Monday, March 11, 2013

Puing

           Perkara yang paling sukar didalam dunia adalah menjadi orang biasa.Konsep kekayaan,kecerdikan,prestij banyak membentuk cara pemikiran manusia.Kita ingin dilihat berbeza.Lebih bijak,lebih pandai,lebih serba-serbi.Pertandingan wujud dalam segala segi.Yang penting kita adalah juara.
      Seseorang manusia akan diklasifikasi mengikut pekerjaan,rumah,kenderaan,suami atau isteri.Saya mengambil hampir 35 tahun untuk belajar,bahawa ,menjadi insan biasa adalah yang paling sukar.Manusia tidak memiliki apa-apa,hatta nyawanya sendiri.
       Kadangkala ' kehebatan ' yang kita dambakan hanya fatamorgana.Menjadi yang tercantik,terkaya,tersohor boleh  membina istana-istana pasir.Ia tidak kekal lama.Di tiup angin,hancur segala keindahan.Yang tinggal hanya pasir yang di pijak orang.
  Begitu juga kehidupan,jika kita habiskan sebahagian masa untuk mengumpul harta,sebahagian masa digunakan untuk menambahkan kepandaian atau kecerdikan, di hujungnya ia mungkin sia-sia.Rumah yang berpuluh-puluh,aset yang berjuta mungkin akan menjadi  pahala yang defisit jika tidak di gunakan ke jalan agama.Segala yang kita lakukan perlu memahami kenapa manusia di ciptakan.
     Setiap sen atau setiap helai pakaian kita akan di hisab,ditanya dan di hitung,Maka ,menjadi manusia yang rugi jika harta benda,masa,tenaga di salurkan kepada perkara yang kurang bermanfaat.Memilih perkara yang bermanfaat memerlukan ilmu dan kefahaman kejadian khalifah Allah.Islam  tidak memisahkan insan dan masyarakat.Jika kita  asyik memikirkan diri sendiri,harta untuk anak cucu atau kehidupan untuk 15 tahun akan datang,kita adalah manusia yang rugi.
    Ujian manusia sering merasakan ketidakcukupan.Islam mengajar sikap Qanaah.Kita sering merasa kurang waktu,Islam mengajar ITQan,mencuba sedaya upaya..Jawapan semuanya tersedia.Masalah yang paling utama,kita hanya membaca Kitab Allah.Tapi kita tidak pernah mencuba untuk mengamalkannya.


No comments:

Post a Comment