Sunday, March 3, 2013

Piri Reis Map


   Kata en suami,dia membelikan saya duplikasi Peta Piri Reis.Saya  masih tidak berpeluang menatap peta tersebut.Suami yang baru pulang ke Istanbul,masih ke hulu dan ke hilir,sekejap di Kuala Lumpur,sebentar di tanah Serendah Sekebun Bunga.Esok akan terbang semula ke Mekah.Bagi merpati,terbang tapi tidak rendah.
      Saya baru selesai menatap jadual MAc.Minggu lepas baru berjanji kepada diri sendiri,untuk tidak terkejar atau mengejar.Kunjungan saya ke Muzium Kelantan banyak menambah agenda.Kegilaan saya pada fabrik,kain tidak pula berkurang.Yang mana satu Salina?Oh hampir terlupa kunjungan NIOSH yang menambah kerja.Rajin mereka membuat lawatan.Bertambah sedikit kerja  yang berdikit-dikit.
    Untuk rakan-rakan yang ingin mengetahui mengenai Peta diatas.Saya kongsikan......


"Pada tahun 1929, sekumpulan pengkaji sejarah telah membuat penyelidikan di istana Topkapi yang terletak di Istanbul, Turki. Di dalam istana itu, mereka telah menemui segulung peta yang berusia ratusan tahun, yang diperbuat dari kulit rusa berukuran 90 x 65 cm. Peta tersebut bertarikh Muharam 919 bersamaan 9 Mac-7 April 1513.

Di atas peta itu, mereka telah menemui beberapa perkara yang aneh dan menakjubkan. Peta tersebut memaparkan outline pantai Amerika Utara dan Selatan dengan pengukuran yang amat tepat. Peta itu juga memuatkan maklumat yang sangat terperinci mengenai Amerika, Lautan Atlantik, Eropah dan pantai-pantai Afrika yang belum dijelajah oleh penjelajah Eropah pada masanya! Satu lagi perkara yang menghairankan para pengkaji tersebut, ia juga memaparkan benua Antartika, padahal wilayah itu belum ditemukan hingga tahun 1818!

Mereka mengkaji lagi. Mereka membuat perbandingan antara jarak pantai timur Amerika dengan pantai barat Afrika pada peta kuno itu dengan jarak yang sama pada peta yang termoden sekali. Sekali lagi mereka tercengang!Sangat tepat dan ini mustahil dibuat oleh pelaut zaman itu kerana kelengkapan dan teknologi mereka umumnya diketahui sangat terhad untuk membuat kerja-kerja kartografi dan pemetaan. Adakah ini mencukupi untuk mengatakan peta kuno ini benar-benar menakjubkan? Tidak. Sebenarnya ada lagi perkara lain yang begitu aneh dan tersangat luar biasa. Tersangat luar biasa bagi sebuah peta kuno yang diperbuat dari kulit rusa."
   kredit -http://jawabgn.blogspot.com/2010/05/sejarah-peta-ajaib-piri-reis.html

No comments:

Post a Comment