Tuesday, March 12, 2013

Izzah.

   

      Tulip sering menenangkan jiwa.Tulip sering menghilangkan lelah dan letih. Suami ,ayah mertua dan adik ipar telah selamat ke Mekah.Ia satu indikasi saya sedang memangku kerja-kerja suami dan ayahanda di sekolah mahupun  di rumah.


  Beberapa minggu sebelum mereka berangkat,suami sempat singgah ke Istanbul.Dalam jadual yang padat,dua minggu dikosongkan untuk menunaikan hajat adik yang sedang sakit.Sewaktu menguruskan dokumentasi  ,saya sudah terasa letih mengadap pihak yang berbirokrasi.Urusan membawa ayahnda ke luar negara terasa sedikit payah.Alhamdulilah,Allah memberi kemudahan di hujung.


Melihat anak-anak murid ceria bersukan sedikit sebanyak melupakan kerja-kerja yang membukit.Aliran duit yang keluar masuk cukup memeningkan.Angka RM 10000 hanya bertahan seminggu.Menguruskan sekolah memakan kos yang sangat besar.Jika bukan sebab amanah,saya mungkin sudah rebah dan terduduk.


                               Suami yang jauh,tanpa jemu memberi semangat.Jika bukan kerana menguruskan ayahanda dan  adik yang sakit,saya pasti dia akan bersama saya di sini.Ada isu yang cukup besar yang perlu diselesaikan segera.Gaji,EPF,peperiksaaan,cukai,pembangunan sekolah ,Niosh,saya ada banyak temujanji yang tertangguh.Jordan,Istanbul,Mekah sangat mengamit.

                            Allah tidak akan menguji diluar kemampuan manusia.Saya juga tidak perlu memikirkan semua perkara.Setiap masalah pasti ada jalan keluar.Hanya sabar.Sabar itu cukup indah.
                             

No comments:

Post a Comment