Friday, March 9, 2012

ANak-Satu anugerah

     

      Suami saya mempunyai 10 orang adik beradik.Jumlah yang agak ramai ,berbanding saya  hanya 4 sahaja.Tujuh dari mereka adalah lelaki.Sewaktu saya berkahwin,suami saya baru berusia 24 atau 25 tahun.Adik kedua pula sebaya saya.Adik ipar saya  dan isterinya seorang doktor.Tidak seperti suami,dia hanya mendirikan rumahtangga semasa berusia 28 tahun.



            Hampir semua  adik beradik suami dinikahkan oleh Tok Guru Nik Abd Aziz.Dinikahkan oleh Menteri Besar bukan satu kepelikkan di Kelantan. Di sini agama menjadi cara hidup,Pangkat tidak membezakan sesama manusia.
           Selepas setahun di nikahkan mereka dikurniakan cahaya mata comel bernama Nik Fatimah Damia'.Sebaya dengan Maryam ,puteri saya.Seperti Maryam,Damia' juga memanggil saya mama.Puas di pujuk bondanya,namun panggilan itu kekal hingga kini.Jauh di sudut hati,saya kasihi Damia 'sama seperti saya menyayangi Maryam.



             Tidak beberapa lama selepas kelahiran Damia',Marhamah,adik yang saya kasihi dikurniakan hadiah kedua,Namanya Nik Aishah Humaira'.Namun ujian Allah bermula buat kedua mereka.Di pinjamkan sebentar,kemudia kembali kepada Pemilik Nya.


           
                 Hanya tangisan mengiringi pemergian bayi kecil ini.Begitu juga bayi mereka yang seterusnya.Beberapa kali kehilangan anak cukup memudarkan senyuman kedua suami isteri ini,Ujian Allah untuk menambahkan keimanan.

            Kini,Marhamah sedang bercuti tanpa gaji dari tugasannya.Dia sedang menunggu hadiah Dari Pencipta.Semoga episod duka akan berlalu.Semoga kedua-dua adinda saya ini dberi zuriat yang di tunggu-tunggu,Ameen.Mohon di doakan.




      
              
                        

No comments:

Post a Comment