Sunday, March 3, 2013

Kita sering sibuk dengan yang silam,tapi gagal belajar.

 

        Februari saya lalui dengan penuh adegan berkejar-kejaran.Dalam pada berlari hampir jatuh,saya didatangi tetamu dari UKM.Datang dengan takzim untuk mengenal dan bertaaruf perjalanan sekolah agama atau secara spesifiknya di Kelantan.
       Pada asalnya ,saya  kurang memberi perhatian dengan isi kandungan temuramah yang bakal diadakan.Sedikit garis panduan yang di berikan,cukup membuatkan saya tersenyum simpul,daya persepsi  payah untuk diubah.Pattern of behaviour banyak mencorak dapatan kajian.Saya pula orang yang meletak peraturan di luar batasan.Meneroka adalah kata kunci.
           Saya tidak membuka sekolah pada usia 40 tahun dan ke atas ,saya membuka sekolah pada usia penghujung 20-an.Saya bukan lahir dari latar belakang sekolah agama,saya bersetuju mengendalikan sekolah agama,kerana tahu kesan manusia tanpa agama.Saya tidak mengikut teori-teori pentadbiran ,atau pedagogi yang sering menjadi tumpuan.Sekolah adalah penerokaan kehidupan.Letakkan Al Quran dan Sunnah dihadapan,kemudian warnakan dengan apa jua warna yang sesuai.
       Di tengah-tengah bicara,saya di sua persoalan yang sering saya dengar.Kenapa tidak "terjun" dalam dunia akademik? Kenapa tidak meneruskan apa yang saya tahu dalam kajian yang lebih tersusun.Pastinya,saya akan tersenyum,bila di tanya ,disoal dengan objektif yang sama.Satu yang  saya pasti,sekolah pondok yang menghasilkan ribuan ulamak pernah tersingkir dari arus perdana pendidikan.Sekolah agama rakyat juga begitu.Tulisan Jawi ,pembelajaran Al-Quran semua menjadi setaraf dengan pengajian muzik mahupun pengajian jasmani.
     Beratus-ratus jurnal,kajian,latihan ilmiah ditulis mengkaji kemerosotan disiplin  pengajian agama.Jawapan semua kajian ini sebenranya terpampang di hadapan mata.Ia merosot disebabkan dasar yang dibuat secara rasmi.Ia semakin menghilang kerana ada pihak yang memilih pengajian agama sebagai satu pilihan setara dengan lukisan atau lebih bawah dari matematik.Ia adalah satu sistem "homicide" terancang.Agama di jadikan  seperti peristiwa Holocoust.Kajian demi kajian hanya satu cara mencari alasan.
      Sejarah yang cuba ditulis,sering mencatat Residen atau Penasihat British tidak mencampuri bidang kuasa agama.Hakikat yang pahit,mereka mengubah minda golongan  pemerintah,menghantar Sultan atau bakal Sultan mendalami keilmuan yang jauh dari agama.Apabila pemikaran pemerintah didoktrin dengan segala proses sekularasi,pemodenan tanpa arah masyarakat yang terhasil selepas lebih 50 tahun merdeka,ia masyarakat tanpa agama.Ini adalah maksud "dasar tidak campur tangan dalam adat istiadat Melayu dan urusan Agama".
     Saya sering menarik nafas sukar,jika ada yang hadir datang untuk mengkaji.Mengkaji adalah istilah untuk yang tidak tahu.Jika kita kaji apa yang kita tahu,ia dinamakan ulangkaji.Kita mengulangi sejarah yang pahit.
Apapun,saya berterima kasih kepada tuan yang sudi hadir.Kehadiran pihak tuan mengingatkan saya kejahilan itu menghalang cahaya.

No comments:

Post a Comment