Dalam tempoh seminggu yang baru berlalu,saya menerima banyak cek menyumbang untuk pembinaan masjid.Walaupun jumlahnya banyak,namun jumlah yang diperlukan lagi masih mencecah RM 300,000.00.Ribuan terima kasih di rakamkan kepada kerajaan Negeri Kelantan yang telah memperuntukkan dana sebanyak RM 10,000.Begitu juga PMBK,PKINK.Beberapa cek dari MAik,Jaheik juga dikatakan dalam pemprosesan.Penderma-penderma perseorangan juga makin bertambah,dan tiada yang lebih afdal,selain dari penghargaan dan ucapan terima kasih.
Selain dari Masjid,saya masih sibuk dengan dana program Umrah pada Jun,Hampir RM 10,000 di perlukan.Di minda saya ,kiraan duit memang tidak pernah berhenti.Terlibat secara langsung dengan kerja-kerja kebajikan kadang-kadang menyesakkan dada.Simpanan peribadi turut mencair,apabila dana yang di cari masih tidak mencukupi.
Tetapi,di sebalik ketentuan ini,saya bersyukur kerana dipilih dan memilih jalan ini.Walau terasa letih ,paling kurang saya tidak hidup untuk diri sendiri.Masyarakat masih memerlukan ramai insan-insan yang boleh membantu orang lain.Untuk suami,terima kasih kerana tidak putus-putus memberi galakan untuk saya berusaha membantu orang lain.Terima kasih juga kerana membenarkan saya menghabiskan sebahagian besar masa yang tidak ternilai harganya.
Janganlah kita berasa gundah untuk menginfakkan harta atau masa,kerana semuanya ada ganjarannya yang di janjikan.Tidak perlu mengumpul harta untuk diri sendiri,berpada-padalah dengan kesenangan dunia.Tidak perlu berumrah berbelas -belas kali.Lebih baik kita majukan masyarakat melalui tarbiyyah dan pendidikan.DAn lebih baik jika kita boleh membantu mengerjakan amal soleh.Buka mata dan minda untuk melangkah kepada orang yang memerlukan diri kita.Islam itu lebih luas dari solat ,puasa ,haji sahaja.
Lupakanlah mengira kiraan KWSP,ASB,BON,SIMPANAN,kelak kita akan di soal Tuhan kemana kita melaburkan harta.Tidak lupa juga setiap saat yang kita habiskan.Bersediakah kita untuk menjawab soalan,yang kita pasti akan gagal menjawabnya?
Assalamualaikum, Semoga usaha Salina dan suami diberkati dan dipermudahkan. "Kolay gelsin" kata dlm bahasa Turki.
ReplyDelete