Saturday, October 22, 2011

Tips-Prosedur urusan Haji bagi Jemaah haji Malaysia

Secara amnya ada 4 cara bagi memudahkan urusan Haji bagi Jemaah Haji Malaysia.

Kuota Haji bagi jemaah Malaysia yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi tahun 2011 ialah seramai 28,000 jemaah.Dibawah diberikan prosedur haji yang boleh dipilih jemaah bagi urusan haji.

1) Muasassah-Merupakan cara yang paling popular.Bakal Hujjaj diminta mendaftar haji dengan Tabung haji dengan simpanan minima sebanyak RM 1,300.Apabila mendaftar dengan wang berkenaan,para hujjaj akan diberikan tahun bagi mengerjakan haji.Sebagai contoh ,pendaftaran bagi tahun 2011,akan diberi tahun 2040,sebagai tahun menunaikan haji.Tahun ini adalah anggaran sahaja.Ia boleh dipercepatkan sekiranya ada kuota tambahan ,atau ada bakal hujjaj lain yang menolak.etc.

2) Pakej Haji-Ini merupakan cara yang semakin popular bagi jemaah yang berkemampuan .Bagi tahun 2011 , pakej terendah bagi mengerjakan haji ialah sebanyak RM 18,000. Syarikat pengendali perlu membayar sebanyak RM9000 tt bagi wang haji kepada Tabung Haji,dan selebihnya untuk syarikat pengendali.Setengah-setengah syarikat seperti Andalusia,Yaskin Travel memerlukan pendaftaran awal seperti 2-3 tahun.Tabung haji juga menyediakan pakej haji melalui anak syarikat.Pakej-pakej ini boleh mencecah sehinga ratusan ribu ringgit,bergantung kepada jenis hotel,kemudahan,jenis penerbangan dan sebagainya.Semua pakej diatas berdaftar dengan Tabung Haji.

3) Pakej haji swasta - Trend beberapa tahun ini,turut mewujudkan Pakej Haji Swasta.Kebiasaan bagi jemaah pakej-pakej ini akan berangkat 2 minggu sebelum hari wukuf.Visa bagi pakej ini kebiasaannya melalui visa vip atau vvip yang diberikan untuk Menteri,Pejabat Mufti dan sebagainya.Penerbangan Haji biasanya menggunakan pesawat komersil dan mendarat terus ke Mekah.Pakej ini biasanya bermula dari Rm 18,000 dan keatas.Diantara pengendali syarikat bagi pakej haji Swasta ialah MSD Travel,Jom holiday dan beberapa syarikat lain.

4) Kuota Khas - Cara ini ialah dengan mendapat jemputan khas dari Kerajaan Arab Saudi.Ada juga jemaah Malaysia yang menggunakan kouta dari Singapura seperti Smiley Travels etc.Kebanyakkan Jemaah haji Singapura akan menginap di Zam-zam Towers yang menjadi antara salah satu tempat penginapan termahal di Mekah.

Kesimpulannya,banyak alternatif bagi menunaikan Haji yang boleh dipilih oleh warga Malaysia.Anda hanya perlu memilih mengikut kemampuan dan keselesaan anda.Tidak ada lagi alasan untuk tidak menunaikan Haji.

Wednesday, October 12, 2011

--- En suami merupakan antara insan yang paling mempengaruhi hidup saya.Walaupun cara kehidupannya sering di pandang sinis,namun saya lebih tahu dan Allah pula Maha Mengetahui.
Saya banyak belajar tentang ikhlas dari beliau.Ikhlas itu merupakan tangga yang cukup payah di capai oleh insan yang lalai dan lupa bernama manusia.
Menuju tangga keikhlasan kita akan mengenali sifat ujub,riak dan takkabur dan segala sikap yang memang diadun untuk menguji tangga ikhlas seorang manusia.
Manusia,secara lumrah dan adat sentiasa mengharap pujian.Mengharap disayangi ,mengharap seribu macam kebaikan dari Tuhan dan orang lain.Mengharap segala kebaikan,kekayaan,pokoknya yang baik-baik saja.
Bila Allah menguji dengan sakit,kita mohon di sembuhkan.Bila Allah menguji dengan susah,kita mohon dipermudahkan.Kita sentiasa bermohon dengan segala permohonan.Meminta sehingga akhirnya.
----Bila saya berkahwin,saya melihat suami dikeji,disalah erti ,di tuduh dengan segala pertuduhan.DIa hanya diam.Tidak sekali mengeluh ,hatta kepada saya.Walaupun di kata dengan segala nista,diam masih raja.Tidak ada satu yang mengugat kepercayaan-bahawa Allah itu Maha Mengetahui-serahlah jiwa dan raga pada Pencipta-Ayat yang sama diulang,dinyanyi ,dialaun kepada saya-Serahkan jiwa dan raga pada Pencipta-
-Detik demi detik saya belajar sifat redha yang digabung dengan sikap mencari ikhlas kerana Tuhan-sehingga pada satu masa-Ya Allah aku terima segala ketentuan.-Hanya mengharap Redha dan keampunan.Tidak ada lagi yang bisa menggangu gugat jiwa-ingin jiwa ini kembali pada Tuhannya.Di beri kesakitan-alhamdulilah-Diberi ujian-Alhamdulilah.
Untuk suami yang mendidik,segala penghargaan kerana mengajar erti hidup adalah ujian-Kepada Tuhan dipanjat rasa syukur-kerana Dari Allah kita datang,dan kepadanYA kita kembali.

