-Satu cerita
.....Ayah mertua merupakan salah seorang lelaki romantik yang pernah saya kenali.Romantik mengikut kaca mata saya yang agak rabun ini,bukan dengan bunga atau coklat sebagai penyeri,bukan juga dengan hadiah yang beribu-ribu,tetapi romantik dengan hati.Melewati sedekad saya menjadi anak menantu,jarang-jarang saya lihat baju dibasuh oleh ibu mertua.Begitu juga rutin mengelap lantai,semuanya diselesaikan oleh bapa mertua saya.Hari demi hari tugas ini dilakukan dengan begitu tersusun.Beliau merupakan ahli peniagaaan yang sememangnya sibuk.Beliau juga sentiasa terkejar-kejar dengan urusan surau,masyarakat dan seribu macam kerja yang saya sendiri kurang pasti.Namun untuk isteri tersayang,di hujung-hujung usia,segala beban dikongsi bersama.Saya teramat kagum.Kagum dengan prihatin dan tanda cinta,yang tidak terlihat oleh orang lain.ditengah keserabutan dengan pelbagai onak dan duri,beliau masih ada sedikit masa untuk mendengar cerita sang isteri...romatik itu memang lahir dari hati.
No comments:
Post a Comment