Berbuat baik kadangkalanya tidak memerlukan kos.Melalui kehidupan seharian kadangkala sering membutakan mata.Kita asyik dengan dunia ciptaan kita sendiri.Kita kononnya amat sibuk dengan kerjaya.Amat sibuk juga dengan keluarga.Itu hanya plot-plot kehidupan yang hanya bernilai setitis embun.Mungkin tidak berharga di sisi Tuhan.
Saya melihat rakan yang taasub dengan Phd.Phd katanya boleh menjamin kehidupan.Terpendam dan tersekat di sanubari,alangkah ruginya dia,sekiranya Phd itu mendekatkan dia dan mereka yang memerlukan,betapa berharganya sekeping sijil itu.Ada juga rakan yang tenggelam dengan kerjaya.Meniti tingkat-tingkat pengiktirafan manusia,sedangkan masa dan nafasnya semakin kekurangan oksigen.Malaikat menjengah setiap hari,tapi diperdulikan.
Saya lemas dengan si pengumpul harta,ingin aset,ingin jaminan,ingin semuanya.Lupakah mereka ruang kubur tidak boleh menempatkan satu pun ,harta sebiji basikal.
Walaupun apapun skrip kehidupan,betulkanlah niat untuk hidup.Hidup dan mati untuk Tuhan.Lupakanlah keakuan,hidup untuk kekayaan yang abadi.
No comments:
Post a Comment