Monday, October 10, 2011

Manusia dan topeng

Sehingga ke hari ini,saya dan suami mempunyai tiga buah kereta yang kami gunakan secara bergilir-gilir.Disebalik jumlah kereta-kereta itu,saya masih tidak punya lesen memandu,dan masih lagi tidak bersungguh untuk mempunyai lesen yang digambar yang dianggap sebagai lambang kebebasan.Suami saya juga,sejak dijengah usia remang tua(tapi muda):)lebih kerap terbang dari memandu ke Kuala Lumpur atau tempat-tempat yang agak jauh.Katanya sudah tidak larat untuk memandu seperti dulu.Bagi saya,kereta hanya setakat kereta.
Beberapa hari yang lalu,suami saya ada bercerita mengenai manusia dan kereta.Manusia memang mudah terpedaya dengan lambang,status dan kekayaan.Jelas diriak muka si penjual,jika pembeli membawa viva,layanan hanya sekadar melepas batuk di tangga.Tidak ada kesunguhan.
Jika Honda pula dibawa,senyuman,hampir-hampir manis.Ada wujud aura jauh tapi mesra.Dan bila Harrier dipandu,semuanya bermanis muka.Muka yang keruh menjadi jernih.Hampir tergelak bila suami mula bercerita.

Membawa Viva,Honda atau Harrier,tidak membawa sebarang makna bagi saya.Semuanya di pinjam Tuhan.Jika kita merasa hebat dengan harta yang tidak beerti ini,mungkin anda salah satu manusia yang mewakili penjual yang melihat nilai insani seperti melihat Viva ,Honda dan Harrier...


...mana tahu tahun depan saya menambah nilai manusiawi dengan BMW x 5 atau x 6....hehehe

Semakin dekat

Beberapa detik yang akan dipinjamkan Tuhan-saya akan berkelana untuk di Pandang oleh Pencipta .Hajat dihati ingin berlama-lamaan mencurah segala dosa yang masih tebal.Namun yang saya ada ,hanya masa dan detik itu,itu pun saya syukuri.Lebih dari apa yang dipohon,lebih dari apa yang dipinta-semua itu rahmat.
Pada tika ini,jika saya adalah orang lain.Ini adalah masa tenang.Masa mengucup sejadah,masa mengalirkan air mata,memohon rahmat dan keampunan.
Saya,di kejauhan,dalam kesibukkan dengan kisah-kisah manusia.Saya masih dikunjung tetamu yang meminjam sirna di hati.Saya masih mendengar cerita-cerita yang saya akui----inilah kisah manusia.Tidak habis dengan cerita.
HAri terakhir saya bekerja,saya masih dan akan bekerja.Pergi dan pulang jika di benar Tuhan.Ingin saya serahkan semuanya.Kehidupan adalah penyerahan.Baik ,buruk ,pahit ,manis jika dihadiahkan Tuhan-terima sebagai hamba.Kita siapa untuk bertanya?

Sunday, October 9, 2011

Saya Takut...

Setiap hari saya berhadapan dengan banyak sikap takut,baik dari diri saya sendiri atau orang lain.Paling kerap saya dengari ialah rasa takut untuk mencuba.
Sikap dan sifat takut adalah lumrah.Mengatasi rasa takut juga bukan sesuatu yang mustahil.Kita takut untuk mati,tetapi kita pasti mati.Disini kesan ketakutan ada yang bersifat positif dan ada yang negatif.Sesetengah perkara,setakut mana kita untuk menghadapinya,kita pasti akan melaluinya,contohnya ,mati.

