa jua bentuk ujian yang datang..hanya terima .