Dikalangan pekerja,ketakutan yang paling banyak ialah,ketakutan mengubah tabiat diri.Takut menjadi insan yang lebih baik dari semalam.Takut dikatakan rajin.Takut dikatakan memandai-mandai.Takut serba-serbi.Yang paling menakutkan,takut memberikan peluang untuk diri sendiri.Sekiranya miskin,miskin dulu,kini dan selamanya.Sekiranya jahil,ingin dalam kejahilan selama-lamanya.
Sebagai ketua,saya sedaya-upaya memupuk sifat berani dikalangan rakan sekerja.Saya juga amat menyokong sekiranya mereka ingin mencuba sesuatu yang baru.Saya menggalakkan mereka berkunjung di tempat yang baru.Saya menyokong sekiranya mereka ingin mencari pendapatan tambahan.Saya cuba memberi luang dan peluang.Malangnya ramai yang masih takut untuk mencuba jauh sekali ingin membuat sesuatu yang lebih bermakna.


Bagi meneutralkan ketakutan,kita mungkin tidak takut duit berkurang dengan sedekah,kerana sedekah menambah akaun pahala,dan tidak susut nilai kerana itu janji Allah
Kita juga tidak takut untuk mendoakan org lain,kerana itu tanda kasih sayang sesama insan.
Kita tidak takut membantu orang memerlukan,kerana satu masa kita memerlukan orang lain,untuk memandi,mengkafan,menyembahyang dan menguburkan kita.
Kita tidak takut untuk berusaha untuk mengubah nasib diri ,keluarga dan agama,kerana Allah tidak mengubah nasib sesebuah kaum,sehingga kita sendiri mengubahnya.

Larilah dari ketakutan.Dunia terlalu indah untuk diteroka.Hidup yang hanya memikirkan masalah diri hanya kehidupan sia-sia.

Thursday, October 6, 2011

Cinta kasih sayang









HAji

Haji merupakan satu ibadat yang wajib kepada setiap individu Muslim.Ibadat yang agung ini sering dirangkai bersama istilah mampu.Mampu boleh mempunyai definasi luas mengikut tafsiran.
Dalam adat Melayu Islam di Malaysia mampu sering dikatkan,apabila sudah memiliki rumah,kereta,anak-anak yang sudah besar dan segala urusan kerja selesai.Kadangkala saya sering tersenyum melihat"ketidakmampuan"mengikut takrifan Melayu di Malaysia.
Sebenarnya kemampuan yang paling utama ialah kemampuan untuk mengali ilmu mengenai haji.Kemampuan untuk memahami makna pengorbanan.Kemampuan tenaga untuk melakukan rukun dan wajib haji.
Signifasi haji ialah pengorbanan.Pengorbanan mendahulukan ibadat dari keperluan.Rumah ialah keperluan.Tapi membeli rumah sehingga melewatkan wajib haji bukan satu kewajipan.Kereta ialah keperluan,tetapi ,jika kereta disabitkan alasan lewat menunaikan haji juga adalah satu kerugian.
Menggali ilmu pelaburan,kos lepas boleh membantu kita menimbangtara waktu yang paling sesuai untuk haji.Jika kita boleh mengumpul"downpayment" untuk rumah atau kereta,kita juga boleh menyimpan untuk haji.Dalam konteks ekonomi,semakin lewat kita berhaji,semakin tinggi kos yang akan kita tanggung.Dari sudut inflasi,nilai duit yang di simpan didalam bank,akan menyusut disebabkan inflasi dan faktor lain.
Dari sudut fisiologi manusia,usia yang meningkat menambah risiko kesihatan yang semakin menyusut.Tawaf,saie,wukuf merupakan perjalanan haji yang memenatkan.Usia yang uzur akan memperlahan momentum haji individu.Usiaa berkait rapat dengan tenaga dan kesihatan.Tanpa kesihatan yang baik dan tenaga yang mencukupi,perjalanan haji amat memeritkan.Jika kita melengahkan haji kerana anak yang kecil,fikirkanlah,sekira hadir malaikat maut,boleh atau tidak anak itu menjadi alasan?Sekiranya boleh,maka tangguhlah haji untuk anak kalian.
Oleh itu,tanamlah niat untuk berhaji secepat yang mungkin.Belajar untuk melaksanakan haji seawal mungkin.Haji yang wajib hanya sekali.Sesungguhnya niat yang baik,telah mengalirkan pahala,walaupun masih tidak terlaksana.